Alcohol in ice cream WALLS
For muslims only..take your time to read..OK!
Have a nice Friday...
Download:
Alcohol in ice cream WALLS
Streaming TV Online, Radio Online, e-Kepok Business, Download MP3, News, Latest Issues and many mores from anepster. Provides website directories, blogs, forums, advertisements, download MP3, download Video, korporat site, politic site, and many more just for you!
Israk Mikraj |
For muslims only..take your time to read..OK!
Have a nice Friday...
Download:
Alcohol in ice cream WALLS
Posted by 4N3P5 at 9:14 AM 0 comments
JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun
2009:
"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"
Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat
sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan
bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan
terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM
untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa
sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:
Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi
gadis satu kampung?
Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita
sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah
'gilo'?!
hehehehehe...
Posted by 4N3P5 at 9:10 AM 0 comments
Labels: Lawak Seposen
Assalamualaikum
Terjemahan Al quran dalam bentuk excel ni amat mudah dan sangat
berguna.
Besar pahala orang yang membuatnya.
Minta disebarkan kepada semua muslim/muslimah untuk kita sama-sama mendapat
manafaatnya.
Download:
Indeks Al-Quran
Posted by 4N3P5 at 9:06 AM 0 comments
Labels: Download, Tazkirah Today
File bawah ni adalah untuk edaran dalaman Proton sahaja. Tapi entah macamana tersebar. Shhh...jangan bagi tau sesape...hehehe
Cit..porah! Exora dah launch la..nak rahsia apa kebendanya..haha
Download:
Exora Product Overview
EXORA - memo
Posted by 4N3P5 at 8:49 AM 0 comments
RASULULLAH SAW terlalu sayangkan umatnya. Hal ini ternyata apabila Baginda diberitahu oleh Jibrail bahawa ada umatnya yang akan masuk ke neraka pada hari akhirat nanti.
Baginda risau dan sedih serta pengsan apabila diberitahu Jibrail bahawa ada umatnya yang berdosa dan tidak sempat bertaubat atas perbuatannya bakal menjadi penghuni neraka.
Begitu cintanya Rasulullah kepada umatnya.
Diriwayatkan daripada Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin Malik berkata, malaikat Jibril datang kepada Rasulullah dengan air muka yang berubah.
Kemudian Rasulullah bertanya: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu kerana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka. Maka, tidak layak bagi orang yang mengetahui neraka jahanam, seksa kubur dan seksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum dia berasa aman daripadanya."
Rasulullah kemudian bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepada aku bagaimana sifat neraka jahanam?"
Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahanam, ia dinyalakan selama 1,000 tahun sehingga warnanya bertukar putih. Kemudian dinyalakan lagi sehingga 1,000 tahun sehingga warnanya hitam dan ia tidak pernah padam.
“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, jika ia terbuka walaupun hanya sebesar lubang jarum, seluruh penduduk dunia akan terbakar kerana kepanasannya!
"Jika baju ahli neraka digantung antara langit dengan bumi, manusia di dunia akan mati kerana panasnya dan jika satu pergelangan daripada rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, ia akan cair sehingga ke bawah bumi yang ketujuh.
"Neraka jahanam sangat dalam dan perhiasannya daripada besi.
Minuman untuk penghuninya campuran air panas dan nanah manakala pakaian mereka diperbuat daripada potongan api. Api neraka mempunyai tujuh pintu.
“Setiap pintu itu pula mempunyai bahagian tertentu daripada lelaki dan perempuan."
Rasulullah bertanya: "Apakah pintu itu seperti pintu rumah kami?"
Jawab Jibril: "Tidak, tetapi ia selalu terbuka. Jarak setiap pintu bersamaan dengan tempoh selama 70,000 tahun dan setiap pintu itu panasnya lebih 70 kali ganda."
Rasulullah bertanya: "Siapakah yang duduk di setiap pintu itu?"
Jawab Jibril: "Pintu yang paling bawah untuk orang munafik, orang kafir selepas turunnya mukjizat Nabi Isa serta keluarga Firaun bernama Al-Hawiyah.
"Pintu kedua untuk orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga untuk orang Shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat untuk iblis dan pengikutnya daripada kaum Majusi bernama Ladha.
"Pintu kelima untuk orang Yahudi bernama Huthomah dan pintu keenam untuk orang Nasara bernama Sa'eir."
Jibril kemudian terdiam hingga Rasulullah bertanya: "Mengapa kau tidak beritahu siapa yang akan menduduki pintu ketujuh?"
Jawabnya: "Dalamnya adalah umatmu yang berdosa besar dan mati sebelum sempat bertaubat".
Rasulullah pengsan apabila mendengar jawapan Jibril itu. Jibril kemudian meletakkan kepala Rasulullah pada pangkuannya hingga Baginda sedar dan bersabda:
"Ya Jibril, aku begitu risau dan sedih. Adakah akan ada seorang daripada umatku yang akan masuk neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu."
Rasulullah kemudian menangis, begitu juga dengan Jibril. Baginda kemudian masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk pergi bersembahyang.
Daripada hadis qudsi: "Tahukah kamu bagaimana neraka jahanam itu?"
Pertama, ia mempunyai tujuh tingkat di mana setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung dan setiap kampung pula mempunyai 70,000 rumah.
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik manakala setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Bagi setiap kotak, ia mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.
Di bawah setiap pokok zarqum, ada 70,000 ular dan dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta itu mengandungi lautan racun hitam.
Di bawah setiap pokok zarqum itu juga, ia mempunyai 70,000 rantai dansetiap rantai itu diseret oleh 70,000 malaikat.
Oleh Mohd Shukri Hanapi
NABI Muhammad SAW ialah contoh dan teladan paling agung dalam sejarah kehidupan manusia. Bukan saja seluruh makhluk yang menyayanginya, bahkan Allah amat menyayangi Baginda.
Dalam al-Quran, Allah berfirman bermaksud: "Tidakkah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa khabar gembira (rahmat) kepada umat manusia (seluruh alam) dan memberi peringatan-peringatan, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah al-Saba', ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud, "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik untuk kamu." (Surah al-Ahzab ayat 21)
Dalam sebuah hadis Qudsi ada dijelaskan yang bermaksud: "Kalau tidak kerana engkau wahai Muhammad, nescaya Aku tidak ciptakan alam semesta ini."
Demikianlah puji-pujian yang diberikan oleh Allah kepada Rasulullah. Sebagai umat Islam, kita harus berbangga dan sewajarnya memikul tugas untuk mengembangkan risalah yang ditinggalkan oleh Baginda. Dengan itu, semoga Allah merahmati umatnya dengan mengurniakan kesejahteraan dan keamanan.
Dalam Islam ada dua perayaan saja iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.
Sepanjang Rabiulawal ini, umat Islam mengadakan majlis memperingati Maulidur Rasul. Sememangnya dengan mengingati sejarah perjuangan Baginda, akan menyegarkan lagi kasih dan cinta umat Islam kepadanya.
Sebenarnya, menyambut Maulidur Rasul samalah seperti membesarkan Islam kerana Rasulullah ialah simbol agama Islam tertinggi.
Imam Mutawalli al-Sya'rawi dalam kitabnya ‘Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya’ berpendapat: “Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, seperti tumbuh-tumbuhan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad, malah semua binatang, malaikat dan jin juga bergembira di atas kelahiran Baginda, kenapa ada sesetengah golongan yang menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran Baginda?”
Penegasan beliau ini berikutan banyak suara yang mempertikaikan sambutan Maulidur Rasul.
Sambutan Maulidur Rasul tidak asing lagi bagi umat Islam di seluruh dunia, amnya dan di negara kita, khasnya. Di Malaysia, kita menyambutnya pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Dalam sejarah penghayatan Maulidur Rasul ini, ia pertama kalinya diadakan di suatu tempat yang bernama Irbil di Iraq sekitar abad ke-3 atau ke-4 Hijrah. Tetapi sambutan itu menjadi rasmi dan ia lebih terkenal pada abad ke-6 iaitu pada zaman pemerintahan Raja Muzaffar Abu Sa'id. Bermula daripada saat pemerintahan baginda, akhirnya sambutan itu semakin terkenal di seluruh negara Islam.
Tujuan Raja Muzaffar berbuat demikian untuk memberi kekuatan yang secukupnya kepada rohani dan jasmani umat Islam. Hal ini semata-mata untuk mempertahankan agama dan negara Islam daripada ancaman Jenghiz Khan dari
Tambahan pula, semangat jihad di kalangan umat Islam pada ketika itu mula pudar. Untuk mengembalikan semangat jihad, maka Raja Muzaffar mengadakan sambutan Maulidur Nabi Muhammad. Ia dengan harapan umat Islam akan menjadi kuat semula seperti pada zaman Rasulullah dan sahabat.
Antara pengisian sambutan yang dianggap penting oleh Raja Muzaffar Abu Sa'id adalah mengadakan majlis memperingati sejarah perjuangan Rasulullah selama tujuh hari dan tujuh malam. Di kesempatan itu juga, baginda membuat kebajikan iaitu memberi makan dan minum kepada seluruh umat Islam yang hadir.
Dengan sambutan itu, maka sedikit sebanyak terpulih kembali semangat jihad di kalangan penduduk di
Maka, jelas bahawa secara umumnya tujuan utama sambutan Maulidur Rasul sama ada dulu mahupun kini untuk melahirkan keinsafan melalui pengimbauan kembali sejarah perjuangan Rasulullah. Baginda terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan cabaran dalam usaha menegakkan dakwah Islam dalam semua lapisan masyarakat.
Sambutan Maulidur Rasul juga natijah atau kesan daripada rasa cinta, kasih, taat, ingatan dan kebanggaan kita terhadap Rasulullah.
Allah berfirman kepada Rasulullah untuk mengingatkan umatnya yang mengakui mencintai Allah untuk mencintai Nabi-Nya bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka), jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah (cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu." (Surah Ali Imran ayat 31).
Tahap kecintaan kepada Rasulullah adalah antara pengukur tahap keimanan seseorang mukmin dengan seseorang mukmin yang lain.
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda bermaksud: "Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda bermaksud : "Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu lebih mencintaiku daripada diri kamu sendiri." Saidina Umar berkata: "Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri.” (Riwayat al-Bukhari).
Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah. Malaikat sentiasa memuji Baginda seperti yang dijelaskan dalam ayat al-Quran bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat sentiasa berselawat ke atas Nabi." (Surah al-Ahzab, ayat 56).
Seterusnya, ayat ini disambung dengan perintah Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya (Nabi)." (Penghujung ayat 56 di atas).
Oleh itu, bermula dari sambutan Maulidur 12 Rabiulawal 1426 Hijrah ini, suasana Islam perlu terus dipertingkatkan di seluruh negara. Media seperti radio, televisyen, internet dan akhbar, hendaklah memainkan peranan penting untuk memperingati dan menghidupkan kembali ajaran yang dilaksanakan Rasulullah.
Memperingati Maulidur Rasul bukan saja pada 12 Rabiulawal, ia patut dilakukan pada setiap hari di masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dalam hati mereka.
APAKAH perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian di kalangan orang Islam? Banyak perkara yang perlu dilakukan bukan saja menguruskan orang yang meninggal dunia itu, malah orang yang ditinggalkannya.
Hakikatnya, Islam mengatur kehidupan ini dengan begitu sempurna bukan saja bagi si mati, malah orang yang perlu meneruskan kehidupan ini.
Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW perlu bersabda, maksudnya: "Bacalah olehmu atas kematian itu Surah Yasin." (Riwayat at-Tirmizi)
Bagi orang yang ditinggalkan, Rasulullah pernah berpesan, jika dia (si mati) ada meninggalkan wasiat atau pesan mengenai harta benda atau perwakilan atas anak-anaknya atau isterinya atau hal bersangkut-paut dengan nazar yang belum dibayar dan sebagainya, maka wajiblah bagi orang yang hadir pada waktu itu untuk menyampaikan kepada ahli, ibu bapa atau sahabat karibnya.
Dalam hal mengiringi jenazah, Rasulullah mengatakan bahawa ia adalah satu cara untuk mengembalikan ingatan atas kematian yang bakal menyusul.
Semua orang tidak terkecuali daripada mati.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menyaksikan satu jenazah sehingga dia ikut mensolatkannya, maka dia akan mendapat pahala sebesar satu kirath. Dan sesiapa yang ikut menyaksikan jenazah sehingga dia ikut menguburkannya, maka dia mendapat pahala dua kirath." (Riwayat al-Bukhari)
Ditanya apakah yang dimaksudkan dua kirath itu?
Rasulullah menyarankan supaya seseorang Muslim perlu menyaksikan jenazah dan sebaiknya mengikut menguruskannya, sejak dia masih terbaring di tempat tidur sampai di kuburnya.
Tujuannya supaya seseorang itu merasakan apa yang dirasakan oleh keluarganya ketika ditimpa musibah dan mengembalikan ingatan akan kematian. Sekali gus mengingatkan dirinya tidak lama lagi dia juga akan mengalaminya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah bermaksud: "Daripada Bara-a bin Azib katanya: "Pada suatu hari kami bersama Rasulullah menghantar jenazah ke kubur, maka Nabi duduk di pinggir kubur itu sambil menangis. Lantas aku ikut pula menangis sehingga air mata membasahi pipinya itu.
"Kata Nabi: "Wahai saudaraku, seperti inilah jadinya mereka telah kembali."
Posted by 4N3P5 at 9:03 AM 0 comments
Labels: Tazkirah Today
10 wasiat IMAM SHAFIE:
1. Hak kpd diri:
Kurangkan tidur,makan, bercakap & berpada2 dgn rezeki yg ada.
2. Hak kpd malaikat maut:
Qada kewajipan yg tertinggal,dptkan keampunan daripada org yang dizalimi, buat persediaan utk mati & cinta pd Allah.
3. Hak kpd Kubur:
Buang tabiat suka menabur fitnah, kencing merata2, bykkan solat tahajud & bantu org yg dizalimi.
4. Hak kpd Munkar & Nakir:
Tdk berdusta, bercakap benar, tinggalkan maksiat & nasihat-menasihati.
5. Hak kpd Mizan:
Tahan kemarahan, bykkan berzikir, ikhlaskan amalan & sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kpd Sirat:
Bersikap warak, bantu org beriman, suka berjemaah & buang tabiat suka mengumpat.
7. Hak kpd Malik (Penjaga Neraka):
Menangis kerana takutkan Allah, berbuat baik kpd ibu-bapa, bersedekah secara terang-terangan atau sembunyi serta elokkan akhlak..
8. Hak kpd Ridhwan (Penjaga Syurga):
Redha dgn qadak Allah, sabar menerima bala, mensyukuri nikmat Allah & bertaubat drp maksiat.
9. Hak kpd Nabi s.a.w:
Berselawat kpd baginda, berpegang kpd syariat, bergtg kpd sunnah, menyayangi para sahabat & bersaing mencari kelebihan Allah.
10. Hak kpd Allah s.w.t:
Mengajak manusia kearah kebaikan, mencegah manusia drp keburukan, menyukai ketaatan & membenci maksiat.
Posted by 4N3P5 at 8:58 AM 0 comments
Labels: Tazkirah Today
Assalamualaikom
Saya sertakan email yang telah dihantar kepada saya baru baru ini
mengingatkan pengalaman individu yang telah ditangkap di sebuah
lapangan terbang di luar negara.
Sekadar peringatan agar kita lebih berhati hati bila berada di negara orang
Dr Badrul
Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara , ini satu peringatan
I would like to relate to you all an incidence... ......... ......
quite recent, i.e. about two weeks ago......... ..
After my daughter's wedding in early February, I had gone to
Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my
cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. Dia
orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb.
Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my
cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka
membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri.
Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free
gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter
bayaran.
Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok
diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari
brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1
karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar,
tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok
beliau.
Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yan g
sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil
sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure
hall).
Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang
sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok.
Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang
dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus
yang disangkanya diberi percuma.
Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke
balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes
kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih
berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin
disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu
meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke
balai polis.
Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my
cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu
dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut
dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my
cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists
yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah
salah seorang kenalan mereka di Bangkok .
Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah
berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum
dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri
pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat
pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau
terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan
didakwa me ncuri!)
Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang
menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya.
My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang
terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki
pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau
berpatah balik keBangkok dengan menaiki pesawat MAS juga.
Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi
Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain.
Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat
baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita
diBangkok
Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS
dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang
iparnya. Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM 20,000.... . tapi adik
ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada
RM11,000. Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis
bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my
cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah
membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya.
Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari
matawang asing....... .. dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa
bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.
Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya
berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh
mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the
RM11,000? Tak disebut pun......... .....). Nasib baik my cousin
teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa
memi nta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan
kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok .
My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah
selesai dan beliau dibenarkan pulang. Sewaktu mahu membeli tiket kapal
terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok
beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual.
Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin
tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk
membeli tiket MAS.
Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia ,
tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia
(nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan) Pihak imigresyen
Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai
'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah di gari untuk di bawa ke pesawat.
Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia
dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin
ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my
cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi
kepada rakyat kita.....Malaysia yang mengunjungi Bangkok...
Tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita
semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan
menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai
untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga
keadaan politik di negara tersebut kembali stabil.
Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti
tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi
percayalah.. ... memang ini kisah benar. /
Saudara-saudara rakyat Malaysia , fikir-fikirlah jika hendak ke Thailand.....
salam.
Posted by 4N3P5 at 8:40 AM 0 comments
Labels: Issues
Copyright © 2006-2010 Blog@nEp$ter, Inc. All rights reserved. Patent Pending.
Blog@nEp$ter |
|
Direka oleh (hanif575) |