Kopitiam ayam mencucuk....
OPERASI HALAL 21 JULAI 2010 DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Laporan dari Ustaz Abdul Halim Zakaria
Aktivis UNGGAS/LANDAS PUMWP
Streaming TV Online, Radio Online, e-Kepok Business, Download MP3, News, Latest Issues and many mores from anepster. Provides website directories, blogs, forums, advertisements, download MP3, download Video, korporat site, politic site, and many more just for you!
| Israk Mikraj |

Posted by 4N3P5 at 9:45 AM 0 comments
Labels: Issues
Zaman sains dan teknologi kini adakalanya mereka yang jahat akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Oleh itu mereka yang baik sepatutnya mencari jalan atau mencipta alat untuk mengesan key chains seperti ini! Berwaspadalah! Klik gambo di bawah untuk baca seterusnya...
Posted by 4N3P5 at 10:59 AM 0 comments
Labels: Issues
Pameran 'seni' yg berlangsung di sepanyol!

SIOTTT! Sape yg buat patung ni? Semoga Allah memberi balasan yang setimpal!
Posted by 4N3P5 at 10:44 AM 0 comments
Jalan PJU 5/7
Kota Damansara
Petaling Jaya
3 Mac 2010
11-30 pagi
Restorannya besar, dan pelanggannya ramai.
Lagu Tamil berkumandang di dalam restoran.
Rata-rata pelanggan adalah berugama Islam.
Hari ini saya menyertai serbuan bersama Bahagian Hub Halal Jakim diketuai Penolong Pengarahnya, Ustaz Mohd Amri Abdullah.bersama Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK Putrajaya.
Ia merupakan sebuah restoran ‘mamak’ yang didapati menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.
Dalam bahasa mudah, sesuka hati tampal logo halal Jakim , yang sudah tentu motif utama ialah untuk menarik pelanggan Islam datang.
Pemilik restoran mengaku, mereka tidak pernah memohon sijil itu. 
Perkara paling asas diajukan kepada pekerja yang berasal dari Thiruvaralli, India ini.
Dia menggelengkan kepala seolah-olah tidak memahami apa yang ditanya malah mengeluarkan ayat yang lansung tidak difahami samada Bahasa Tamil, Arab, Parsi, atau Melayu.
Walaupun pegawai Jakim meminta dia mengucap dengan mendengar dahulu kalimah syahadat yang diucapnya, namun pekerja terbabit langsung tidak dapat mengikutinya/memahaminya.
Adakah Islamnya dari mazhab lain?… Pun dia tidak tahu bila ditanya apakah mazhab dia…
Semua logo Halal di dalam restoran ini diminta ditanggalkan serta-merta.
Tindakan dilakukan di bawah Seksyen 15, Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman maksima sehingga RM250,000 jika sabit kesalahan.
Apa yang pasti, kerajaan seharusnya mempercepatkan pembentangan Akta Halal di parlimen dan menguatkuasakannya supaya perkara sebegini tidak menjadi mainan mereka yang hanya tau mengaut keuntungan.
Di sudut di mana makcik dan pakcik itu makan, mereka tetap berselera makan dan langsung tidak mengendahkan serbuan ini dilakukan, malah langsung tidak mempedulikan ketika logo-logo halal itu ditanggalkan dan tidak ada pula usaha untuk bertanya apa sebenarnya yang berlaku…
Note:
Di dalam Radio Sinar.fm pagi ini 4 mac, 2010, beritanya menyebut :
Jakim menyerbu restoran menggunakan sijil halal palsu.
Radio Sinar.fm mengambil berita dari sumber Bernama.
Untuk rekod, Bernama tidak menyertai operasi ini, dan maklumat yang disiarkan itu adalah salah.
Restoran terbabit tidak menggunakan sijil halal palsu.
Ia menggunaka logo halal Jakim tanpa kebenaran.
Posted by 4N3P5 at 11:47 AM 0 comments
Labels: Issues
Apa yang ingin dipaparkan adalah tujuan untuk mengetahui apakah tujuan dan kenapa diadakan..
Dunia sudah dipenghujung Masa..
Mari kita bangkit demi Agama yang kita cintai..
Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah-olah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;


Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?


Adakah ini satu kebetulan?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?


Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.




Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?

Apa persamaannya?
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis. Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...
Sekadar penambahan. Terima Kasih.Posted by 4N3P5 at 11:12 AM 0 comments

Copyright © 2006-2010 Blog@nEp$ter, Inc. All rights reserved. Patent Pending.
| Blog@nEp$ter |
|
|
|