Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Tuesday

Let's celebrate our 50 years MERDEKA!



Let's celebrate our 50 years MERDEKA...

What Happenings On Merdeka
Click: Happenings On Merdeka

Acara-acara menarik, events for this MERDEKA celebration
Click: Merdeka Events

Nak tau sejarah??? History of MALAYSIA...
Click: In History

Nak sampaikan ucapan Merdeka??? Jom pi sini...
Click: Jom pakat buat ucapan!

Semuanya ada di website ni...
Click: Merdeka Virtual Malaysia Website

Petua Mencuci Hati

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

Monday

NISFU SYAABAN (27 Ogos 2007 - Selepas Maghrib)

Nisfu Syaaban

Assalamualaikum w.b.t...

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada
hari Isnin malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), 27hb Ogos 2007
(selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1428H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam ni lepas maghrib)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam ni lepas maghrib)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Selasa)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw): pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA HARI INI 27hb OGOS INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...

Exercise kat pejabat...MESTI CUBA!!!


Kalau dah stress atau mengantuk sangat kat opis
amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..
 
ikut la arahan betul2...
 
 
ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..
 
 

tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..
 
 

wa..wa.. aaa
 

gerak kekanan kemudian ke kiri..
 

 
gerak ke kiri kemudian ke kanan
 

ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..
 
 

tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..
 

dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..
 
 

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...
 
 

buat secara aggresive  pula...
jangan peduli apa orang lain kata..
 
 


hilangkan semua stress...
 

pusingkan kepala...
 
 

tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...
 
 

akhir sekali
buat joget kucing...
 
kalau tak hilang juga
ambil bantal kecik gi tidur kat surau...

The Lazy River

Hahahaha...kurang asam punya olang! Kalu Bang Bang Boom! kat tv3 buat macam ni...mau kene gam ni...hehehe

Iklan Coke di Eropah biadap???

Hem...cuba tengok gambar di bawah. Betul atau tidak gambar ni?
Mungkin betul atau mungkin tidak. Kalu betul lah iklan ni...memang biadap lagi #%#&@*^%$%$



Atau mungkin juga pebuatan musuh COKE untuk menjatuhkan syarikat minuman COKE ni. Wallahu a'lam...

Friday

Di Ambang Merdeka 3



Mana satu pilihan anda? Dari kiri adalah A, B, C dan D. Taipkan < pilihan anda > dan hantarkan ke 32728. Setiap sms tiada charge yang di kenakan...hehehe.

Di Ambang Merdeka 2

Di Ambang Merdeka 1

Sajak ini dicipta oleh kartunis Ujang dan telah dideklemasikan di UKM pada tahun 1992.

Atuk Merdeka

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi kayu.

Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato'', tauke dan menteri,
Jangan kau menjadi kayu tunggul.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan,
Jangan kau jadi pagar makan padi.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.

Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu,
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.

Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait,
Jangan kau menjadi bintang tiga.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen,
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin MERDEKA.

Jika kau ingin MERDEKA ,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!!


- Ujang -

Wednesday

Tuesday

Kaber Hero bertunang...

Kaber bertunang dengan sape tu???




Click the picture to enlarge...








Friday

Criminals...

FRENS ...PASS THIS ON...LETS GET THIS GUYS SOON BEFORE THEY HURT ANOTHER SOUL....


5 Suspect WANTED By Polis And Believe Involved In Robbery And Murder Cases In Jinjang And Other Places In Malaysia.



Victim Now Reported COMA in GH.


Who Have Any Information on the Suspects:

Please Contact : 03-40455555

RakanCOP :03-21159999 OR SMS 32728



Please Forward This Mail !!!

Thursday

Masalah Negara ni..

Khas buat kengkawan XTERENDAK FORUM...

The bad news: Rasa dukacita sebab network kat sini dah memblok/blocked certain function or service. Akibatnya begini lah jadinya...






Nak baca macam mana nih??? Aduh...;(
Kalau korang (kengkawan XTERENDAK FORUM)...rasenya takde apa2 masalah.

Sedihnya...

-Insan yang malang-

Friday

BUILDING TOMORROW’S MINDS TODAY

Dear all,

Khazanah Nasional Berhad is organizing a Public Lecture Series in 2007
under the Khazanah Merdeka Series. This event is intended to provide
vibrance to Malaysia's public intellectual life by raising awareness to
the high-level thinking behind Malaysia's nation building efforts and
Malaysia's positioning in a globalised world.

Speaker : Dr. Muhammad Yunus,Founder & MD of Grameen Bank Nobel Laureate

Time : 9.00pm - 11.15pm
Date : Wednesday, 15th August 2007
Venue : MMU: MPH Cyberjaya campus,
Live Telecast from Hilton Sentral, Kuala Lumpur

Organiser : Khazanah Nasional Berhad
Background : Khazanah Nasional is the investment holding arm of the
Government of Malaysia and is empowered as the government's strategic
investor. As trustees to the nation's financial assets, Khazanah's main
objective is to promote economic growth and make strategic investments on
behalf of the Government which would contribute towards nation building.

Agenda
9.00-10.30pm
1.Introduction by Datin Paduka Marina Mahathir
2.Inaugural Lecture by Dr. Muhammad Yunus,Founder & MD of Grameen Bank
Nobel Laureate
10.20?11.00pm
Q&A from the floor and university video-conference
11.00?11.15pm
Concluding Remarks by Emcee
11.15pm
End of Lecture

Please contact Madam Ruziah Ismail if you have any queries about this
lecture:
Name : Madam Ruziah Ismail
Tel : 03-8312 5146
Email : ruziah.ismail@mmu.edu.my

Masjid Ijede, Lagos, Nigeria

Assalamualaikum semua,


Mungkin ada yang masih mengenali dan juga mungkin ada yang sudah terlupa nama saya. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan semua nama saya ialah Ros Saidi bin Abdul Rahman, daripada Asset Dynamics Asia Sdn Bhd. Sekarang ini saya berada di Lagos, Nigeria untuk Reliability Centred Maintenance (RCM) project dengan salah satu Independent Power Producer (IPP) di Nigeria. Saya insyallah akan pulang ke Malaysia pada 12 Aug 2007 dan kembali semula ke Lagos pada 1 Sept 2007.

Baru-baru ini saya telah menunaikan solat Jumaat disalah satu masjid berdekatan dengan tempat kerja, Masjid Ijede. Masjid ini telah mula dibina sejak 1964 tetapi malangnya sehingga sekarang masjid ini masih belum dapat disiapkan kerana masalah kewangan. Memandangkan saya hanya orang asing yang berjemaah masa itu, saya menjadi perhatian dan imam mengumumkan dalam khutbahnya untuk berjabat tangan dengan saya. Selepas solat, saya berjumpa dengan imam ditemani oleh rakan sekerja. Rakar Sekerja saya En Mansour merupakan salah seorang AJK masjid tersebut. Saya berjanji dengan Imam tersebut untuk cuba mendapatkan bantuan kewangan semasa pulang ke Malaysia dan beliau sungguh gembira kerana berharap bantuan tersebut dapat membantu menyiapkan masjid tersebut.

Tujuan saya menghantar email ini ialah untuk memohon derma daripada tuan-tuan dan puan-puan semua. Derma ini akan saya serahkan kepada AJK Masjid untuk membantu mereka menyiapkan masjid tersebut bila saya datang menyambungkan tugas di Lagos pada 1 Sept 2007. Saya merasa sedih bila berjemaah disitu kerana kawasan sekeliling masjid "literally" dipenuhi dengan gereja. Setiap ceruk kita akan jumpa gereja dan gereja-gereja ini sempurna binaannya.

Untuk pengetahuan semua, penduduk Islam di Ijede lebih kurang 20,000 (30% daripada jumpah penduduk). Walaupun bilangannya agak ramai tetapi tahap ekonomi mereka amat menyedihkan. Kebanyakkannya makan pagi kasi pagi makan petang kais petang. Menurut En Mansour, antara cabaran besar masyarakat Islam di Nigeria ialah kekuatan pengaruh Kristian memurtadkan penduduk Islam. Untuk menangani masalah tersebut, pihak masjid Ijede membuat majlis dakwah dengan memberi bimbingan dan bantuan kepada penduduk-penduduk sekitar setiap hari Rabu dan Sabtu.

Disertakan sama dalam email ini gambar-gambar masjid Ijede yang saya rakamkan pada 3 Aug 2007 untuk renungan kalian semua.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan bantuan kewangan menyiapkan masjid Ijede, anda boleh membuat bantuan melalui Maybank akaun saya. Saya bukan memungut derma secara profesional jadi saya tiada akaun khusus untuk derma masjid ini. Oleh itu kepada sesiapa yang menghulurkan bantuan, saya minta kalian boleh email/telefon saya nama dan jumlah yang didermakan. Ini akan memudahkan saya mengetahui jumlah yang didermakan dan akan menyampaikan jumlah tersebut kepada AJK Masjid Ijede.

Email address: rossaidi@assetdynamicsasia.com.

Butir-butir akaun saya:

Nama: Ros Saidi bin Abdul Rahman
IC: 670708-07-5001
Bank : Maybank, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Akaun : Current Alwadiah
No Akaun: 564070336109
Tarikh akhir derma diterima : 29th Aug 2007 (ini akan memberi saya masa untuk mengira dan menukar wang tersebut ke USD)

Kepada sesiapa yang ingin menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masjid ini, kalian boleh tel 0123702940 (selepas 13th Aug dan sebelum 31 Aug). Alamat kediaman No 12, Jalan Pualam 7/32, Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor

P/S: Tolong sebarkan supaya kita dapat membantu muslim yang memerlukan bantuan. Insyallah bantuan kalian akan diberkati Allah SWT.

Wassalam

Ros Saidi Abdul Rahman
Asset Dynamics Asia Sdn Bhd
Tel:+603 2039 4751
Fax:+603 2031 8359
Mobile: +6012 370 2940






Tuesday

Mobile Phones

Would like to know your mobile is original or not?!!

type * # 0 6 #

After you enter the code you will see a new code contain 15 digits:

5 3 4 9 8 7 6 0 1 6 6 5 4 4 3



- IF the digit number Seven & Eight is 02 or 20 that mean it was Assembly on Emirates which is very Bad quality :(

- IF the digit number Seven & Eight is 08 or 80 that mean it was manufactured in Germany which is not bad

- IF the digit number Seven & Eight is 01 or 10 that mean it was manufactured in Finland which is Good

- IF the digit number Seven & Eight is 00 that mean it was manufactured in original factory which is the best Mobile Q uality...

- IF the digit number Seven & Eight is 13 that mean it was Assembly on Azerbaijan which is very Bad quality and very dangerous for health!!!

Monday

Halal Food Guide for Mobile Phones

Hope this could be of help to all. Found this useful tool in regard to E Codes that could be handy and can be installed on your mobile.

Muaturun Sekarang: Halal Food Guide

Attached is the downloaded Zip file for Java Enabled Phones.

Muaturun Sekarang: Halal Guide

There is also the web version of the search engine for E Codes and Engredients plus few other tools as well.

Perbualan Nabi dengan Iblis

Assallammualaikum w.b.r.t..

Disertakan di sini dialog perbualan Nabi dengan Iblis. Semoga paparan yang anda baca dapat menginsafi diri anda. Ambil lah iktibar dan jadikan panduan hidup.

Muaturun Sekarang: Perbualan Nabi dengan Iblis

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)