Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Monday

Soalan-soalan berkenaan PUASA (vol.2)

Soalan:
Adakah boleh berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja dan digantikan dengan beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua.

Jawapan:
Tidak harus berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja.

Soalan:
Bagaimanakah lafaz niat puasa, adakah wajib berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa Ramadhan sahaja.

Jawapan:
Sebaik-baik niat dengan mengingat "Aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan". Walau bagaimanapun sah dengan niat, aku puasa Ramadhan sahaja.

* Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam pertama dengan berniat sebulan bulan Ramadhan, dan harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama sebulan Ramadhan. Bagi puasa sunat harus berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari.

Soalan:
Pada malam Hari Syak seseorang bemiat puasa "sekiranya esok 1 Ramadhan aku berpuasa. Adakah sah puasa tersebut, sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan".

Jawapan:
Tidak sah puasa kerana di antara syarat sah puasa ialah dengan niat yakin dan tepat.

Soalan:
Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada hari tersebut.

Jawapan:
Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

Soalan:
Adakah sah puasa seseorang yang syak niatnya di waktu malam.

Jawapan:
Tidak sah kecuali dia teringat yang dia berniat puasa pada malam tersebut, sebelum maghrib.

Soalan:
Adakah sah seorang yang syak niat puasanya pada hari tersebut selepas berbuka.

Jawapan:
Sah puasa tersebut.

Soalan:
Seseorang yang berniat puasa pada malam hari kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar. Adakah sah puasanya pada hari esok.

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan:
Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan:
Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar.

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan:
Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya.

Jawapan:
Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan:
Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan.

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan:
Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk.

Jawapan:
Tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Soalan:
Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal puasanya

Jawapan:
Tidak batal puasa.

Soalan:
Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap.

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan:
Adakah sah puasa bagi orang yang pitam

Jawapan:
Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

No comments:

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)