Untuk ingatan bersama
“Aku bersaksi (aku tahu, aku percaya, aku ucap) bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi (aku tahu, aku percaya, aku ucap) bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah."
Rukun Islam pertama mengucapkan dua (2) kalimah syahadah seperti di atas adalah asas bagi seseorang manusia itu (tidak kiralah orang itu melayu ke, cina ke, india ke, bani israel (yahudi) ke, afrika ke, arab ke, orang putih ke, orang hitam ke, coklat ke, merah ke, etc) menjadi orang Islam. Ia merupakan asas tauhid dan keyakinan kita kepada Allah swt, bahawa Engkau ya Allah adalah tuhanku dan aku adalah hambamu. Dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruhMu. Maha suci Allah tuhan pencipta & pentadbir sekalian alam. Persoalannya, sejauh mana kita berpegang dan yakin dengan dua (2) kalimah ini? Nabi pun ada menceritakan, bahawa umatnya di akhir zaman pagi beriman (Islam) petangnya tidak beriman; siang beriman dan malamnya tidak beriman. Sungguh hebat cabaran dan dugaannya bagi kita untuk mempertahankan akidah kita sendiri apatah lagi untuk mempertahankan akidah saudara Islam kita yang lain. Yang pelik ada golongan ini sembahyang tidak tinggal, ada membayar zakat, berpuasa dan sudah menunaikan haji.
Cuba kita renung diri kita sendiri dan tidak perlulah kita melihat kesalahan diri orang lain. Tanya dekat dalam diri kita sendiri, berapa kali kita sudah qatam Al-Quran beserta memahami maknanya. Setiap kali kita baca Al-Quran adakah kita dapat merasakan bahawa Allah sentiasa dekat disisi kita? Semakin bertambah keyakinan kita kepadaNya? Merasakan diri ini begitu hina di sisi Allah swt? Dapat merasakan Engkau ya Allah adalah tuhanku dan aku adalah hambamu? Berasa takut dan gerun mengenai amaran Allah mengenai azab nereka Allah? Jika persoalan-persoalan ini kita masih tidak dapat kita rasakan, kita masih diberi peluang untuk mencari dan mengenali kebesaran Allah swt, terutama pada bulan Ramadhan yg penuh berkat ini untuk menundukkan nafsu makan, nafsu syahwat, PhD (perasaan hasad dengki), ego, riak, takbur, bodoh sombong dan membuang sifat buruk yang lain. Kalau mungkin sebelum ni, kita amat kagum melihat kecantikan pantai, air terjun, gunung-ganang, hutan belantara, bintang2x, bulan, matahari, planet2x, manusia yg menciptakan kereta kesayangan kita, manusia yg mengilhamkan Putrajaya, dan sebagainya. Cuba sekarang, kita kagum dengan siapa yg mencipta benda2x tersebut, iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah Allah swt Tuhan yg memelihara & mentadbir sekalian alam. Maha suci Allah.
Tips ustaz yg mengajar saya:-
Cukuplah satu ayat dlm Al-Quran kita menolaknya, maka kita sudah keluar dari Islam (murtad). Sebagai contoh, kita mempertikaikan kenapa dlm Islam pembahagian harta pusaka wanita dapat lebih (1/3 atau 2/3 bahagian). Kenapa pencuri lelaki & perempuan yg mencuri hukumannya potong tangan. Mengatakan bhw hukum Islam ketinggalan zaman & kuno. Dan banyak lg yg kita tidak perasan. Sebabnya, kita tidak baca Al-Quran & kalau baca pun, hati kita tidak berasa yakin, takut dan gerun kepada Allah swt.
Yang ini kita pun tidak perasan dgn kenyataan kita ini, Melayu akan hilang kuasa bila tidak bersatu. Sedangkan Allah swt sudah pun bagi tahu kat kita dalam surah Al-E-Imran ayat 26. "Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." Maha suci Allah. Kita mesti ingat Islam itu bukan untuk dan hak milik orang Melayu sahaja, Islam itu adalah hak untuk sekalian manusia & jin di muka bumi Allah ini. Kita wajib sampaikan walau sebaris ayat/kalimah Allah kepada sesama manusia/kita. Sebagaimana nabi kita membuat kerja dakwah, penuh dgn halangan dan rintangan. Yang penting, hidayah Allah peringkat pertama kita sudah sampaikan/lakukan, cuma hidayah Allah peringkat kedua iaitu mereka hendak ikut/laksanakan atau tidak. Itu bukan kerja kita, itu kerja Allah swt. Sebagaimana Nabi cuba sedaya upaya mengajak bapa kesayangan nabi iaitu Abu Talib memeluk Islam ttp hasilnya tidak berjaya. Oleh sbb kita tidak jadikan Islam itu sebagai syiar, lihatlah orang Islam (melayu) kita sendiri pun tidak dekat dgn ajaran Islam, dan apatah lagi orang bukan Islam. Mereka pun tidak nampak kebaikan ajaran Islam. Bahkan kita pulak orang yg mengaku Islam ni, menakut-nakutkan golongan bukan Islam ini, Islam itu ganas dan zalim. Siapa yg minum arak kena sebat/rotan 80 kali sebatan. Contoh lain, rasuah itu haram tetapi politik wang itu harus. Kita pejuang bangsa Melayu, tetapi wang royalti minyak kita tidak bagi kat negeri Kelantan. Agak-agaknya orang Kelantan itu orang cina ke? Dan banyak benda2x yg lain kita tidak perasan. Sebabnya hati kita kotor dan jauh dari mengingati Allah swt.
Tips pertama untuk kita dapat menerima Al-Quran:-
Kita kena tundukkan logik akal pemikiran kita kepada kena ikut/patuh segala yg di perintahkan oleh Allah swt. Allah sudah memerintahkan kita membuat apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang. Ikut sahaja jangan dipersoalkan. Kita kena rasakan bahawa kita adalah hamba kepada Allah swt dan kena patuh pada tuannya. Maha suci Allah. Sebagai contoh, ada sahabat yg bukan Islam menanyakan dekat sahabatnya Islam; kalau satu hari nanti dgn kecanggihan teknologi masa depan, kuman yg berada dalam daging babi dapat dimusnahkan. Adakah orang Islam boleh memakannya? Jawapan kpd persoalan itu adalah tidak boleh memakannya. Kita orang Islam kena menjawabnya untuk sbb pertama, ia adalah disebabkan bhw Allah swt sudah perintahkan kpd kita bhw kita tidak boleh memakannya. Barulah kita letakkan sebab ke-dua, ke-tiga dan seterusnya dgn sbb-sbb yg lain. Maha suci Allah. Begitu juga dgn Allah mengingatkan kita jangan menghampiri zina. Bermakna kita jgnlah membuat perkara2x yg boleh menghampirkan kita kepada zina.
Tips kedua untuk kita dapat menerima Al-Quran:-
Ini paling mencabar, kita kena tundukkan nafsu yg memang cenderung kepada perkara yg tidak baik, sukakan hiburan dan maksiat. Masa mula kejadian Allah swt ciptakan nafsu, Allah bertanya kpd nafsu kau siapa dan aku siapa? Nafsu menjawab, aku adalah aku dan engkau adalah engkau. Allah swt naik murka dan mencampakkan nafsu ini kedalam neraka jahanam. Maka disiksa nafsu selama 1000 thn. Kemudian dipanggil balik dan Allah tanya balik pertanyaan kau siapa dan Aku siapa? Nafsu masih menjawab, aku adalah aku dan engkau adalah engkau. Maka Allah swt campak kali ke-2 ke neraka yg lain. Dan dipanggil balik, dan jawapan nafsu masih sama. Maka kali ke-3, Allah campak nafsu ke neraka lapar selama 1000 thn. Bila cukup tempoh siksaan selama 1000 thn. Datanglah nafsu dalam keadaan kurus kering dan tidak bertenaga, barulah nafsu menjawab Engkau ya Allah adalah Tuhanku dan aku adalah hambaMu. Maha suci Allah. Rupa-rupanya nafsu masih boleh makan lg kat dlm neraka pertama dan kedua walaupun dikenakan siksaan yg hebat. Maka ambillah kesempatan pada bulan Ramadhan yg penuh berkat ini untuk memperbaiki diri kita untuk mengingati Allah swt. Cuba menundukkan dan menyalurkan nafsu kita mengikut syiar Islam. Dalam bulan Ramadhan ini sahajalah kita bermujahadah/berlawan dgn nafsu kita tanpa gangguan dan hasutan dari Iblis/Setan. Gunakanlah peluang yg masih ada ini untuk memperbaiki diri kita dan kita tidak tahu kita masih dapat bertemu bulan Ramadhan ini pada masa2x akan datang.
Tips ke-tiga untuk kita dapat menerima Al-Quran:-
Cuba kita hilangkan penyakit hati seperti hasad dengki dalam hati kita terhadap sesama kita (terutama sesama Islam). Penyakit ini adalah penyakit Iblis/Setan, kerana sikap dengkinya dgn nabi Adam as kerana Allah melantik nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi ini dan kenapa tidak melantik dia sebagai khalifah. Dan hasilnya dlm sejarah manusia, Iblis telah mewariskan penyakit hasad dengki ini ke dalam diri Qabil dan berlakulah tumpah darah pertama (kejadian bunuh manusia) yg telah dilakukan oleh Qabil. Bahaya penyakit ini antaranya kita membuat sihir ke atas orang yg kita tidak suka dan membawa kita syirik kpd Allah swt. Cara utk menghilangkannya, pertama kita wajib mempelajari ajaran Islam dgn berguru2x dgn ustaz2x/ustazah2x yg ikhlas menyampaikan kalimah Allah swt tanpa berkepentingan duniawi. Kedua, solat fardu berjemaah di rumah Allah. Ketiga, bergaul dan berkawan dgn orang yg berilmu yg terutama golongan pewaris nabi (ulama' akhirat). Hidupkan suasana disekeliling kita, suasana mengingatkan/menceritakan kebesaran Allah swt. Supaya hati kita, sentiasa ingat kepada Allah swt dari mula kita bangun tidur sehingga kita hendak tidur semula. Maha suci Allah.
Tips ke-4 dan terakhir untuk kita dapat menerima Al-Quran tetapi kita masih tidak dapat menerima Al-Quran:-
Cuba kita cari planet lain selain bumi ini untuk kita berpijak. Kalau tidak berjaya jugak, tunggulah ketibaan azab Allah yg tidak terperi sakitnya.
Akhir kata, saya hendak petik dari ustaz yg mengajar saya tentang kursus haji. Falsafah kita dilarang membuat perkara yang dilarang di dalam ihram. Ada 13 pantang larang pada dasarnya kita boleh membuatnya tetapi di luar ihram. Tetapi apa sebab kita tidak boleh membuatnya semasa di dalam ihram, sebabnya ialah Allah swt hendak mendidik/mengajar kita bahawa kita boleh mengelakkan/menjauhkan diri kita dari membuat perkara yg dilarang/ditegah oleh Allah swt dan mengikut perintah/suruhan-Nya. Bahawa Allah swt tidak membebankan hambaNya yg cuba membaiki diri dgn mencari keredhaanNya, tetapi kita sendiri yg menzalimi diri kita sendiri kerana tidak mahu mengikut panduan yg telah ditetapkan oleh Allah swt Tuhan yg menciptakan diri kita ini. Maha suci Allah.