Kisah Benar .. Lailatul Qadar
"LAILATUL QADAR..
"LEPAS BASUH PINGGAN, IKUT ABAH PERGI MASJID," KATA ABAH SEPARUH
MEMERINTAH.
AKU MEMANDANG KEPADA EMAK. EMAK ANGGUK SAHAJA. MAKSUDNYA EMAK MAHU AKU
IKUT ABAH SOLAT SUBUH KE MASJID. JANGAN MELAWAN.
NAMPAKNYA, AKU KENA BATALKAN NIAT UNTUK SAMBUNG TARIK GEBAR SELEPAS
KENYANG BERSAHUR.
AKU BONCENG DI BELAKANG. KAMI TIDAK PAKAI HELMET. KOPIAH SAHAJA.
GANJIL. DALAM CAHAYA SURAM MENJELANG SUBUH, AKU LIHAT KUBAH MASJID BERADA
DI TANAH. BUKAN DI BUMBUNG MASJID. AJAIB.
ABAH MACAM TIDAK NAMPAK KEGANJILAN ITU. AKU CUIT BAHU DIA DAN TUNJUKKAN
KE ARAH KUBAH YANG BERADA DI TANAH. MUNGKIN KUBAH ITU TENGAH SUJUD FIKIR
AKU.
"KENAPA?" TANYA ABAH.
"LAILATUQADAR," KATA AKU DENGAN JARI MASIH MENUNJUK KEPADA KUBAH.
"KEPALA OTAK ENGKAU. BERAPA LAMA ENGKAU TAK KE MASJID?"
TIDAK PASAL-PASAL AKU KENA MARAH. ROSAK PENGALAMAN SUCI AKU INI.
"DIORANG TENGAH RENOVATE MASJID LA. BUMBUNG MASJID BOCOR.. PASAL TU KUBAH
TU DORG ANGKAT LETAK KAT TANAH..BODOH," SAMBUNG ABAH MEMAKI LAGI.
KALAU EMAK ADA DI SINI TENTU DIA ANGGUK SAHAJA. JANGAN MELAWAN.
KADANG-KADANG ABAH LUPA YANG AKU TIDAK DUDUK KAMPUNG LAGI. AKU
CUMA PULANG UNTUK CUTI RAYA...
Moral of the Story:
Rajin2 lah balik kekampung, dan masa balik ke kampung tu singgah-singgah la sama Masjid or Surau, sama2 berjemaah, leh jumpa kawan2 lama.. kut ader lagi
Jangan asyik marah kaum lain membangkang Azan terlalu kuat... kita nie adakah bila dengar Azan kita pi ke Masjid terus.. ?? pikir pikir kan
Semoga mendapat Keberkatan di bulan yang mulia ini.. "
No comments:
Post a Comment