Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Saat yang ditunggu telah tiba, "JOM PECAH KOD RAHSIA!"
Peraturan & Syarat-syarat:
1. Mestilah warganegara Malaysia.
2. Tiada had umur.
3. Semua pengunjung Blog@nEp$ter layak untuk menyertai.
4. Semua penyertaan mestilah melalui email anda.
5. Anda semua hanya perlu meneka nombor/digit/angka yg dikehendaki.
6. Anda perlu perhatikan isyarat meneka seperti di bawah terlebih dahulu:
7. Isyarat ini akan muncul di sebelah kanan anda (Side Bar) pada bila-bila masa (Isnin hingga Jumaat, 7 pagi hingga 7 malam sahaja). Sekiranya anda melayari Blog@nEp$ter dan ternampak isyarat ini, anda mungkin pengunjung bertuah.
8. Apabila isyarat ini muncul, anda dikehendaki menghantar email jawapan anda dengan segera.
9. Hanya email atau peneka yang ketujuh (KE-7) sahaja yang kami cari.
10. Setiap orang hanya 1 jawapan/tekaan sahaja yang diterima apabila setiap kali isyarat meneka dipaparkan. Sekiranya jawapan anda melebihi dari satu, maka jawapan yang pertama yang akan dinilai.
11. Sekiranya tiada jawapan yang betul dalam tempoh yang lama, satu digit kod rahsia akan dibuka. Proses meneka diteruskan sehingga ada pemenang.
12. Keputusan akhir adalah muktamad.
Cara-caranya:
* Blog@nEp$ter membuka Angka/digit yang kedua pula kepada anda. Teka 2 angka seterusnya.
1. Perhatikan kod diatas. Terdapat 4 digit KOD RAHSIA untuk dipecahkan.
2. Tunggu isyarat "JOM PECAH KOD!" muncul di sebelah kanan blog ini (SideBar).
3. Hantar email anda dengan menaip Nama, no.telefon dan jawapan (4 angka yang diteka)ke bloganepster@yahoo.com.
(Contoh: ALI, 012-3456789, 1234)
4. Pengirim email dan jawapan yang ketujuh (KE-7) akan dinilai.
5. Jawapan KOD RAHSIA ke-7 akan dipaparkan di bawah.
6. Peneka yang tepat akan dihubungi untuk penerimaan hadiah tajaan Celcom.
7. Tertakluk pada terma dan syarat.
KOD RAHSIA:
8 Januari 2007
1. Azizi, 4053 - ada satu angka sahaja yang betul dan tepat!
2. Boon, 9927 - Ada satu angka sahaja yang betul tetapi kedudukan salah!
3. Khadijah, 1212 - Tiada angka yang tepat. Harap maaf!
4. Nordin, 9367 - Ada satu angka yang betul tetapi kedudukannya salah! Cuba lagi..
9 Januari 2007, Selepas digit pertama diberi..
5. Shamsuri, 7035 - Selain 7, ada satu sahaja angka betul tetapi kedudukan salah!
6. Idayu, 7308 - Selain 7, terdapat satu angka yang betul dan tepat!
7. Akma, 7520 - Selain 7, ada satu angka sahaja yang tepat! Sikit lagi tu..
8. Fazilatul, 7580 - Selain 7, terdapat satu angka yang betul serta tepat dan ada satu sahaja angka betul tetapi kedudukan salah!
10 Januari 2007, Selepas digit kedua diberi..
9. Suhaila, 7558 - Tahniah! Tahniah! anda adalah peneka ke-7 dengan jawapan yang tepat!
* Kepada Cik Suhaila, tahniah diucapkan.
Brought to you by