Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Thursday

SELAMAT TINGGAL 2006!

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

SELAMAT TAHUN BARU 2007!

SELAMAT BERCUTI SEMUA!

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA!

SEMOGA BERJUMPA LAGI!

Monday

OST Cicakman

Kepada cicakman-cicakman di malaysia...amik lagu nie dengar! hehehe...



Muaturun Sekarang: Aznil Nawawi - Profesor Klon
Muaturun Sekarang: Klon Yang Punyer
Muaturun Sekarang: Janji Danny
Muaturun Sekarang: Yusry - Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi
Muaturun Sekarang: Yang Original Lebih Bagus
Muaturun Sekarang: Dr. Kronik - Bukan Ilusi
Muaturun Sekarang: Kaulah Cicakman
Muaturun Sekarang: Syuga - Dialah Aku

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Tuesday

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :
"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."


BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."


KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. :
"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

Alhamdulillah. .marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana
kita tergolong dalam umat Muhammad.

Saturday

Aris Ariwatan - Lafaz Kasmaran

Muaturun Sekarang: Aris Ariwatan - Lafaz Kasmaran

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Mat Rempit Not So Furious - JJ & Rudy

Tokyo Drift nyer lagu tapi versi Malaysia...

Muaturun Sekarang: Mat Rempit Not So Furious - JJ & Rudy

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Thursday

Baby Serdang beb!

Tengok...jangan tak tengok...adegan yg sungguh menjengkelkan. Tutup mata dulu sebelum nak tengok...hehehehe.

Muaturun Sekarang: Baby Serdang 1
Muaturun Sekarang: Baby Serdang 2
Muaturun Sekarang: Baby Serdang 3

Ungu - Tercipta Untukku

Muaturun Sekarang: Ungu - Tercipta Untukku

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Radja - Aku Ada Karena Kau Ada (Live Acoustic)

Muaturun Sekarang: Radja - Aku Ada Karena Kau Ada (Live Acoustic)

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Monday

Kebenaran Kahwin

Buat isteri atau bakal isteri di mana jua dikau berada...

Muaturun Sekarang: Kebenaran Kahwin

Soal Jawab Mandi Wajib

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam MAlaysia (JAKIM), Ustaz Hj Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapaun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau.

Mandi wajib yang juga dikenali sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukanny mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun Mandi Wajib Rukun mandi wajib ada tiga. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir.

Niat Mandi Wajib (Umum)
Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Ta'ala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

Niat Mandi Wajib (Perempuan Habis Haid dan Nifas)
"Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku menggangkat hadas haid kerana Allah Ta'ala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Ta'ala".

Rukun Pertama: Niat
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya setelah dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.

Rukun Kedua: Menghilangkan Najis
Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Uztaz Hj Mat Jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Rukun Ketiga: Meratakan Air Ke Seluruh Anggota
"Sementara rukun mandi wajib yang ketiga, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. "jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib ia dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.
"Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
"Tentang rambut yang diwarnakan pula selain daripada menggunakan inai, inilah yang perlu diketahui (sekarang ini ramai orang lelaki dan perempuan gemar mewarnakan rambut). Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

"Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
"Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut."
"Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM, sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza. (maksudnya pewarna itu tidak najis tapi jika ia menyaluti rambut hingga tidak telus air, mandi wajib tetap tidak sah).
"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang serius oleh umat islam.

Sebab Wajib Mandi Wajib
Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Hj Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada enam sebab. Tiga sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala tiga sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Gunakan Air Mutlak (air bersih lagi membersihkan)
"Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Masa Perlu Mandi Wajib
"Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi setelah bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknyanya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makhruh."

Mudah-mudahan artikel ini dapat membantu kita menyemak semula cara-cara kita melakukan mandi wajib, kerana jika ianya tidak sah maka kita masih berada dalam hadas besar.

Thursday

Antara Hujan & Airmata

Lagu Saleem - Antara Hujan & Airmata terdapat dalam album Epigoni (2006). Lagu ini pernah dirakamkan oleh Allahyarham Sudirman pada tahun 1989. Aku tak pasti siapakah pencipta lagu ini. Yang aku pasti, penulis lirik untuk lagu ini ialah Allahyarham Sudirman.

Antara Hujan & Airmata

Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku

Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku

Ohhh... hujan..
Di antara airmataku
Menitis laju
Bersama pilu pilu

Ku cuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan

Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku ooh..
Kasih

Semakin ku cuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku ooh..
Kasih

Muaturun Sekarang: Saleem - Antara Hujan Airmata
Muaturun Sekarang: Sudirman - Antara Hujan Airmata

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Monday

Salib di atas bumbung KUSTEM gong badak, Terengganu ???

KUSTEM ialah sebuah kolej universiti milik penuh kerajaan yang terletak
berhampiran Gong Badak, Terengganu.

Bangunan yang di gambarkan sebenarnya siap (kalau tak salah) kira2 lebih 3 tahun yang lepas.

Yang menjadi persolannya ialah :-

1) Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut ?

2) Adakah Jabatan Kerajaan yang meluluskan bangunan ini tidak sedar tentang perkara ini ?

2) Adakah bentuk salib itu berlaku secara kebetulan disebabkan kedudukan
bangaunan itu sendiri ?

3) Adakah ianya disengajakan ?

4) Apakah motif sebenar bumbung itu direka begitu ?

5) Dan banyak lagi persoalan ???

Sila sebarkan kepada sahabat kita semua, lebih - lebih lagi rakyat Negeri
Terengganu Darul Iman .

Wassalam.

Click on the picture to enlarge!






Thursday

Untuk Perhatian!!!

Perhatian! Berikut adalah aktiviti Webmaster pada minggu ini dan minggu hadapan.

16-17 November 2006:
-> MMU International Symposium on Information and Communication Technology

20-24 November 2006:
-> UML Training

Oleh yang demikian, segala urusan akan ditunda sehingga 27 November 2006.

Harap maklum, terima kasih.

Wednesday

Jangan Tinggal Daku

Jangan Tinggal Daku
Song by P. Ramlee
Lyrics by S. Sudarmaji

Jangan tinggal daku
Oh adik oh juwita
Kanda sedang rindu
Padamu yang manis jelita

Hanya dikau seorang
Oh bintang oh pujaan
Tempat kasih sayang
Harapan di masa hadapan

Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana

O O jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu

Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana

O O jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu

This song opens the movie "Ibu Mertuaku" (1962). Kassim Selamat (P. Ramlee) is the leader of a radio band and his show is eagerly awaited by Sabariah Mansor (Sarimah), the rich heiress who is in love with him.

Muaturun Sekarang: P.RAMLEE - Jangan Tinggal Daku
Muaturun Sekarang: Amuk - Jangan Tinggal Daku

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Abang Asmara's Wedding

Setelah Siti Nurhaliza menghabiskan zaman bujangnya...maka abang asmara kite sorang ni pun mengikut jejak langkah cik CT tu...dulu 2 artis ini pernah digosipkan. Al-maklumlah...






Tuesday

“My Cubicle”

“My Cubicle”
Lyrics by: Morning Sidekick
Performed by: Jym Britton
Parody on “You’re Beautiful” by James Blunt


My job is stupid my day’s a bore,
Inside this office from eight to four
Nothin’ ever happens my life is pretty bland,
Pretending that I’m working, pray I don’t get canned.

My Cubicle, My cubicle
It’s One of Sixty two
It’s my small space in a crowded place
Just a six-by-six foot booth
And I hate it that’s the truth

Well, I give a sigh as the boss walks by,
no one ever talks to me or looks me in the eye.
And I really should work but instead I just sit here and surf the Internet.

In My Cubicle, My cubicle
It doesn’t have a view.
It’s my small space in a crowded place
I sit in solitude.
And sometimes I sit here nude.

Muaturun Sekarang: My cubicle

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Thursday

Tuesday

Pelangi Petang

Pelangi Petang
Lagu: Kassim Masdor
Lirik: Sudirman

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua

Lagu Pelangi Petang terdapat dalam filem "Kami" pada tahun 1982. Filem tersebut merupakan satu-satunya filem lakonan Sudirman. Dalam filem ini, Sudirman membawakan watak Tookoo iaitu seorang remaja berusia 17 tahun.

Fakta mengenai filem "Kami":

Judul filem: Kami
Jenis cerita: Drama
Bahasa: Melayu
Pengarah: Patrick Yeoh
Penulis: Patrick Yeoh (Cerita & Lakonlayar), Sudirman (Penterjemah Dialog)
Tarikh mula tayangan umum: 27 Mei 1982
Kutipan jualan tiket: RM272 979
Corak filem: Warna
Tempoh tayangan: 105 minit
Pertandingan: Festival Filem Malaysia ke-3, 1982
Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Zul Zamanhuri

Muaturun Sekarang: Allahyarham Sudirman - Pelangi Petang
Muaturun Sekarang: Faizal AF4 - Pelangi Petang
Muaturun Sekarang: Def Gab C - Pelangi Petang


Versi Pelangi Petang mana satu yang anda suka?
Versi Allahyarham Sudirman
Versi Faizal AF4
Versi Def Gab C
  


Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Dangerous!!! (Do not drink Coka-Cola and eat MENTOS together)

Last week a little boy died in Brazil after eating MENTOS and drinking Coka-Cola together.

One year before the same accident happened with another boy in Brazil .

Please check the experiment that has been done by mixing Coka-Cola (or Coka-Cola light are the same) with MENTOS??..
So be careful with your self

Click on the picture to enlarge.






Monday

WE ARE SMALL INDEED

Allahu Akbar...Cuba korang tengok gambar-gambar di bawah nih. Berikut adalah gambaran perbandingan saiz planet-planet, matahari dan bintang-bintang yang terdapat di cakerawala atau bimasakti oleh pakar-pakar astronomi dunia. Janganlah korang berlagak sombong, bermegah-megah dan bercakap besar di atas muka bumi ini sedangkan kita adalah sangat.. sangat.. sangat.. sangat.. sangat.. sangat..kerdil di sisi Allah S.W.T.

Click on the picture to enlarge.







Tolong sebarkan kepada rakan-rakan korang agar mereka tidak lupa diri...

Presented by: http://anepster.blogspot.com/

Sunday

Dewa 19 - Larut

Kini sedang berkumandang di corong-corong radios...

Muaturun Sekarang: Dewa 19 - Larut

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Vince - Andai Kau Mengerti

Vince AF1 dulu...kurang popular kini dek Mawi.

Muaturun Sekarang: Vince - Andai Kau Mengerti

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Siti Nurhaliza - Cahaya Cinta

Dato' Siti Nurhaliza...

Muaturun Sekarang: Siti Nurhaliza - Cahaya Cinta

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Faizal OITM - Mahar Kaya Cinta

Faizal One in the Million yer...bukan Faizal AF4 yer...

Muaturun Sekarang: Faizal OITM - Mahar Kaya Cinta

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Ella ft Shazzy - Dua Insan Bercinta (Remix)

Muaturun Sekarang: Ella ft Shazzy - Dua Insan Bercinta (Remix)

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Saturday

WARNING!!! Di sebalik lagu Samson!!!!

Kini bermacam-macam artis dari Indonesia telah dibawa masuk ke Malaysia. Boleh dikatakan semua stesen-stesen radio di Malaysia menyiarkan lagu-lagu Indon ini. Contohnya artis SAMSONS yang begitu popular dengan lagu KENANGAN TERINDAH. Namun tahukah anda apakah maksud tersirat di sebalik lagu ini. Di bawah ini disediakan link satu laman web yang membongkarkan rahsia lagu tersebut. Buka speaker sekuat yang boleh, klik pada PLAY button, perhatikan dan dengar betul-betul...

Layari Sekarang: Misteri di sebalik lagu Samsons

Friday

Torn

Torn... What is torn? If you don't know the meaning exactly, it's ok. You just see this video and u will know what is torn..hehehe... One more thing, also attached below is a Torn MP3 from Natalie Imbruglia.

Muaturun Sekarang: Hollowmen - Torn (Video)
Muaturun Sekarang: Natalie Imbruglia - Torn

Happy download!

Thursday

Anephone™ Software: S60 Norton Antivirus

Kepada pengguna-pengguna telefon bimbit Siri 60...ni ada antivirus untuk handphone korang. Full edition punya. Berhati-hati sebelum virus menyerang...

Muaturun Sekarang: Anephone™ Software: S60 Norton Antivirus

Tuesday

VE - OST Cinta

Ditunaikan permintaan dari En.Anuar, jejaka tampan Melaka maliii...

Muaturun Sekarang: VE - OST Cinta

Friday

Salam Aidilfitri

Khas buat korang sume yang telah menjenguk Blog@nEp$ter ini walau sekali maupun 2 kali, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga anda sume berpuas hati. Akhir kata, terimalah kad raya tak seberapa ini dan sebuah Movie. Bukak speaker kuat-kuat sikit. Terimalah...

Muaturun Sekarang: Kad Raya dari Bloganepster
Muaturun Sekarang: Hati-hati The Movie



SEL@M@T H@RI R@Y@ @IDILFITRI...M@@F Z@HIR & B@TIN...

Anephone™ Games: Angpau Raya

Sempena hari raya...nih ada hadiah untuk korang. Games untuk handphone korang sume. Sambil-sambil korang pi raya umah sanak-saudara tu, sambil-sambil makan ketupat dan lemang tu...sambil-sambil tunggu air untuk dihidangkan, korang boleh main games nih puas-puas. Makan tu jangan lupe kat teman ni yer...:)

Nama Games: Fast N Furious Tokyo
Jenis Telefon: Nokia, Sony Ericsson, dan lain-lain yang mempunyai Java™ Games.
Perisian: Java™
Jenis Permainan: Racing
Cara muaturun ke telefon: Bluetooth, Infrared, cable pun boleh


Muaturun Sekarang: Anephone™ Games: Fast N Furious Tokyo
------------------------------------------------------------------------------------------

Nama Games: 3D Pool
Jenis Telefon: Nokia, Sony Ericsson, dan lain-lain yang mempunyai Java™ Games.
Perisian: Java™
Jenis Permainan: Sport
Cara muaturun ke telefon: Bluetooth, Infrared, cable pun boleh


Muaturun Sekarang: Anephone™ Games: 3D Pool
------------------------------------------------------------------------------------------

Nama Games: Worms
Jenis Telefon: Nokia, Sony Ericsson, dan lain-lain yang mempunyai Java™ Games.
Perisian: Java™
Jenis Permainan: Suka-suka
Cara muaturun ke telefon: Bluetooth, Infrared, cable pun boleh


Muaturun Sekarang: Anephone™ Games: Worms
------------------------------------------------------------------------------------------

Nama Games: Tetris
Jenis Telefon: Nokia, Sony Ericsson, dan lain-lain yang mempunyai Java™ Games.
Perisian: Java™
Jenis Permainan: Perah Otak
Cara muaturun ke telefon: Bluetooth, Infrared, cable pun boleh


Muaturun Sekarang: Anephone™ Games: Tetris
------------------------------------------------------------------------------------------

Nama Games: Sonic
Jenis Telefon: Nokia, Sony Ericsson, dan lain-lain yang mempunyai Java™ Games.
Perisian: Java™
Jenis Permainan: Suka-suka
Cara muaturun ke telefon: Bluetooth, Infrared, cable pun boleh


Muaturun Sekarang: Anephone™ Games: Sonic
------------------------------------------------------------------------------------------

Cara bermain: Belajar sendiri...sungguh mudah!


SEL@M@T H@RI R@Y@ @IDILFITRI...M@@F Z@HIR & B@TIN...

Thursday

Blog updated: New stuff!

Berwajah baru...carta Radio Era.fm dan Sinar.fm. Sila rujuk bawah sekali atau 'scroll down' untuk melihat carta dan muaturun lagu.

@nEp$ter
@nEp$ter

Ditaja oleh Celcom, "Segalanya di tangan anda"

Wednesday

Jin masuk Islam (18SG)

Amaran: Video yang dilampirkan agak seram. Kepada sesiapa yang lemah semangat, anda tidak digalakkan menontonnya. Lebih-lebih lagi pada waktu malam. Sebarang perkara yang berlaku ke atas diri anda, Blog@nEp$ter tidak akan bertanggungjawab.

“Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”: Lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal daripada golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya...(Surah Al-Kahfi: 50)

Kali ini uncle nak cerita satu kisah misteri yang sedang melanda negara jiran terdekat kita di malaysia timur iaitu Brunei, Uncle pun baru balik dari sana beberapa hari lepas dan sempat juga berjumpa dengan seorang kenalan di sana

Cerita ini pun di khabarkan oleh kenalan kepada uncle semasa kat Brunei,Al-Kisah bermula di sebuah sekolah bernama STPRI atau di kenali sebagai Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri,Sekolah ini menempatkan hanya pelajar-pelajar perempuan sahaja dan kira-kira dua bulan lepas terdapat segolongan pelajar-pelajar dari sekolah ini yang bermain 'spirit games' atau memanggil roh menggunakan duit syiling,uncle percaya ramai yang tahu mengenai games ini kan ?

'Games' ini menjadi sebagai satu trend di sekolah ini di mana di kebanyakan kelas ada membuat permainan ini sehinggalah ada satu kumpulan yang menggunakan darah kotor (darah haid) dalam permainan ini.Mengikut ceritanya diorang ini hendak bertanyakan 'spirit' tentang soalan exam form 3 dan ada yang menyatakan nak tanya pasal lelaki,ada dua versi kat sini tetapi apapun ketika games ini berjalan tetiba syiling yang di gunakan itu bergerak sendiri dan kemudian terdengar satu suara meminta darah,so apa lagi lalu di buang syiling tu dan semua berterabur lari ketakutan,maklumlah perempuan.

Bermula dari sinilah episod angker ini berlaku,'spirit' yang di panggil tadi khabarnya begitu marah kerana tidak di beri makan dan kemudian tidak di hantar balik kembali ke dunia dia lalu dari situ berlakulah peristiwa kerasukan pelajar-pelajar sekolah itu malahan guru-guru juga terlibat sehingga merebak ke sekolah-sekolah lain di seluruh brunei.Mengikut kenalan uncle yang juga seorang guru, sekolah tempat dia mengajar juga turut terlibat dan ada pelajar-pelajar yang kerasukan malah guru-guru sendiri pun takut hendak ke tandas walaupun hari siang.

Mengikut ceritanya lagi,bagi mereka yang ada 'sixth sense' mereka nampak satu kapal besar terapung di STPRI dan katanya jika permintaan 'spirit' ini tidak tertunai (nak darah) mereka akan menyerang dengan kekuatan bala tentera mereka seramai 28 000 pada 18th (tidak di nyatakan 18 bulan berapa samaada masihi atau hijrah),Dari peristiwa ini juga banyak SMS di hantar di kalangan warga brunei dengan pelbagai cerita dan pada 18 ogos lepas satu SMS berbunyi :

" 4ward dis msg to everyone u noe k. Kami dpt informasi, krg jgn keluar umah lps pkl 12 tgh mlm coz guris d skulah men. STPRI kana buka." ,

Katanya mengikut kenalan uncle lagi pada 18 ogos lepas kebanyakan orang berkurung di dalam rumah kerana takut berlaku apa-apa musibah yang tidak di ingini dan tidak kurang ramai juga mereka-mereka yang pergi ke STPRI pada jam 12 malam untuk melihat sendiri apa yang bakal berlaku,pihak polis di kerahkan untuk berjaga-jaga pada malam tersebut tetapi tiada apa yang berlaku,mungkin hari ke 18 pada bulan lain yang di maksudkan.Terdapat pelbagai rumor lagi yang di sebarkan sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk.Khabarnya juga 2 pelajar yang bertanggungjawab dengan 'games spirit' menggunakan darah itu telah di hantar ke oversea oleh keluarga masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak di ingini.

Mengikut cerita terbaru,pelajar-pelajar di STPRI sekarang yang berada di dalam form 3 dan 5 terpaksa di tangguhkan 'oral test' mereka sedangkan sekolah-sekolah lain sudah menjalankan test tersebut untuk pelajar masing-masing dan baru-baru ini sekolah ini memberi cuti mengejut kepada pelajar mereka akibat daripada peristiwa ini.Uncle juga sempat di tunjukkan satu rakaman video seorang pelajar yang kerasukan yang mana rakaman tersebut telah uncle serah kepada pihak TKO untuk di letakkan di portal ini,tidak salah uncle video itu korang boleh download di ruangan download.Baru-baru ini juga Sultan Brunei telah mengadakan lawatan mengejut di sekolah-sekolah terlibat yang mana kebetulan Baginda ada di satu sekolah tu tiba-tiba ada pelajar kerasukan dan khabarnya Baginda sendiri bercakap-cakap dengan pelajar yang di rasuk tadi dan permintaan yang sama masih lagi di nyatakan 'darah kamu'.

Ok lah, cukup setakat ini dulu uncle bebel dalam ruangan yang tak seberapa ini yang mana kali ini kita menyusuri dunia mistik,dunia makluk yang bukan sebangsa dengan kita,ada orang yang tidak percaya dengan hal-hal sedemikian dan ada yang percaya, malah di dalam rukun iman sendiri ada di sebut salah satu rukun ialah 'percaya kepada benda2 ghaib' , malaikat , jin , iblis , syurga ,neraka dan sebagainya itu termasud dalam kategori ini dan kewujudan jin serta iblis adalah utk menyesatkan anak adam, yang penting jangan percaya meraka ada kuasa untuk memusnahkan atau merosakkan kita,yang berkuasa hanya Allah dan mereka itu adalah sebagai alat propaganda bagi tuhan menguji keimanan kita masing-masing serta jangan main permainan yang boleh merosakkan akidah kita.

Muaturun Sekarang: Jin masuk Islam (18SG)

"Dan sesungguhnya sebahagian daripada kita adalah Islam, dan ada yang menyeleweng dari kebenaran; maka sesiapa yang menurut Islam, maka merekalah golongan yang telah mencari dan menurut jalan yang benar,"(Surah Al-Jinn: 14)

Tuesday

Cry baby trick

Disini ada klip video mengenai seorang baby yang pandai buat trick atau helah. Kelakar dibuatnya...Hemmm...pandai baby nih. Dahla cute mute...jom tengok!

Muaturun Sekarang: Cry baby trick

Hit5: Destinys Child (Vol.1)

Muaturun Sekarang:
1. Destinys Child - Stand Up For Love
2. Destinys Child - Independent Women Part 1
3. Destinys Child - Survivor
4. Destinys Child - Check On It
5. Destinys Child - Soldier
6. Destinys Child - Jumpin' Jumpin'
7. Destinys Child - Lose My Breath
8. Destinys Child - Say My Name

Monday

Anephone™ Games: V-Rally 3D

Khas buat pengguna telefon bimbit/handphone yang mempunyai perisian Java™. Kali ini kite rally pulak...


Nama Games: V-Rally 3D
Jenis Telefon: Nokia, Sony Ericsson, dan lain-lain yang mempunyai Java™ Games.
Perisian: Java™
Jenis Permainan: Racing
Cara muaturun ke telefon: Bluetooth, Infrared, cable pun boleh
Cara bermain: Belajar sendiri...sungguh mudah!

Muaturun Sekarang: Anephone™ Games: V-Rally 3D

p/s: Memang syok la main game nih...tapi boleh habiskan Championship 1 jer. Championship 2 giler kentang susah...hanya orang yg betul2 ada skil jer lah lepas...Sape yg dah main tu bagi tau la yer tips2 yg berguna untuk lepas!


Dah rally ker? Berapa bintang nak bagi?
5: Giler Kentang Best!
4: Best!
3: Just OK!
2: Tak Best!
1: Tak Best Langsung!
  

Free RM to MP3 Converter

Oleh kerana terdapat permintaan dari saudara Zul, disini @nEps ada sediakan Free RM to MP3 Converter untuk sesiapa yang hendak menukar lagu atau file Real Media ke bentuk MP3. Perlu diingatkan bahawa hanya format RM sahaja yang boleh convert. Ada sesetengah file tu tak boleh convert disebabkan file adalah berbeza. Anda akan tahu file yang mana boleh atau tak boleh convert, apabila anda sedang memilih file atau Browse. Perlu diingatkan juga bahawa converter ini tidak boleh convert format '.ram' ke MP3. Jika anda hendak juga convert file tersebut, anda hanya perlu menukar 'extension file' dari '.ram' ke '.rm'. Jika anda masih lagi mempunyai kemusykilan, jangan malu dan segan untuk bertanya. Okaiiii...selamat men'convert'!!!

Muaturun Sekarang: Free RM to MP3 Converter

Kemudahan ini ditaja oleh Celcom, Segalanya di tangan anda.

Friday

Isu Perbankan Internet


Pernahkah anda menggunakan perbankan Internet di Malaysia?
Pernah berurusan
Tidak pernah berurusan
Tak tahu langsung kewujudannya
  


PUTRAJAYA 12 Okt. – Sebanyak 159 kes kecurian identiti melibatkan pelanggan perbankan Internet dikesan di negara ini bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Bilangan itu meningkat sebanyak 27 kes berbanding 132 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Kes-kes itu dilaporkan oleh pihak institusi perbankan dan pelanggan kepada Pusat Keselamatan dan Tindakan Balas Kecemasan Teknologi Komunikasi dan Maklumat Negara (NISER).

Jumlah kerugian bagaimanapun tidak dapat diperoleh kerana dirahsiakan oleh pihak perbankan terbabit.

Kecurian identiti atau phishing dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mewujudkan laman-laman web palsu bank bagi mendapatkan maklumat pengguna seperti nama pengguna dan kata laluan untuk membolehkan mereka mengakses akaun perbankan Internet pengguna.-selanjutnya di UTUSAN MALAYSIA-

Surah Alam Nasyrah/Al-Inshirah

Al-quran adalah kalam Allah. Ia hendaklah dijadikan panduan dan pegangan untuk kita semua dalam menjalani kehidupan. Banyak kelebihan yang kita perolehi apabila membaca Al-Quran. Oleh itu @nEp$ disini nak share kelebihan salah satu surah yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu Surah Alam Nasyrah atau Al-Inshirah.

Muaturun Sekarang: MP3 Surah Al-Inshirah
Muaturun Sekarang: Rahsia Surah Al-Inshirah

Wednesday

Anephone™ Games: FIFA 06

Khas buat pengguna telefon bimbit/handphone yang mempunyai perisian Java™.


Nama Games: FIFA 06
Jenis Telefon: Nokia, Sony Ericsson, dan lain-lain yang mempunyai Java™ Games.
Perisian: Java™
Jenis Permainan: Sukan/Bola Sepak
Cara muaturun ke telefon: Bluetooth, Infrared, cable pun boleh
Cara bermain: Belajar sendiri...sungguh mudah!

Muaturun Sekarang: Anephone™ Games: FIFA 06


Amacam? Dah main game ni? Berapa bintang nak bagi?
5: Giler Kentang Best!
4: Best!
3: Just OK!
2: Tak Best!
1: Benci! Tak Best Langsung!
  

Loghat sungguh lagu ini!!!

Haaaa...disini ada beberapa buah lagu memang loghat yang berasal dari negeri yang berloghat walau rakyat sendiri tak faham apa yang diloghatkan...

Eh! berapa banyak loghat daaa...

Muaturun Sekarang: Ally Noor Mastura - Apo Kono Eh Jang
Muaturun Sekarang: Anok
Muaturun Sekarang: Arie Wibowo - Ida Ayu Komang
Muaturun Sekarang: Mustafa Mohd - Itik Gembo-Gembo
Muaturun Sekarang: Mustafa Mohd - Watimang Landok

Haa..ini ada yg lagi loghat di antara loghat-loghat di atas. Sape kenal Crazy Frog??? Mesti ramai yang kenal kan. Nak dijadikan cerita, Crazy Frog ni datanglah ke MALAYSIA untuk melancong sambil belajar. Pada suatu hari dia pegi melancong salah sebuah negeri nih... Entah macam mana dia nampak sekumpulan manusia nih sedang dikir barat. Nak dipendekkan cerita katak ni pun belajarlah lagu dikir barat dari seorang tukang karut ni.. Maka, terciptalah sebuah lagu Krazeee Frog... Dengarkan.

Muaturun Sekarang: Krazee Frog Special

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.
Dapatkan album yang original.

Monday

Upload Semula

Upload semula untuk mereka yang tak ada lagu ni lagi.

Muaturun Sekarang: Nassier Wahab - Memori Cinta Luka
Muaturun Sekarang: Mawi - Memori Cinta Luka
Muaturun Sekarang: Fauziah Latif - Hakikat Cinta
Muaturun Sekarang: Irwansyah & Acha Septriasa - My Heart
Muaturun Sekarang: Faizal AF4 - Lihatlah

RITA RUDAINI VS LISDAWATI (18SG)

Di sini @nEp$ nak berkongsi satu klip video adegan berunsur ganas. Alaaa...kes 2 artis yg bergaduh baru-baru nih kat tempat shooting. Dimaklumkan bahawa diorang gaduh pasal lelaki (Fauzi dot dot dot). Aisey, pasal lelaki pun nak main tarik-tarik rambut ker? Main la congkak ker...batu seremban ker...hehehe.

Muaturun Sekarang: RITA RUDAINI VS LISDAWATI (18SG)

Selamat menonton aksi ganas ini!

Saturday

Perhatian utk sapa lewat sahur!! (jgn terbatal puasa)

Baca jgn tak baca..

Perhatian untuk orang yang suka sahur lewat.
1. Rasullullah menganjurkan kita mencepatkan berbuka dan ta'akhir sahur.
2. Rasulullullah juga menganjurkan supaya kita berhenti sahur sekurang-kurang membaca 50 ayat Al Quran sebelum subuh.
3. Walaupun begitu kita boleh bersahur sehingga nyata benang putih dan benang hitam(naik fajar) - maksud Al Quran.
4. Hukum ta'khirkan sahur adalah sunat. Oleh itu ada orang makan sehingga
waktu subuh atau dengar azan.
5. Untuk berjaga-jaga supaya sahur tidak terlajak masuk kedalam waktu subuh maka ulamak-ulamak falak di Malaysia telah menetapkan waktu imsak(menahan diri dari makan & minum) 10 minit sebelum sahur.


Saudara-saudari,
Baca dan renung baik-baik keterangan saya dibawah ini.
1. Dalam Takwim yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Negeri Kedah ada Nota PERHATIAN - Waktu akhir tiap-tiap sembahyang ialah 5 minit sebelum masuk waktu sembahyang berikutnya.

2. Maknanya jika dalam Takwim menyatakan waktu Subuh pukul 5.50 pagi, waktu imsak telah tamat 5 minit sebelumnya iaitu pukul 5.45 pagi. Waktu subuh sebenarnya ialah 5.45 pagi. Justeru itu siapa yang masih minum pada pukul 5.47 bermakna ia telah minum selepas waktu subuh, maknanya dia tidak berpuasa lantaran jahil waktu taqwim(bukan jahil ugama). Oleh itu JAGA-JAGA JANGAN TAK PUASA. PUASA IALAH RUKUN ISLAM. ORANG YANG BERAMAL MESTI BERILMU, MESTI ADA ILMU MENGENAI AMALAN ITU. Taarig puasa ialah Menahan diri dari makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari
naik fajar hingga jatuh matahari.

3. Kenapa Jawatankuasa Takwim tulis tiap-tiap waktu sembahyang lewat 5 minit?. Jawapannya : Dalam Seminar Falak Syarei di KUZA Terengganu pada tahun 1990 an (tak ingat tarikh tepat) waktu masuk waktu sembahyang hendaklah ditulis 5 minit lewat bagi menyelamatkan orang yang hendak solat awal, pada hal ketika itu mungkin ia memakai jam yang cepat 1 atau 2 minit.
Jika waktu sembahyang ditulis tepat seperti hakikatnya maka orang itu telah sembahyang padahal waktu belum masuk. Dia perlu sembahyang awal mungkin kerana nak pergi kerja cepat atau masalah lain, jadi dia sembahyang tanpa azan, tanpa iqamat, terus tengok jam dan sembahyang. Jadi sembahyang tidak diterima kerana belum masuk waktu.

4. Jawapan kedua. Kawasan sesebuah negeri itu kawasan yang luas.
Contohnya Kedah. Kawasan paling timur ialah Baling dan kawasan paling barat Kedah ialah Yan. Baling terima matahari lebih awal dari Yan lebih kurang 2 minit, kerana matlak(longitude) Baling disebelah timur dan matlak Yan di sebelah barat. Takwim hanya menyatakan satu waktu sahaja iaitulah 5 minit lewat dari tempat tengah-tengah Kedah. Secara rambangnya Alor Setar. Sebab itulah kita tengok negeri disebelah timur kita berbuka puasa lebih awal dari kita.

5. Jawapan ketiga. Dalam kiraan waktu sembahyang ahli falak mengira kepada 1 saat terhampir. Contohnya waktu subuh 5.45 pagi, mungkin kiraannya pukul 5 j 45 minit 20 saat( 5.45.20). Kita tak boleh tulis 5.45 kerana 5.45 belum masuk subuh. Waktu sebenar ialah 5.45.20. Oleh itu kita tulis 5.46 pagi hasil kiraan, kerana manusia melihat jam dan minit sahaja ketika mereka menggunakan masa. Kita tambah lagi 5 minit atas sebab-sebab diatas lagi.
5.46 + 5 minit jadi waktu subuh 5.51 pagi.


Saudara saudari
JANGAN LEWATKAN SAHUR SAMPAI TERKELUAR WAKTUNYA.
Sekian, TQ

Wednesday

Koleksi RealRaya [Vol.3]

Ini dia EDISI KETIGA dan LAST KOPEK punya lagu RealRaya. Cepat download sebelum terlambat!!! Kepada saudara dan saudari yang suka lagu raya format MP3 tu...jangan risau. Dapatkan 'RM to MP3 Converter' di mana-mana laman web. Lepas tu 'convert' ajelah lagu tu ke MP3. Senang...

P/S: Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berbuat demikian di bahagian 'Comment'. Sertakan alamat email anda. Semoga anda berpuas hati. Terima Kasih.


Kepada anda yang tidak mempunyai RealPlayer hendaklah 'install' terlebih dahulu. Klik logo RealPlayer di bawah.




Langkah yang perlu diambil:
1. Pastikan PC anda mempunyai RealPlayer
2. Klik koleksi lagu raya pilihan anda di bawah
3. 'Download'/muaturunkan dan simpan dalam PC
4. 'Unzip'kan fail yang anda 'Save' tadi
5. Klik lagu dan dengarkan


RealRaya 21

RealRaya 22

RealRaya 23

RealRaya 24

RealRaya 25

RealRaya 26

RealRaya 27

RealRaya 28

RealRaya 29


:: SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA :: SALAM AIDILFITRI :: MAAF ZAHIR BATIN ::

Tuesday

Koleksi RealRaya [Vol.2]

The SECOND EDITION is released now!...Happy download!!!

Kepada anda yang tidak mempunyai RealPlayer hendaklah 'install' terlebih dahulu. Klik logo RealPlayer di bawah.




Langkah yang perlu diambil:
1. Pastikan PC anda mempunyai RealPlayer
2. Klik koleksi lagu raya pilihan anda di bawah
3. 'Download'/muaturunkan dan simpan dalam PC
4. 'Unzip'kan fail yang anda 'Save' tadi
5. Klik lagu dan dengarkan


RealRaya 11

RealRaya 12

RealRaya 13

RealRaya 14

RealRaya 15

RealRaya 16

RealRaya 17

RealRaya 18

RealRaya 19

RealRaya 20


:: SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA :: SALAM AIDILFITRI :: MAAF ZAHIR BATIN ::

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)