Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Monday

Koleksi RealRaya [Vol.1]

Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ini baru EDISI PERTAMA yer. Ada 2 lagiii...Selamat memuaturun!!!

Kepada anda yang tidak mempunyai RealPlayer hendaklah 'install' terlebih dahulu. Klik logo RealPlayer di bawah.




Langkah yang perlu diambil:
1. Pastikan PC anda mempunyai RealPlayer
2. Klik koleksi lagu raya pilihan anda di bawah
3. 'Download'/muaturunkan dan simpan dalam PC
4. 'Unzip'kan fail yang anda 'Save' tadi
5. Klik lagu dan dengarkan


RealRaya 01

RealRaya 02

RealRaya 03

RealRaya 04

RealRaya 05

RealRaya 06

RealRaya 07

RealRaya 08

RealRaya 09

RealRaya 10


:: SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA :: SALAM AIDILFITRI :: MAAF ZAHIR BATIN ::

Lagu RealRaya Coming Soon!

Dah seminggu pun kita berpuasa...so ada yg ponteng tak??? hehehe...papepun pun sempena puasa dan nak raya nih @nEp$ nak bagi lagu2 raya khas untuk korang semua. Ada beratus2 lagu raya istimewa dari Blog@nEp$ter. Tapi lagu nih dalam format RealPlayer...kalu nak format MP3...mak aiiii sampai raya pun tak abih2 nak upload...banyak sehhh!!!

Ok...nantikan kemunculannya...TUNGGGUUUUUUUUUU...

Thursday

What is the time now?

Its funny.... read the story first..... than u know...

Motorist : May I know what is the time now?
Cow Owner touch the cow's balls, and say : it is 10am.
Motorist has doubt : Are you sure?
Cow Owner touch the cow's balls again and answer : Yes.
Motorist then tune his watch with doubt, and go for
his appointment.

Later on the Motorist return from his appointment
and come to this Cow Owner again. He has tune his
watch at the exact time while he was at the town for
his appointment.

Motorist : May I know what is the time now?
Cow Owner touch the cow's balls again and reply : its 3pm.
The Motorist feel unbelievable and ask the Cow Owner
how can he know the time by touching the cow's balls?
Cow Owner : ................

Watch the Video clip now......

Muaturun Sekarang: What is the time now?


Huyahuyahuyahuya...(gelak orang puasa)

Wednesday

SITI ...OH ....SITI

Hari ini...

Ku kenang semua kebersamaan kita...


Saat kita masih kanak-kanak yang polos tanpa dosa...


Saat kita beranjak dewasa...


Saat kita mulai merasa indahnya berbagi suka dan duka...


tertawa gembira...


menangis bersama...


senda gurau bahagia...


hingga mulai tumbuh benih cinta antara kita...


dan kebersamaan itu semakin terasa saat kita mulai membuka blog bersama...iaitu Blog@nEp$ter


dan romantisnya saat cuci piring berdua..


hingga...

apa yang aku kuatirkan selama ini akhirnya terjadi juga..

kubuka mata, kupasang telinga..

saat datangnya kabar berita...

Siti Nurhaliza..

siang tadi menikah..

disunting Datuk Khalid Mohammad Jiwa..

di masjid wilayah persekutuan Jalan Duta, Kuala lumpur, Malaysia..

Oh, betapa kejamnya dunia..

kini... semua tinggal mimpi belaka...


Siti Nurhaliza..

mengapa kau memilih duda..

tanya ken.. apa..?

10 Amalan Terbaik Tapi Terbalik

10 Amalan Terbaik Tapi Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu''alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu''alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Tuesday

MP3 Tones

Haaa...@nEp$ disini nak berkongsi MP3 tones buat saudara saudari yang mempunyai telefon bimbit yang canggih manggih tu. Kepada korang yang ada MP3 phone tu bleh la masukkan tones ni dalam handphone engkorang sume. Tapi lagu-lagu ni hanyalah corus jer sebab bagi @nEp$, tepon bimbit akan dijawab selepas beberapa saat ia berdering. So, tak berbaloi la kalu nak letak satu lagu penuh untuk nada dering kan? Atau ada jenis manusia yang tunggu sampai nada dering tu habis baru nak jawab tepon??? Tak kisah la papepun selamat memuaturun yek...

MP3 tones yang ada:
Cromok - Memories-001 (25saat)
CT Nurhaliza - Dua Dunia (20saat)
Mary J Blige - Family Affairs (22saat)
Pussy Cat Dolls - Buttons (18saat)

Muaturun Sekarang: MP3 Tones

Monday

Nidji - Sudah

1. Klik link lagu di bawah
2. Bila tetingkap muncul, klik pada FREE button
3. Tunggu sehingga 'countdown' tamat
4. Masukkan katakunci berwarna yg telah tertera
5. Klik 'Start Download'
Ingat!!! Selepas 30 hari dari tarikh lagu ini diupload, upload space akan dikosongkan dan sesi download ditamatkan.

Muaturun Sekarang: Nidji - Sudah

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Sunday

Lagu baru minggu ini

1. Klik link lagu di bawah
2. Bila tetingkap muncul, klik pada FREE button
3. Tunggu sehingga 'countdown' tamat
4. Masukkan katakunci berwarna yg telah tertera
5. Klik 'Start Download'
Ingat!!! Selepas 30 hari dari tarikh lagu ini diupload, upload space akan dikosongkan dan sesi download ditamatkan.

Muaturun Sekarang: Mix - Hantu
Muaturun Sekarang: Irwansyah & Acha Septriasa - My Heart
Muaturun Sekarang: Rossa - Aku Bukan Untuk Mu
Muaturun Sekarang: Akhbar feat Yasin - Siapakah Dihatimu
Muaturun Sekarang: Velvet - Kini Detiknya

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Friday

Datok Azhar Mansor Murtad

Isu Murtad: Pekakah kita atau "Pekak"kah kita?

Baru - baru ini saya ada terbaca dari sebuah website yang saya percaya berpusat di Sydney, Australia (di forward dari seorang rakan), iaitu Sydneyangelicans.net di mana di situ di ceritakan seorang melayu yang kita agung-agung kan selama ini kerana pengorbanannya mengharumkan nama malaysia telah murtad. Saya pada mulanya agak terperanjat membaca kenyataan itu seakan akan tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya. Setelah di selidiki, ternyata berita itu benar, seperti yang di dakwa beberapa laman web yang lain. Percaya atau tidak, orang itu adalah Datuk Azhar Mansor, insan yang berjaya mengharumkan nama negara mengelilingi dunia hanya dengan kapal layarnya yang kerding, tetapi secara batinnya iman nya telah tumpas kepada dosa yang paling berat di sisi agama. Beberapa dakwaan ada menyebut di mana beliau kononnya telah bertemu dengan Jesus Christ ketika pelayarannya. Di sini saya memetik dari website Sydneyangelicans.net rangkap dakwaan beliau:- "One man who has publicly converted is the well-known yachtsman, Azhar Mansor, who in 1999 sailed around the world in 190 days without the aid of an engine. The main mast of his yacht broke around Cape Horn. He managed, nevertheless, to reach the Faulkland Islands to repair the mast. What happened on the way between the cape and the islands is subject to speculation. The internet is full of questions by Muslims as to whether Mansor - who no longer lives in Malaysia - is really converted. And there is much discussion among Christians as well. Kamariah's version is that Mansor, about to drown in the sea, was saved by a dolphin, and that Jesus appeared to him soon after." Persoalannya di sini, bukan Azhar Mansor (Gugurnya gelaran "datok" di sini bererti hilangnya rasa hormat saya kepada beliau secara mutlak) sahaja yang berbuat demikian, tetapi ada lagi segelintir yang secara "Umum" atau secara "Rahsia" telah Murtad. Pernah dengar kisah Aishah? Lina Joy? Itu hanyalah merupakan sebuah episod telenovela kisah murtadnya umat Islam di negara kita; terdapat banyak lagi episod yang pada zahirnya tidak di ketahui, tidak di siarkan secara zahir pada kaca mata rakyat. Pendedahan saya di sini bukan ber erti hendak memalukan pihak yang terbabit, tetapi hakikatnya untuk menyedarkan umat Islam di Malaysia bahawa Islam kini di ancam bahaya. Siapa yang patut di salah kan? Berbalik kepada situasi Azhar Mansor tadi, hakikatnya perkara ini telah pon di ketahui oleh bekas PM Tun Dr. Mahathir sejurus dia pulang dari pelayarannya - Azhar Mansor sendiri yang memberitahu beliau yang dia berhasrat untuk bertukar agama - atas untuk keselamatan Azhar Mansor, PM ketika itu menasihatkan nya supaya meninggalkan negara; dan ya, Azhar mansor sekarang sudah tiada lagi di negara ini. Yang agak mengejutkan ialah, hampir semua umat Islam di negara ini tidak tahu akan hal ini. Petikan dari sebuah blog yang saya ketemui menyebut, "I couldnt believe & i asked my christian friends, they knew about it a long time ago." ("Saya tidak percaya lalu saya bertanya rakan-rakan saya yang beragama Kristian dan mereka berkata, mereka sudah tahu akan hal ini sekian lama.") Tambahan pula, ada yang mendakwa untuk menukar agama ini adalah sangat mudah sekali di negara kita. Apa yang di perlukan hanyalah 2 keping gambar, duit setem RM 7.00 dan pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur untuk mengangkat sumpah tukar agama, selesai. Walaupun demikian, status agama pada kad pengenalan tidak di ubah (Masih di tulis "Islam") meskipun mereka telah selesai 3 perkara di atas, dan ini menyebabkan golongan-golongan murtad ini agak sukar di kesan di negara kita. Dan kerana itulah munculnya nama seorang wanita bernama Lina Joy yang ingin status agama pada kad pengenalan nya ditukar - Jika dia tidak berbuat demikian (tukar status agama pada kad pengenalan), nescaya kita tidak akan tahu bahawa dia telah murtad. Siapa sangka, ramai lagi spesis-spesis Lina Joy di luar sana yang tidak mendedahkan akan kemurtadan mereka secara umum? Peguam Kes Murtad Shazalina/Lina Joy (Ust Zulkefli Nordin) menambah, beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC. Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Anda boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri di talian 013-3998718 untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim akan memberi penerangan tentang perkara ini. (Sila sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius!) Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat: Tidak boleh hisap rokok, tidak boleh minum arak, tidak boleh makan benda-benda berdarah, tidak boleh kahwin. Holywater yang beliau gunakan dulu dibawa dari Indonesia yang di sediakan oleh bapak Bruto (Ketua paderi Indonesia). Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen.

PENDEDAHAN KHAS! HARAP DISAMPAIKAN KEPADA ORANG ISLAM KITA
Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah walau satu ayat pun. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yang paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yg bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Kedua, kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yg membabitkan remaja belasan tahun. Beberapa minggu yang lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yangg bersekolah di sebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dengan seorang yang berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 org remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yg diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya di tepi highway Cheras); diajar dan diKristiankan (dibaptiskan) oleh dua orang paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja
tersebut di atas sekarang berada di Ulu Yam untuk proses pemulihan akidah. Kalau anda semua masih ingat, pada beberapa tahun yang lalu, terdapat seorang paderi Melayu yg bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu di sini. Terdapat satu lagi kes, baru-baru ini, dimana seorang anak Tan Sri telah melahirkan seorg bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan yang pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin menamakan bayi tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dengan nama yang jelasnya bukan nama seorang penganut Islam. Jabatan Agama Islan dengan kerjasama Perkim telah berjaya membawa `lari' wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan dikacau oleh si `claimant' wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan. Di Kedah yang suatu ketika dahulu agak kecoh dengan isu Black Metal nya, kini terdapat kumpulan baru yg menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan. Mereka juga terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah menolak kepercayaan kepada Allah yang Esa. Cara mereka mengisytiharkankan diri mereka sebagai "free-thinker" adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah Al-Quran. Kemudian mereka akan mengadakan upacara yg berasingan. Remaja lelaki akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi unggun tersebut sambil mengoyak-ngoyakkan helaian al-quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan titisan darah mereka kedalam gelas yg telah bercampur dgn darah kambing (kalau tidak silap saya). Kemudian mereka minum. Manakala kumpulan perempuan pula, modus operandi untuk mengesahkan mereka bukan lagi Islam agak sedikit berbeza dari pihak lelaki. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan al-quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini, mereka melakukan penzinaan dgn senior lelaki mereka di atas helaian yang koyak tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan akidah. Jabatan Agama Islam dgn kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli lain yang hanyut itu. Terdapat juga sebuah kenyataan yang di petik dari sebuah lagi website ( www.forum.jiwang.org ) yang menyebut, "Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an. Dia boleh dikatakan rapat dgn saya. Seorg anak cikgu yg berasal dari Muar. Seorg pelajar yg pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus, beliau pernah ditawarkan utk melanjuttkan pelajaran ke US atas "Young Lecturer Scheme". Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yg tidak baik berlaku. Beliau seorg yg patuh pada perintah org tuanya pun bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendpt pekerjaan di sebuah syarikat guaman yg terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah yg sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dgn anak tuan punya syarikat guaman ini; sehingga mengheret dia menjadi seorg penganut Kristian. Setelah berkawin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah dtg mencari saya; dan terakhir yg saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorg penganut Kristian yg setia; rajin ke gereja dan menghayati Bible." Kisah Aisyah Bukhari dan kisah tersebut di atas mempunyai banyak persamaan; good religious foundation but got carried away (Latar belakang agama (keluarga) sangat molek, tetapi sayangnya hidayah Allah tidak kesampaian ke hati mereka; Iman tiada dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa). Misi agama lain sungguh kuat dari segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang. Dulu, mereka menggunakan issionary mereka dengan cara berbuat baik, mengambil hati, bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yg dijadikan mangsa. Pinta penceramah semalam, agar dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yg terbaik untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yang mampu atau yg sudi menghulurkan sedekah; salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yang berkenaan kerana bantuan yang diterima tidak mencukupi.

P/S: Usah lagi biarkan Islam berduka di negara kita. Cukuplah sudah peristiwa sadis berdarah di Palestine, di Iraq, di Lebanon, di Afghanistan. cukuplah sudah dengan dugaan yang menimpa umat Muhammad. Harapan saya agar apa yang anda baca di sini dapat sampaikan kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga kita. Tidak secara elektronik - forwarding-forwarding, secara lisan pun jadilah. Tolonglah hindarkan nak-anak Melayu ISLAM kita daripada mimpi buruk ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita sendiri. INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati! Semoga ia akan menjadi ikhtibar & peringatan. untuk manfaat kita bersama.

Adat atau Ibadat

Sempena bulan Ramadhan yg akan tiba esok lusa, BlogAnEpSter ingin berkongsi sebahagian ceramah yang telah disampaikan oleh seorang Ustaz yang amat dikenali di Malaysia. Dengarkan dan ambil lah iktibar buat diri kita.

Muaturun Sekarang: Adat atau Ibadat

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)