Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Tuesday

Bila bah melanda...

Bila mana hujan turun ke bumi tanpa henti...
Pasti banjir melanda...
Pasti tempat tinggalmu ditenggelami air...
Pasti kenderaanmu tenggelam...
Pasti harta bendamu tenggelam...
Pasti cucuk tanamanmu tenggelam...
Pasti barang kesayanganmu tenggelam...
Pasti jalan-jalan turut tenggelam...
Dan sudah pasti binatang ternakanmu habis tenggelam...


Tatkala itu, manusia masing-masing ingin menyelamatkan diri...

Malah, ada juga manusia yang tidak ambil peduli...

Tiada apa yang dapat diselamatkan...

Stesen minyak pun menjadi stesen air...

Bagaikan bangunan dibina di tengah-tengah alir sungai...

Ibarat bakau tumbuh di tepi paya...

Tiada harta benda dapat diselamatkan kali ini...

Tiada lagi manusia sibuk berurusniaga...

Tiada lagi kesesakan di kotaraya...

Dimana Mercedes mu, BMW mu, Wira mu, Kancil mu? Di mana? Di mana?

Di mana perniagaanmu yang kau bangga-banggakan selama ini? Di mana? Di mana?

Hanya nyawamu yg mampu diselamatkan, bukan?

Maka beringatlah...
Sedarlah...Tuhan Maha Kuasa menarik nikmat manusia sekelip mata sahaja
Anggaplah ini sebagai ujian dari Allah S.W.T agar dirimu lebih bertaqwa...
dan anggaplah ini juga sebagai bala agar dirimu menginsafi atas dosa yang kau lakukan selama ini...

Marilah sama-sama kita muhasabah diri!

No comments:

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)