PERCUMA???
PERTAMA
Ketika mengumumkan yuran sekolah dan buku teks percuma, Menteri
Pelajaran kata, " Malaysia adalah negara pertama memberi pendidikan percuma."
Pertama pungkoq hang!
Sebab, masa aku di KYPM dulu, jiran kami budak GMI (German-Malaysian
Institute). Mereka kata selepas kursus persediaan di GMI, mereka akan
melanjutkan pelajaran di universiti di Jerman. Dan mereka tak perlu
bayar apa-apa yuran.
Sejak itu, aku tahu, Jerman adalah negara yang ada pendidikan percuma.
Malah pada tahap universiti. Malah untuk pelajar asing.
Oh, mungkin Menteri Pelajaran bercakap benar, tapi budak GMI tu yang
bohong. Jadi, aku search "free education" di Wikipedia, untuk memastikan. Dan
aku dapat fakta ini:
1. In Sweden and Finland , there is not even a fee for foreign students
enrolling at a university (exchange or not), although they may not be
eligible for the monthly study allowance and loan most nationals are.
2. Several other European countries, such as England and Germany , have
had a history of some forms of free education, as well as Australia
3. In some developing countries like Sri Lanka education is given free
from the primary level up to the tertiary level.
4. Ireland has free education at all levels, including college and
university which is also free.
Wah, bukan Jerman saja. Tapi Sweden , Finland , England , Australia ,
Sri Lanka dan Ireland pun ada. Jadi, pertama apakejadahnya?
PERCUMA
Kemudian, sekolah pun dibuka. Seorang Cikgu yang rapat dengan aku
mengadu, mak bapak budak komplen kenapa sekolah kutip yuran, sedangkan menteri
kata percuma? Aku pun setujulah dengan komplen mak bapak tu.
Rupa-rupanya, yuran bukan dimansuhkan, tapi ditukar istilah! Semua guru
dapat pekeliling Kementerian, tahun ini jangan sebut "yuran sekolah"
tapi sebut "pakej bayaran tambahan".
Tahun 2007, yuran sekolah macam ni:
1) Orang kaya
- Yuran sekolah: RM18.00
- Yuran PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: RM70.00
Jumlah: RM145.00
2) Orang miskin:
- Yuran sekolah: RM18.00
- Yuran PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: Percuma (pinjaman)
Jumlah: RM75.00
Tahun 2008, kerana semua orang dapat pinjaman buku teks, dan "yuran
sekolah percuma", dia jadi macam ni:
1) Orang kaya:
- Yuran khas: Percuma
- Pakej bayaran tambahan: RM30.50
- PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: Percuma (Pinjaman)
Jumlah: RM87.50
2) Orang miskin:
- Yuran khas: Percuma
- Pakej bayaran tambahan: RM30.50
- PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: Percuma (pinjaman)
Jumlah: RM87.50
Percuma pungkoq hang!
Orang miskin kena bayar lebih daripada tahun lepas. Apakejadahnya "yuran
khas" yang percuma tu? Dan "pakej bayaran tambahan" tu kalau
diperincikan, ada macam-macam benda: pakej keceriaan, pakej kebajikan, malah ada pakej
'kegiatan agama dan moral' yang tahun lepas tak kena bayar pun.
Masa Perhimpunan Agung Pemuda AMNO, menantu PM cakap pasal subsidi
minyak, "Orang bawa kereta mewah isi petrol RM1.92 seliter, pakcik bawa motor
kapcai pun isi minyak seliter RM1.92. Ini tidak adil!"
Habis, dasar "pendidikan percuma" ni, adil nak mampos? Orang
kaya bayar kurang daripada tahun lepas, orang miskin pula kena bayar lebih.
PEMBOHONG
Menteri Pelajaran pembohong. Tapi, adakah kerjaya politiknya akan ranap
kerana dia berbohong?
Tidak. Di Malaysia, bab membohong, salah guna kuasa, dan rasuah tak akan
meruntuhkan kerjaya politik mana-mana Menteri. Sejarah telah
membuktikan, majoriti rakyat Malaysia tak kisah.
Tapi, kalau politikus ada skandal seks, ya! Memang runtuh kerjaya
politik.Mesti letak jawatan atau dipecat kalau ada skandal seks atau dituduh ada
skandal seks. Walaupun skandal seks tidak menjejaskan wang cukai yang
rakyat bayar. Nasib hang la Chua soi Lek.
fikir-fikirkan lah pilihan raya dah dekat.
1 comment:
ish..ish...ye ke. baru aku tau
Post a Comment