SELAMAT TINGGAL 2006!
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!
SELAMAT TAHUN BARU 2007!
SELAMAT BERCUTI SEMUA!
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA!
SEMOGA BERJUMPA LAGI!
Streaming TV Online, Radio Online, e-Kepok Business, Download MP3, News, Latest Issues and many mores from anepster. Provides website directories, blogs, forums, advertisements, download MP3, download Video, korporat site, politic site, and many more just for you!
Israk Mikraj |
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!
SELAMAT TAHUN BARU 2007!
SELAMAT BERCUTI SEMUA!
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA!
SEMOGA BERJUMPA LAGI!
Posted by 4N3P5 at 6:37 PM 0 comments
Labels: Admin
Kepada cicakman-cicakman di malaysia...amik lagu nie dengar! hehehe...
Muaturun Sekarang: Aznil Nawawi - Profesor Klon
Muaturun Sekarang: Klon Yang Punyer
Muaturun Sekarang: Janji Danny
Muaturun Sekarang: Yusry - Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi
Muaturun Sekarang: Yang Original Lebih Bagus
Muaturun Sekarang: Dr. Kronik - Bukan Ilusi
Muaturun Sekarang: Kaulah Cicakman
Muaturun Sekarang: Syuga - Dialah Aku
Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.
Posted by 4N3P5 at 7:27 PM 0 comments
Labels: Malay Song
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :
"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!
Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. :
"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah. .marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana
kita tergolong dalam umat Muhammad.
Posted by 4N3P5 at 8:42 PM 0 comments
Labels: Tazkirah Today
Muaturun Sekarang: Aris Ariwatan - Lafaz Kasmaran
Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.
Posted by 4N3P5 at 6:12 PM 0 comments
Labels: Malay Song
Tokyo Drift nyer lagu tapi versi Malaysia...
Muaturun Sekarang: Mat Rempit Not So Furious - JJ & Rudy
Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.
Posted by 4N3P5 at 5:56 PM 0 comments
Labels: English Song
Tengok...jangan tak tengok...adegan yg sungguh menjengkelkan. Tutup mata dulu sebelum nak tengok...hehehehe.
Muaturun Sekarang: Baby Serdang 1
Muaturun Sekarang: Baby Serdang 2
Muaturun Sekarang: Baby Serdang 3
Posted by 4N3P5 at 2:36 PM 0 comments
Labels: Video
Muaturun Sekarang: Ungu - Tercipta Untukku
Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.
Posted by 4N3P5 at 1:01 PM 0 comments
Labels: Indon Song
Muaturun Sekarang: Radja - Aku Ada Karena Kau Ada (Live Acoustic)
Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.
Posted by 4N3P5 at 12:59 PM 0 comments
Labels: Indon Song
Buat isteri atau bakal isteri di mana jua dikau berada...
Muaturun Sekarang: Kebenaran Kahwin
Posted by 4N3P5 at 5:40 PM 0 comments
Labels: Lawak Seposen
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam MAlaysia (JAKIM), Ustaz Hj Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapaun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau.
Mandi wajib yang juga dikenali sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukanny mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun Mandi Wajib Rukun mandi wajib ada tiga. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir.
Niat Mandi Wajib (Umum)
Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Ta'ala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.
Niat Mandi Wajib (Perempuan Habis Haid dan Nifas)
"Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku menggangkat hadas haid kerana Allah Ta'ala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Ta'ala".
Rukun Pertama: Niat
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya setelah dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.
Rukun Kedua: Menghilangkan Najis
Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Uztaz Hj Mat Jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Rukun Ketiga: Meratakan Air Ke Seluruh Anggota
"Sementara rukun mandi wajib yang ketiga, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. "jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib ia dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.
"Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
"Tentang rambut yang diwarnakan pula selain daripada menggunakan inai, inilah yang perlu diketahui (sekarang ini ramai orang lelaki dan perempuan gemar mewarnakan rambut). Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.
"Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
"Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut."
"Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM, sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza. (maksudnya pewarna itu tidak najis tapi jika ia menyaluti rambut hingga tidak telus air, mandi wajib tetap tidak sah).
"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang serius oleh umat islam.
Sebab Wajib Mandi Wajib
Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Hj Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada enam sebab. Tiga sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala tiga sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).
Gunakan Air Mutlak (air bersih lagi membersihkan)
"Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Masa Perlu Mandi Wajib
"Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi setelah bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknyanya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makhruh."
Mudah-mudahan artikel ini dapat membantu kita menyemak semula cara-cara kita melakukan mandi wajib, kerana jika ianya tidak sah maka kita masih berada dalam hadas besar.
Posted by 4N3P5 at 4:16 PM 0 comments
Labels: Tazkirah Today
Copyright © 2006-2010 Blog@nEp$ter, Inc. All rights reserved. Patent Pending.
Blog@nEp$ter |
|
Direka oleh (hanif575) |