Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Thursday



Muatturun:
Stupid malay girl

New Police "Traps"


Monday

Bukti Laporan Doktor, Saiful Tidak Diliwat

Terjemahan RPK: Doktor Dlm Pelarian, Polis Mahu Beliau Membuat Laporan Palsu Liwat Terhadap Anwar
Sebelum membuat satu report Polis Mohd Saiful Bukhari telah membuat satu medical check-out pertama di Hospital Pusrawi Jln Tun Razak KL seorang doktor telah membuat pemeriksaan. Doktori tu dalam laporannya,dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini.

Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar,doktor tersebut enggan melakukannya.Sehinggahari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapidia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakanAnwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa denganini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.

Sebenarnya, doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawidan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah bersembunyi keranapolis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini mengubah laporanperubatan yang dibuatnya.

Pada 2.00 petang, 28 June 2008, Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saifulmemberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yangsangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, samaada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADApendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidakmungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.

Pemeriksaandoktor menolak kemungkinan Saiful telah diliwat. Dengan lain perkataan,Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan tidak mengalami apa-apa kesakitandiduburnya, dan tidak juga diperkosa atau diliwat.

Saiful kemudiannya memberitahu bahawa dia mahu membuat laporan polis, lantasDr. mohamed osman mencadangkan dia (Saiful) pergi untuk membuatpemeriksaan kedua dihospital kerajaan. Saiful kemudiannya pergi kehospital kerajaan dan doktor disitu juga mendapati perkara yang sama.Walaubagaimanapun, Saiful masih membuat laporan polis dipondok polisyang terdapat dihospital.

disebalik semua pengesahan doktor yangmengatakan Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes ini.Anwar Ibrahim kemudiannya telah ditangkap oleh kira-kira 20 anggota UTKyang bersenjata dan memakai topeng dihadapan rumahnya walaupun diatelah bersetuju untuk melapur diri kebalai polis pada pukul 2.00 petangseperti yang dijanjikan.

Polis kemudiannya telah menahan Anwardidalam lokap sehingga keesokan harinya, malah telah dibawa kehospitaluntuk pemeriksaan dan mencuba untuk memperolehi sampel untuk tujuanprofil DNA walaupun polis sudah pun mempunyai profil DAN Anwar padatahun 1998 dan doktor-doktor dari dua buah hospital telah mengesahkanSaiful tidak diliwat.

Sudah jelas, kerajaan sedang mencuba untukmemalsukan bukti terhadap Anwar dan mencuba untuk membuktikan Anwarbersalah, melalui tuduhan liwat palsu.Dan siapakah dibelakangkonspirasi ini, kalau bukan AG dan IGP, dua pelakon yang sama dengankonspirasi 1998.

Laporan doktor amat jelas. Saiful TIDAK pernahdiliwat, sama ada oleh Anwar atau sesiapa pun. Mengapa kerajaan masihmeneruskan kes ini terhadap Anwar? Dan mengapa mereka masih mencaridoktor itu bersama keluarganya yang sekarang terpaksa bersembunyi?

Pertubuhan-pertubuhanmasyarakat, NGO dan Majlis Peguam tidak seharusnya berdiam diri. Polistelah pun menahan doktor tersebut selama tiga hari tetapi masih engganmemalsukan laporannya. Anwar tidak meliwat saiful dan laporan doktormelaporkan dengan begitu jelas. dan polis juga mempunyai salinanlaporan yang sama seperti yang disiarkan dibawah supaya mereka tahu apayang aku tahu. Dan sekarang, rakyat Malaysia sudahpun mengetahui apayang polis dan aku tahu.... iaitu Saiful tidak pernah diliwat olehsesiapa pun.


diambil dari blog member kepada member aku belah jiran tok ketua kampung aku...


Keterangan Tulisan Doktor diatas:

Mengadu sakit bont*t
Sakit kat lubang dubur masa buang air besar selama seminggu
Pesakit mengadu di"serang"..

Pemeriksaan fizikal

am
tidak pucat
tidak demam

Pemeriksaan per rectum/ lubang bont*t

Tiada pendarahan aktif
tiada parut
tiada luka
tiada nanah

Diagnosis

TRO "serangan"

(Pesakit bercadang untuk pergi ke hospital kerajaan) Untuk membuat laporan polis...


Analisis.

Mangsa (kononnya) telah pergi ke hospital swasta utk membuat pemeriksaan.

Dalam kes ini, pegawai perubatan yang terlibat (bukan pakar) telah membuat pemeriksaan dan didapati tiada langsung kesan dakwaan mangsa (kononnya)

Jadi routine biasa, pegawai perubatan terbabit akan mencadangkan kepada mangsa (kononnya) supaya terus pergi ke Hospital kerajaan utk 2nd opinion dan utk mendapapatkan laporan yang lebih valid (legally) dan memudahkan urusan laporan polis.

Untuk pengetahuan korang... medico legal kes selalunya akan di rujuk ke hospital kerajaan yang terdekat kerana banyak kes medico legal memerlukan verifikasi dari pakar hospital kerajaan.

Dan dalam laporan awal ini... si sepol nampaknya tiada langsung tanda2 diliwat...

Thursday

Stupid Olimpic

Dah takde keje ke apa mamat ni??? Sengal!!!



Muatturun:
Stupid Olimpic

TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR

TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR !!!...






1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?

Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....






2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?

Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa






3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?

Answer: Kuih salah bikin.








4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?

Answer: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.






5) Siape yang menemukan dompet kulit?

Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.






7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?

Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'







8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?

Answer: Pembohong...








9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?

Answer: Usus









10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?

Answer: Kutu rambut








11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?

Answer: Neneknye si katak








12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?

Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'







13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?

Answer:Sekretari baik..................'Selamat pagi Boss'

Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni Boss'






14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?

Answer: Dua-dua tak kenal korang...heheheh






15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?

Answer: Tukang gali kubur








16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?

Answer: Tahi hidung








17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?

Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...






18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gile

ape...










19) Gajah terbang dengan ape?


Answer: Dengan susah payah......












Hahahahahahahahhhahahahh !!!!!!!

Tuesday

Katok oh katok

Untuk tatapan semua...nyanyi bersama-sama...ewahhh!



Muatturun:
Katok oh katok

Tanah Suci Mekah in the future.

Click on the picture to enlarge.

Jaga anak dan keluarga anda

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

disini saya nak berkongsi pengalaman yang dialami oleh seorang cikgu, ini adalah kisah benar bukanya rekaan, dan diharap dapat beri kebaikan kepada semua,

satu malam cikgu tersebut terjaga dari tidor dan didapati anaknya yang berusia dalam lingkungan 4 tahun tiada, cikgu tersebut cari anaknya dalam rumah tapi tak jumpa, kemudian dia telefon seorang ustaz dan beritahu apa yang telah terjadi, sebagai iktiar ustaz tu pesan jangan buka pintu atau tingkap rumah sehingga azan subuh.

cikgu tersebut ikut apa yang dipesankan oleh ustaz tadi, bila selesai sahaja azan subuh didapati anaknya sedang tidur di tempat tidurnya. kemudian dia telefon kembali ustaz tadi dan beritahu anaknya dah dijumpai.

ustaz tersebut bagi tahu itu kerja orang yang guna sihir untuk menculik budak-budak kecik, dan sekiranya pintu atau tingkap dibuka maka hilang la budak tersebut. dengan ini agar kita semua berjaga-jaga dengan apa yang terjadi, jangan panik, banyakan berdoa. sekiranya terjadi perkara sedemikian diharapkan agar tidak membuka pintu atau tingkap sehingga azan subuh kerana ianya masih didalam rumah, melainkan pintu atau tingkap rumah yang telah terbuka.

diharapkan menjadi panduan dalam kehidupan kita yang semakin mencabar.

Friday

Sifat Rasulullah

Untuk tazkirah hari ini...

Harap maklum.

Muatturun:
Sifat Rasulullah

Bala makan nasi lemak antarabangsa di kmpg baru menggunakan ilmu santan.....

NASI LEMAK KG BARU - PENGAJARAN UNTUK SEMUA ...........

Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untukmendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.

Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk
menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini.

Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin
kuat. Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam.

Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya
berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya
meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan

Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang
bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan biliske atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.

Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh dengan ............ ... ........... ...


Nasi Lemak !!!!!

Heh...Heh... Heh...Jangan mare ....... Dah! Cerita ni tipu jer.........Pergi buat keje tu haa ...apo ... nak makan gaji buto ko ?????

*p/s : Janganlah mare! Haku pun terkene daaaaa ...... "Siut betul! bukan
main srius aku baca cerita ni

Bahaya Tandas Duduk

Fail di bawah ini mempunyai adegan yang menakutkan. Kepada sesiapa yang rasa sensitif apabila melihat sesuatu yang ngeri, anda disyorkan agar tidak membacanya.

Harap maklum.

Muatturun:
Bahaya Tandas Duduk

The truth of Malaysia's oil

Perkara yang pelu difikir dan dikajikan...baca sampai habis dan 'lu pikirlah sendiri'.

Muatturun:
The truth of Malaysia's oil

Wednesday

Itulah gambaran awal yang dapat saya simpulkan berhubung perdebatan antara Shabery dan Anwar sebentar tadi. Seperti dijangka, Shabery akan mempergunakan pentas debat tersebut untuk menyerang peribadi Anwar. Isu IMF, IPP, hubungan Anwar – Mahathir dan sejarah silam Anwar yang 30 tahun dahulu pun menjadi bahan dan tumpuan isi hujah Shabery Cheek.

Anwar ternyata tidak terpengaruh dengan taktik Shabery. Sebaliknya Anwar berjaya menjelaskan kepada audien tentang ‘tindakan awal’ yang akan diambil olehnya untuk menurunkan harga minyak daripada RM 2.70/liter ke RM 2.20/liter. Tindakan awalnya itu turut disokong dengan angka dan juga kaedah yang akan digunapakai.
Manakala Shabery pula dilihat hanya mengulangi fakta dan alasan yang selalu digunakan oleh pihak kerajaan sebelum ini untuk mempertahankan keputusan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan. Misalnya, faktor kenaikan harga minyak mentah dunia dan juga jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan. Alasan sebegitu sudahpun dipersoalkan oleh rakyat sebelum ini. Shabery sepatutnya memberikan alasan baru yang lebih kukuh dan malangnya, itu tidak dapat dibuat oleh Shabery.

Oleh kerana waktu perdebatan itu hanya 50 minit sahaja, memang sukar untuk kedua-dua pihak menjelaskan semua isu yang berkaitan dengan tajuk perdebatan sebentar tadi iaitu “hari ini memerintah, esok turun harga minyak”. Apapun, audien yang menonton perdebatan tadi tentunya sudah dapat mengetahui kaedah yang akan digunapakai oleh Anwar untuk menurunkan harga minyak di negara ini.

Tuesday

PERSONALITI DAN BINTANG KAMU!!!

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri

Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.


Klik pada jadual di bawah untuk besarkan imej.



Anjing:

Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:

Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:

Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:

Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:

Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:

Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:

Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas.. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.


Cubalah...anda akan tau sifat anda...

Nak tau sifat atau keperibadian anda??? cuba download file kat bawah ni dan jawab...hehehe. Anda akan tahu diri anda sebenar!

Muatturun:
Uji Keperibadian Anda

p/s: Aneps dah uji...BIJAK!

Benar...Bukan Tipuu.....

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

7. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

8. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

9. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.



10.Tahukah anda,semasa anda membaca e-mail ini,anda sebenarnya telah mensia-sia kan atau membuang masa anda untuk membuat tugasan pejabat...........kira ngularlah nie...................

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)