Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Tuesday

Dangerous Person!!!

Dangerous Person Named Mohd Najib I/C 761122-04-5159




Disediakan pdf file yang mengandungi gambar suspek, laporan polis, dan kes-kes yang telah berlaku melibatkan suspek.

Berhati-hati dengan lelaki ini dan beringat-ingatlah sebelum anda menjadi mangsa.

Muaturun Sekarang: Dangerous Person Named Mohd Najib I/C 761122-04-5159

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Maksud singkatan " A'kum"

Hi Teman2,

Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.


JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

ADUAN HALAL ON-LINE


Aduan :
Saya menerima email ini dari kawan. Dari rujukan saya, email ini pernah diajukan kpd JAKIM tetapi tiada jawapan pada masa itu dan JAKIM ingin membuat siasatan terlebih dahulu. Soalan saya, bagaimanakah status halal produk ini (DOVE dan PRINGLES)

"wallahua'lam
Ada dua product ni contain lemak babi. JAKIM ada hantar surat pada semua retailer supaya TUTUP tanda halal kat product tu. Productnya :
1. Dove - syampoo, cuci muka dsbgnya
2. Pringles - potato chips yang dalam tin panjang tu..
(Harap beritahu kengkawan yang lain )
KEPADA SEMUA PEMBACA MUSLIM SUPAYA BERHATI-HATI SEMASA MEMBELI LAICI DALAM TIN. KALAU MEMBELI, TELITI DAHULU NAMA PENGELUAR, PERHATIKAN LABEL MAKANAN DALAM TIN YANG TIDAK HALAL. RUPANYA ADA SATU JENAMA YANG MENGETIN BABI DAN JUGA MENGELUARKAN PRODUK LAICI DALAM TIN. PERHATIKAN JENAMA INI...` NARCISSUS ` KALAU TAK PERCAYA BOLEH TENGOK KAT SUPERMARKET. TAPI RAMAI ORANG MUSLIM KITA KURANG PENGETAHUAN DAN KURANG BIJAKSANA SEMASA MEMBELI-BELAH. TAMBAH-TAMBAH KALAU BARANG TU MURAH. NTAH APA BENDA KANDUNGAN DALAM BARANG YANG DIBELI TU. HARAP BERINGAT SELALU SUPAYA DARAH DAGING KITA TIDAK MENGHALANG KITA BERIBADAT. "

Jawapan :
Berdasarkan pemeriksaan yang telah dibuat oleh JAKIM didapati produk Prinlges untuk pasaran Malaysia dan negara-negara Asean telah dikilangkan oleh sebuah kilang yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, kilang tersebut memang telah disahkan halal oleh JAKIM dan tidak menggunakan apa-apa bahan yang tidak halal dikilang tersebut. Berbalik kepada Pringles, pihak kilang pengeluar menyatakan bahawa pemilik jenama Pringles sendiri yang tidak beminat untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM kerana mereka beranggapan jenama mereka adalah establish dan tidak perlu mendapatkan pengesahan halal JAKIM walau pun dikilangkan di kilang yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM manakala bagi produk Dove, pihak pengedar Dove di Malaysia telah memaklumkan bahawa Dove untuk pasaran malaysia tidak mengandungi bahan yang diharamkan dan ia selamat untu digunakan oleh pengguna Muslim.Barangan Narcissus yang dipasarkan di Malaysia telah diimport oleh sebuah syarikat pengedar di Seri Kembangan. Pengedar ini menjelaskan bahawa produk diatas jenama Narcissus untuk laici, longan dan mushroom dalam tin telah mendapat pengesahan halal dari badan islam di Fujian iaitu Fujian Islamic Association yang beralamat di The Mosque Quanzhou City Fujian Province. Sehingga kini badan islam ini belum tersenarai sebagai badan islam yang telah dilantik oleh JAKIM. Pihak pengedar telah menunjukkan salinan sijil halal yang dikeluarkan oleh badan islam tersebut dan menjelaskan bahawa kilang yang mengeluarkan produk makanan dalam tin untuk mushroom, longan dan laici adalah berasingan dari kilang yang mengeluar dan memproses produk berasaskan daging (babi). Sehingga kini JAKIM memang tidak memberi pengesahan halal ke atas produk ini kerana ia adalah produk import dan pengesahan halal produk import adalah dilakukan oleh badan islam di negara asal produk itu dibuat. Persoalannya sekarang ialah pengesahan halal produk ini telah diberikan oleh sebuah badan islam yang tidak berdaftar dengan JAKIM, maka JAKIM tidak dapat memastikan adakah pengesahan halal yang diberikan oleh badan islam ini adalah menepati standard yang dikehendaki oleh JAKIM. Persoalan ini tidak dapat dijawab oleh pihak pengedar di Malaysia kerana mereka hanya mendapat salinan sijil halal tersebut dari rakan pengedar mereka di China bukannya terus dari kilang pengeluar. Sungguhpun penjelasan ini tidak dapat memberi kepastian sepenuhnya mengenai kehalalan produk Narcissus tetapi diharapkan telah dapat menjawab sedikit persoalan dan keraguan terhadap barangan Narcissus.

Produk paling laris tetapi tidak halal...

Diambil dari email sahabat Blog@nEp$ter...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk di pasaran iaitu :

1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS


KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda
halal pada produk tersebut.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website

http://www.halaljakim.gov.my/

Sekian wassalam.

Syuga - 8 Hari Seminggu

Buat bro Kharul...

Apsal 8 hari seminggu? bukan ker seminggu ada 7 hari jer? 1 hari lebih tu datang dari mana? ni yang musykil nih...

Muaturun Sekarang: Syuga - 8 Hari Seminggu

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Thursday

Visa - Untukmu Selamanya

Ditunaikan permintaan cik Mazalina..
Hemmm...nasib baik lagu ni ada dalam koleksi @nEp$. Lagu zaman sekolah dulu nih.. Dinyanyikan oleh Syam Visa. Dia juga bergiat dalam lakonan drama di tv-tv. Minggu lepas kalau tak silap, slot Zoom In di RTM ada menjemput 3 orang penyanyi yang evergreen zaman 80-an. Antaranya Ameng Spring, Sham Fotograf dan Rahmat Mega...fuhhh...suara maintain bebbbb!!!

Muaturun Sekarang: Visa - Untukmu Selamanya

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Tun M Standing In The Eyes of The World

Video klip tokoh negara yang disegani.

"UMNO ditubuhkan bukan untuk seseorang pemimpin tetapi untuk membela nasib dan hak kaum melayu."- Tun Dr.M (Seminar Kepimpinan: Cabaran Malaysia Menghadapi Wawasan 2020)

Muaturun Sekarang: Tun M Standing In The Eyes of The World

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

SELAMAT BERCUTI SEMUAAAAA...

Tuesday

The fabulous cats - papa jahat

Ni bukan video klip papa jahat yer...video tu tak mungkin diupload dalam blog ini. Bahayaaaaaaaa...hehehehe

“Nama saya Jahat.. Papa Jahat”
Papa… jangan papa jahat
Jangan papa nakal sangat
Mama… jangan mama sekat
Janji papa tak terleka
Papa… jangan papa jahat
Mama tahu papa ligat
Mama… jangan paksa sangat
Papa dengar dah cukup penat
Papa, papa sangat jahat
Takde otak nak melihat
Gila-gilanye ye kerja..
Jangan dibuat
Papa, papa kerja kuat
Dulunya papa penuh muslihat
Papa janji papa takkan buat
Ingat janji papa yang diikat

Oh Di mana percaya oh
Tak ku perdaya oh
Sayang percaya oh oh oh oh
Oh Takkan ku berdusta oh

Takkan ku perdaya oh
Sayang percaya oh oh oh oh
Senorita, ku gilakan kau mamasita
Janganlah menderita, tersiksa

Tak diabaikan janji kita
Dan kembali ke zaman gila
Bila petik jadilah terguling-guling
Tak tentu hari bawa berasing-asing

Itu dulu kini tak begitu
Seterusnya satu semuanya berlalu
Untuk kamu…
Bila ku tak gilakan mu

Susah ku tak siapa tahu
Jangan (kau) mulakan serang (tau)
Sebab (kau) sentiasa (tau)
Buat ku kemarau

Oh Di mana percaya oh
Tak ku perdaya oh
Sayang percaya oh oh oh oh
Oh Takkan ku berdusta oh
Takkan ku perdaya oh
Sayang percaya oh oh oh oh

Papa… jangan papa jahat
Jangan papa nakal sangat
Mama… jangan mama sekat
Janji papa tak terleka

Papa… jangan papa jahat
Mama tahu papa ligat
Mama… jangan paksa sangat
Papa dengar dah cukup penat

Berikan percaya darimu
Telah kuberikan segala
Tak pernah ku engkari dirimu
Tak mungkin oh tak mungkin oh…
Mama, mama percayalah
Ku tak guris hati mu

Papa, papa kupercaya
Dah kau ubati hatiku
Papa… jangan papa jahat
Jangan papa nakal sangat

Mama… jangan mama sekat
Janji papa tak terleka
Papa… jangan papa jahat
Mama tahu papa ligat
Mama… jangan paksa sangat
Papa dengar dah cukup penat

Muaturun Sekarang: The fabulous cats - Papa Jahat

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Friday

Aishah - Album Kurnia


Sepuluh tahun 'sepi' tanpa sebarang album, namun nama Aishah masih lagi gah di dalam industri hiburan. Bak kata penyanyi yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu itu, dia sendiri tidak menduga masih mampu 'survive' walaupun sudah begitu banyak muka-muka baru memenuhi persada seni ini.

Album Kurnia:
Aishah - Kurnia - 01 - Kurnia
Aishah - Kurnia - 02 - Melukut Di Tepi Gantang
Aishah - Kurnia - 03 - Kasihnya Balqis
Aishah - Kurnia - 04 - Tiada Lagi Tangisan
Aishah - Kurnia - 05 - Hanya Kerna Mu
Aishah - Kurnia - 06 - Haruskah Ku Menyuarakan
Aishah - Kurnia - 07 - Berikan Harapan
Aishah - Kurnia - 08 - Songkok Mereng
Aishah - Kurnia - 09 - Daun Daun Berguguran
Aishah - Kurnia - 10 - Barisan Kita

Muaturun Sekarang: Aishah - Album Kurnia

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Thursday

Adam - Joget Lambak

Ooo..
Mari berjoget
Mari berjoget
Mari berjoget
Ewahhhhh...

Jangan malu jangan segan
Ikut rentak wehhh...
Mari mari mari kita joget...
Ewahhh...

Apa aku ngarut nih...ni bukan lirik dia lah. Anyway donlod jer.

Muaturun Sekarang: Adam - Joget Lambak

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Aris Ariwatan - Permaidani

Lagu ni menjadi lagu OST cite slot Samarinda, Sesuci Cinta Sofia.
Lakonan Rosyam Nor, Rozita Che Wan (Awek cunnnn....), dan lain2. Tapi yang syoknya tengok Rozita Che Wan...

dup dap dup dap jantungku...huhuhu

Muaturun Sekarang: Aris Ariwatan - Permaidani

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Wednesday

70 Dalil Paklah Hilang Kelayakan Memimpin Negara

Di sini @nep$ nak share bab politik pulak. Dalam beberapa minggu yang lepas banyak isu-isu mengenai blogger disaman atau isu saman menyaman blogger. Oleh yang demikian harap '70 Dalil Paklah Hilang Kelayakan Memimpin Negara' yang @nep$ lampirkan di bawah ni tidak berniat untuk mengutuk atau manabur fitnah. Mana tau nanti blog@nEpSter plak yang kena saman. Ini sekadar untuk berkongsi dan membuka minda para pembaca. Dalil ini telah ditulis oleh seorang ahli Umno negeri Kedah. Mungkin ada kebenaran dan mungkin juga ada penipuan. Terpulang kepada mereka yang membaca. Jika mereka sangat peka dengan hal ehwal politik, mereka tahu menilainya. So, selamat membaca dan berfikir...

Muaturun Sekarang: 70 Dalil Paklah Hilang Kelayakan Memimpin Negara

Untuk 'Download' lagu carta ERA.fm sila 'scroll' ke bawah sekali.

Rosnah bertaubat, tak niat hina isteri Nabi

PETALING JAYA: “Jika masih ada yang tidak berpuas hati dan memandang saya manusia jahat, itu hak mereka. Tetapi saya sudah bertaubat atas keterlanjuran kata yang menyinggung umat Islam,” kata pelakon Rosnah Mat Aris.


Rosnah yang dihubungi Berita Harian semalam, juga memohon isu kontroversi mengenai kenyataannya dalam program secara langsung di TV3, Sensasi, minggu lalu tidak dipanjangkan lagi.

Baginya, perkara itu sudah berlalu dan apa yang mampu dilakukan ketika ini adalah memohon keampunan daripada Tuhan dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang mengundang padah.

“Saya tidak salahkan sesiapa, lagipun perkara itu sudah berlalu. Saya juga sudah bertaubat dan memohon keampunan atas semua kesilapan. Berilah saya peluang dan jangan diperbesarkan lagi perkara ini.

“Demi Tuhan, saya tidak berniat menghina isteri Nabi Muhammad SAW yang paling disayangi Baginda. Siapa saya untuk berbuat begitu sedangkan diri saya sendiri pun jauh daripada sempurna,” katanya.

Rosnah berkata demikian sebagai mengulas tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP Pusat) menghantar memorandum kepada TV3 sebagai membantah kenyataannya yang disifatkan menyindir dan menghina Nabi Muhammad SAW dalam program Sensasi pada 30 Januari lalu.

DPP Pusat yang diwakili Pegawai Perhubungan Awam, Safarizal Saleh menyerahkan memorandum dua muka surat itu kepada Pengurus Besar Pengurusan Siaran TV3, Abdul Rashed Kushi di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, tengah hari semalam.

Rosnah dalam rancangan Sensasi mengeluarkan kenyataan secara sensitif mengenai usia isteri Rasulullah SAW, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi tidak puas hati umat Islam.

“Jangan saya terus dihukum atas kesilapan yang tidak disengajakan. Tidak ada manusia yang hendak berbuat silap. Masyarakat di luar tidak tahu apa yang berlaku ketika itu. Ia sudah terjadi, saya tidak boleh menariknya kembali.

“Selama seminggu ini, saya memohon kepada Tuhan supaya diampunkan kesilapan saya. Saya juga sekali lagi ingin memohon maaf kepada semua umat Islam kerana apa yang berlaku adalah di luar kawalan.

“Jangan saya digam kerana saya perlu bekerja untuk menyara empat anak,” katanya mengakui kesilapan itu memberi pengajaran berguna buat dirinya.

Monday

Artis biadap dan kurang ajar!!!

- FIKIR JANGAN TAK FIKIR -

Dalam rancangan SENSASI terbitan TV3 pada hari Rabu 30/01/2007. Dalam perbualan mengenai "tidak sedar diri" yang di bicarakan bersama AWAL dan WATIE Elite, AWAL telah bertanya mengenai "anak-anak ikan" yang di bela oleh si Rosnah. Dengan selamba si Rosnah bertanya pada penonton studio tentang pernikahan Nabi dengan Siti Khadijah. Dailog nya begini:

Rosnah: Berapa umor Nabi masa tu?
Penonton Studio: 25
Rosnah: Berapa umor Siti Khadijah?
Penonton: 40
Rosnah: Bukanke dah tua nak mampus tu!!??
Penonton: Clap..clap..clap...


Dengan bersorak penonton bertepuk tangan mengiyakan.

INI ADALAH TINDAKAN BIADAP DAN KURANG AJAR, ARTIS BERKENAAN PERLU MINTA MAAF SECARA TERBUKA DAN TV3 JUGA MESTI MEMINTA MAAF & MEMBUAT KENYATAAN TERBUKA.

10 Wasiat Imam Syafie

Assalamu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh..semua...

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.


" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)