Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Thursday

Renungan pagi

Salam..

Hari ini bermulanya bulan rejab.. Selamat datang bulan yang penuh dengan pengampunan. Umat Islam digalakkan banyak berpuasa, bersolat malam dan bersalawat di bulan ini. Terlalu banyak ganjaran yang telah diketahui dan yang ganjaran yang paling utama tentunya untuk mendapat redha ALLAH swt.

Sekadar renungan di bulan mulia ini, tentang kisah pemergian nabi kita diakhir hayatnya....

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan Yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"

Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah,dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum – peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran. Kekasih Allah.. Manusia yang begitu agung peribadi dan akhlaknya.. pemimpin yang paling berjaya.. suami yang paling baik dan lembut dengan isterinya.. dan rasul yang begitu sayang pada umatnya..

Kini, mampukah kita ingat, hormat dan sayang kepadanya?

Marilah kita perbanyakkanlah berselawat padanya..

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, fi l-`alamin, innaka hamidun majid

Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan akhirat dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "

Mendapatkan saf yang betul

Assalamualaikum

Solat berjemaah amat digalakkan dalam Islam. Salah satu tertib yang wajib dituruti dalam berjemaah adalah merapatkan saf. Namun, tahukah anda cara-cara mendapatkan saf yang betul???

Berikut anda boleh baca sendiri berkenaan cara-cara merapatkan saf yang betul. Semoga solat berjemaah sedara dan sedari diterima Allah dan mendapat pahala yang setimpal.

Download:
Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

Wallahua'lam
@nEp$

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &
perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik.....



4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &
hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......




6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon& kat Malaysiapun ada....



8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah
hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...



10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung(membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...



11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......



12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...


13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir......




TOLONG FORWARDKANKEPADA TEMAN² LAIN!


Dari Abdullah bin 'Amir r.a.., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

Falsafah dan Adab Berdo'a

Assalamu’alaikum

Falsafah dan Adab Berdo'a

Hadis Nabi Muhammad s.a.w. riwayat Ibni Hibban, maksudnya:

Seiap pekerjaan atau urusan yang mempunyai kebaikan(penting) yang tidak dimulai padanya dengan menyebut Bismillahirrahmanir Rahim maka pekerjaan atau urusan itu akan pincang/tidak sempurna (terputus dari rahmat Allah SWT)

Adab Berdo’a adalah sepuluh (Ihya’ Ulumiddin jilid 2)

1. Waktu-waktu yang mulia dan tidak ditolak oleh Allah SWT. Hari Arafah, bulan Ramadhan, hari juma’at, waktu sahur.

2. Mengambil segala hal-keadaan yang mulia. Ketika bergerak tentera pada jalan Allah SWT (sabili’llah), ketika turun hujan, ketika dirikan solat-solat fardhu.

3. Mengangkatkan kedua tangan sehingga kelihatan putih kedua ketiaknya dan disapukan muka dengan kedua tangan pada akhir do’a.

4. Sederhanakan suara. Berdo’alah kepada TuhanMu dengan rendah dan suara jiwa.

5. Tidak memaksakan diri dengan susunan yang bersajak pada do’a

6. Merendahkan diri dan khusyu’ serta gemar dan takut kepada Allah SWT.

7. Menetapkan hati dengan mendo’a dan menyakini akan diterima serta membenarkan harapan pada do’a itu.

8. Bersungguh-sungguh pada mendo’a dan mengulang-ulanginya 3 kali.

9. Do’a itu dimulai dengan menyebutkan (berzikir) akan Allah ‘Azza wa Jalla. Maka janganlah dimulai dengan meminta.

10. Adab batin. Itulah yang pokok pada diterima do’a, yaitu: taubat, mengembalikan segala hak orang yang teraniaya dan menghadapkan jiwa raga kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan seluruh kemauan hati. Maka itulah sebab yang mendekatkan kepada diterima do’a.

Berdo’a adalah ibadat, dimana seseorang hamba mengadu dan memohon bantuan dan perkenan Allah SWT terhadap segala permasalahan dan hajat samada secara individu atau berjemaah.

Secara berjemaah, akan ada yang mengetuainya dan diaminkan oleh hadirin hadirat serta menepati adab berdo’a.

Majlis, kenduri kendara dan aktiviti riadah yang dibuka dengan berdo’a mestilah tidak ada acara kemaksiatan dan kemungkaran; nyanyian, pertandingan nyanyian/karaoke, muzik nyanyian, tari menari, dan persandingan serta bertepung tawar. Dimana manakah satus kehambaan sehingga sanggup berdo’a dan melakukan kemaksiatan dan kemungkaran tanpa rasa gerun akan kemurkaan Allah SWT.

Jauhilah kita daripada termasuk dalam golongan yang menjadikan berdo’a sebagai adat serta budaya sedangkan kita sedang berbicara dan memohon kehadrat Illahi. Berbicara dan memohon sesuatu keperluan/pertolongan daripada sesama kita atau orang atasan, kita bagitu menjaga tertib dan adab.

Kehidupan kita didunia yang fana ini akan dihitung oleh Allah SWT. Baik ‘amalan kita maka baik berganda-ganda balasan. Buruk dan mungkar ‘amalan kita maka celakalah kesudahannya; diseksa dikubur dan dihumbankan ke neraka jahanam di alam akhirat.

wassalam

Wednesday

Tragedi Stadium Sultan Mizan Runtuh









Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa teramat terkejut dengan kejadian yang berlaku iaitu Tragedi Stadium Runtuh. Stadium yang telah menelan belanja kira-kira RM 450 juta hanya mampu digunakan tidak sampai dua tahu selepas ianya dirasmikan pada 10 Mei 2008.

Adakah ini nilai dan kualiti Stadium yang menelan kos hampir Setengah Billion Ringgit ? MAMPAT pada tahun 2008 telah membuat sedikit laporan mengenai keadaan stadium yang tidak stabil dari segi strukturnya. MAMPAT juga difahamkan bahawa pihak JKR sendiri telah mengenalpasti kelemahan struktur tersebut tetapi sehingga ianya runtuh TIADA tindakan di ambil oleh JKR.

MAMPAT difahamkan kontraktor pembinaan Stadium telah didatangkan khas dari Korea semasa zaman Idris Jusoh lagi. Mungkin tiada kontraktor tempatan yang layak dan berkemampuan untuk membinanya...

Persoalan yang timbul di sini adalah apakah KUALITI JKR kerana telah meluluskan penggunaan stadium bahkan telah dirasmikan oleh Sultan Mizan. Apakah CF Stadium tersebut telah ada dan dikeluarkan ??? Apabila ini berlaku, siapakah yang bertanggungjawab...

MAMPAT sangat berharap SPRM akan segera melakukan siasatan, dimanakah lompang yang wujud ? Adakah terdapat unsur-unsur RASUAH di dalam pembinaannya.

Perkara yang sama, MAMPAT difahamkan pernah dikeluarkan melalui blog buletin online satu ketika dulu.Namun tiada tindakan diambil. MAMPAT juga difahamkan bahawa semasa maklumat mengenai ketidakstabilan dilaporkan, Stadium masih di dalam tempoh "guarentee" tetapi kenapa Kerajaan Negeri tidak mengarahkan ianya diperbaiki tanpa bayaran. Kenapa ianya berlaku ???? Adakah unsur-unsur Rasuah wujud di sini ???? Kenapa tiada tindakan segera dilakukan, bahkan stadium terus digunakan .... ??? Terlalu banyak persoalan yang wujud di sini ????

Betul ke MAMPAT dengar, pihak JKR telah menyatakan bahawa struktur yang ada sangat kukuh dan yakin tidak ada apa-apa yang akan berlaku kepadanya??? Tapi sekarang terbukti ianya salah.... Siapa Ir tu ??? Adakah beliau akan bertanggungjawab.. Difahamkan orang yang sama juga yang bertanggungjawab semasa Banggunan di TER ??? Betul ke ???

Bersama ini MAMPAT sertakan gambar yang pernah di ambil sebelum kejadian dan dilaporkan tetapi tiada tindakan diambil.....

Sumber: Blog MAMPAT

Thursday

Istiwa Matahari Kaabah

Jangan lupe petang ni 28 Mei 2009 - 5.16pm yer...


Download:
Istiwa Matahari Kaabah

Monday

Di Sebalik Kebakaran Kilang terbongkarnya RAHSIA









Assalammualaikum. ..

Dah brapa banyak makanan yg kotor nih masuk dlm perut kite…. Patutlah mengaji susah nak masuk kat otak…..Sabar jelah…..

Kg Baru Sg Buloh
Sg Buloh
Selangor

18 April, 2009

Saya menerima maklumat mengenai kebakaran ini kira-kira jam 5 petang, kira-kira setengah jam selepas kebakaran bermula.

Seperti yang dibayangkan sebelum ini, kawasan perindustrian Kg Baru Sg Buloh adalah sebuah kawasan yang amat Luas.Kes kebakaran agak senang untuk dikesan kerana asap boleh kelihatan dari jauh.

Tetapi, walaupun asap boleh kelihatan ketika memandu, untuk tiba di lokasi adalah sesuatu yang amat sukar walaupun mengikut panduan dari asap tebal.

Dengan keadaan jalannya yang amat tidak terurus, berlopak, berlubang, sempit dan beratus-ratus simpang yang jika salah masuk, anda akan memasuki jalan mati.

Maka terperangkaplah anda untuk berpatah balik kerana mungkin anda secara tidak sengaja telah memasuki dalam kawasan kilang DRH atau kilang VTF.

Mana lagi dengan berpuluh-puluh anjing liar, berkurap dan kotor serta berpenyakit yang berkeliaran.

Untuk bertanya laluan, dengan membuka tingkap kereta, mungkin anjing akan melompat ke arah anda...

Belum lagi kalau turun dari kereta, ada anjing kurap yang baik hati nak berkenalan untuk cuba menghidu, menjilat anda...!!!

Keadaan kotor dan penuh dengan sampah sarap, tak perlu dicerita, kerana anda boleh alami sendiri.

Dan anjing-anjing ini pula, macam mengenali samada kita adalah pengguna laluan ini, atau tak pernah lalu sebelumnya.

Mana lagi berselisih dengan treler-treler panjang, besar dan kenderaan-kenderaan yang dipandu laju (walaupun jalan sempit)

Kawasan perindustrian ini merupakan antara yang terbesar di di Selangor, dan merupakan kawasan perindustrian yang paling tidak terurus, tidak mengkiut standard, tidak menepati standard sebuah kawasan pendustrian yang mengeluarkan pelbagai barangan utama di negara ini dan untuk eksport.

Di sinilah antara pusat segala penipuan dan penyelewengan barangan pengguna di mana banyak manapun serbuan dilakukan, mustahil untuk mengesan semuanya di celah-celah ratusan bangunan kilang.

Di sinilah, di mana, di dalam kilang, ada kilang, dan di dalamnya pula, ada kilang lain pula.


Antara serbuan yang pernah saya sertai sepanjang lima tahun lalu di kawasan ini ialah:

1-Rampasan dan penyitaan kilang membuat mee bersama JAKIM Kementerian Kesihatan dan KPDN HEP di mana keadaan kilang yang amat kotor dan berlendir serta pekerja yang langsung tidak pentingkan kebersihan. Mee yang dibuat banyak dijual di pasaraya, hipermarket, bapak market terkenal dengan jenama-jenama berbau keIslaman/keMelayuan.

2. Kilang membuat cincau di mana cincau-cincau yang diproses oleh Bangla-bangla, diletak di atas lantai dan meja tanpa berlapik, dipotong dengan pisau, kemudian dijirus air, dan dibungkus. Jenama juga berbau Islam/Melayu - juga anda sendiri pernah terbelinya.

3. Kilang membuat tauhu, yang sebelumnya pernah diarah tutup dan dibatalkan sijil halal, tetapi membuat semula proses yang sama. Tauhu ini dijual di seluruh Malaysia, di mana pembuatannya langsung membuatkan anda tidak akan memakan tauhu lagi jika melihat keadaan kilang, di mana baldi-baldi yang diletakkan di atas lantai yang berlendir, dan penuh dengan anjing, akan dicelupkan bersama dengan tauhu yang baru diproses, kemudian dibungkus untuk dijual kepada anda.

4. Kilang yongtaufu, taufoofar, (dan segala yong dan far yang anda tau dan pernah makan) yang digaul dengan daging babi cincang oleh pekerja warga Indonesia (yang mendakwa beragama Islam) , dan ditampal pula dengan logo Halal Jakim. Semua produknya dilanggan oleh banyak hotel berbintang-bintang berpandukan invois yang dirampas. Pengusaha juga mengaku, barangannya amat laku dibeli oleh peniaga Islam yang sudah tentunya mereka tidak berpeluang melihat proses pembikinan yong-yong itu.

5. Kilang yang membekalkan krim-krim malam yang akhirnya diuji mengandungi 'sibutramin' yang diimprt bertong-tong dari China, untuk banyak syarikat Bumiputera yang melekatkan label macam-macam nama wanita, dan akhirnya anda tempelkan di muka anda yang dah memang berjerawat, menggerutu itu. Alasannya, kerana ia jenama Bumiputera, nak tolong bangsa, dan nak cantik...

6. Di sinilah juga terdapatnya kilang-kilang VCD/DVD yang jika anda bukan pakar mencarinya, mati 18 kali pun, anda tak akan jumpa kerana ia

dibina dalam kilang, di dalam kilang, di dalam kilang (kilang 3 in 1).

7. Di sini jugalah diproses kopi-kopi duda, kopi dara, kopi tongkat bedul, kacip bedah yang dibeli oleh anda, yang dicampur dengan pelbagai bahan terlarang tanpa anda mengetahui, ia sebenarnya hanya diblender atau digaul oleh mat-mat Bangla, minah Indon yang tak tau apa-apa pun apa yang mereka buat.

8. Senarai ini amat panjang yang memerlukan saya membuat entry lain di lain kali beserta dengan bukti foto sekali.

Dah setelah bersimpang, berpusing, akhirnya saya tiba juga di lokasi kebakaran ini setelah kereta melalui laluan berlubang, berbukit dan berlopak serta tidak bertar (jalan berbatu-batan) dan berdebu.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 4-30 petang.

Kilang membuat sarung tangan ini musnah samasekali.

Seorang pekerja warga Bangladesh cedera ringan ketika menyelamatkan diri.

Dan, bagi anggota bomba, kesukaran paling mencabar bagi mereka apabila banyak dari kilang-kilang ini tidak mempunyai pili bomba dan terpaksa meminjam suumber dari kilang lain.

Di kawasan ini, adalah menjadi tanggungjawab pengilang mendirikan pili bomba mereka sendiri.

Kerugian dianggarkan berjuta ringgit.

Dan beberapa kilang di kiri-kanan dan belakang kilang yang terbakar, juga mengalami
kerosakan.

Itulah sahaja laporan saya mengenai kebakaran kilang ini yang tak berapa menarik sebenarnya

untukisiarkan. ..

Khusyuk Dalam Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua
anggota wudhu'
dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua
anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal
mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Thursday

Important Info About Mobile -- Dangerous.....Do take note.

True Story


This morning I heard a true and sad story from acolleague of mine. She
told me one of her friends is always having abortions.

When the foetus gets to be 2-3 months old she loses it. This happened several times over.

The couple went to check with many doctors and at last one of the doctors examined the dead baby and found that the baby's body cells kept dying as the baby was growing in the womb until he/she could not survive.


This was because her uterus was affected
by Handphone Radiation.

The doctor told her, she now has no chance to give birth to a healthy baby, because, the radiation has affected her uterus so that the major portion of the cells in her uterus have already died.


This happened,
because, she has been keeping her hand phone in her working jacket so that the phone rested against just on the right spot of the uterus.

She had been wearing it like this for a few years.


Please beware of this and take note if you don't want what has happened to
this woman to happen to you.


Dearest friends & family members,


Please do not ignore hand phone radiation which will damage our health or body organs. Please put away your hand phone whenever you don't need it much.
Guys, Please do not keep your hand phone near to the kidney position and pants pocket .
The other doctor also advised another friend to keep her hand phone away from her new born baby to avoid radiation damage to the baby's brain cells.
Do not let the baby or toddler play with the hand phone. This is because the small young baby or toddler is still very fragile and growing, so he/she is much more vulnerable to radiation damage.
Please remember not to sleep together with your hand phone or put it next to your bed.
Keep any other electronic goods (such as tvs) which also give off radiation away from your bedroom to reduce risk as we have to sleep a few hours every day in our bedroom at night. Further, do not imagine that if you switch off the TV there will be no radiation. Actually it is still around in your room.
It is not advisable to have even a small digital alarm clock close to your head while sleeping.


Take Care of yourself and your loved ones.

Wednesday

Chicken a la Carte

Chicken a la Carte : Director: Ferdinand Dimadura | Genre: Drama | Produced In: 2005

Synopsis: This film is about the hunger and poverty brought about by Globalization. There are 10,000 people dying everyday due to hunger and malnutrition. This short film shows a forgotten portion of the society. The people who live on the refuse of men to survive. What is inspiring is the hope and spirituality that never left this people.

Ref to:
http://www.cultureunplugged.com/play/1081/Chicken-a-la-Carte

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)