Api neraka jahanam tidak pernah padam
Api neraka jahanam tidak pernah padam
RASULULLAH SAW terlalu sayangkan umatnya. Hal ini ternyata apabila Baginda diberitahu oleh Jibrail bahawa ada umatnya yang akan masuk ke neraka pada hari akhirat nanti.
Baginda risau dan sedih serta pengsan apabila diberitahu Jibrail bahawa ada umatnya yang berdosa dan tidak sempat bertaubat atas perbuatannya bakal menjadi penghuni neraka.
Begitu cintanya Rasulullah kepada umatnya.
Diriwayatkan daripada Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin Malik berkata, malaikat Jibril datang kepada Rasulullah dengan air muka yang berubah.
Kemudian Rasulullah bertanya: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu kerana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka. Maka, tidak layak bagi orang yang mengetahui neraka jahanam, seksa kubur dan seksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum dia berasa aman daripadanya."
Rasulullah kemudian bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepada aku bagaimana sifat neraka jahanam?"
Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahanam, ia dinyalakan selama 1,000 tahun sehingga warnanya bertukar putih. Kemudian dinyalakan lagi sehingga 1,000 tahun sehingga warnanya hitam dan ia tidak pernah padam.
“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, jika ia terbuka walaupun hanya sebesar lubang jarum, seluruh penduduk dunia akan terbakar kerana kepanasannya!
"Jika baju ahli neraka digantung antara langit dengan bumi, manusia di dunia akan mati kerana panasnya dan jika satu pergelangan daripada rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, ia akan cair sehingga ke bawah bumi yang ketujuh.
"Neraka jahanam sangat dalam dan perhiasannya daripada besi.
Minuman untuk penghuninya campuran air panas dan nanah manakala pakaian mereka diperbuat daripada potongan api. Api neraka mempunyai tujuh pintu.
“Setiap pintu itu pula mempunyai bahagian tertentu daripada lelaki dan perempuan."
Rasulullah bertanya: "Apakah pintu itu seperti pintu rumah kami?"
Jawab Jibril: "Tidak, tetapi ia selalu terbuka. Jarak setiap pintu bersamaan dengan tempoh selama 70,000 tahun dan setiap pintu itu panasnya lebih 70 kali ganda."
Rasulullah bertanya: "Siapakah yang duduk di setiap pintu itu?"
Jawab Jibril: "Pintu yang paling bawah untuk orang munafik, orang kafir selepas turunnya mukjizat Nabi Isa serta keluarga Firaun bernama Al-Hawiyah.
"Pintu kedua untuk orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga untuk orang Shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat untuk iblis dan pengikutnya daripada kaum Majusi bernama Ladha.
"Pintu kelima untuk orang Yahudi bernama Huthomah dan pintu keenam untuk orang Nasara bernama Sa'eir."
Jibril kemudian terdiam hingga Rasulullah bertanya: "Mengapa kau tidak beritahu siapa yang akan menduduki pintu ketujuh?"
Jawabnya: "Dalamnya adalah umatmu yang berdosa besar dan mati sebelum sempat bertaubat".
Rasulullah pengsan apabila mendengar jawapan Jibril itu. Jibril kemudian meletakkan kepala Rasulullah pada pangkuannya hingga Baginda sedar dan bersabda:
"Ya Jibril, aku begitu risau dan sedih. Adakah akan ada seorang daripada umatku yang akan masuk neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu."
Rasulullah kemudian menangis, begitu juga dengan Jibril. Baginda kemudian masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk pergi bersembahyang.
Daripada hadis qudsi: "Tahukah kamu bagaimana neraka jahanam itu?"
Pertama, ia mempunyai tujuh tingkat di mana setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung dan setiap kampung pula mempunyai 70,000 rumah.
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik manakala setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Bagi setiap kotak, ia mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.
Di bawah setiap pokok zarqum, ada 70,000 ular dan dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta itu mengandungi lautan racun hitam.
Di bawah setiap pokok zarqum itu juga, ia mempunyai 70,000 rantai dansetiap rantai itu diseret oleh 70,000 malaikat.
Muhammad SAW Utusan Terakhir: Menginsafi perjuangan Rasulullah
Oleh Mohd Shukri Hanapi
NABI Muhammad SAW ialah contoh dan teladan paling agung dalam sejarah kehidupan manusia. Bukan saja seluruh makhluk yang menyayanginya, bahkan Allah amat menyayangi Baginda.
Dalam al-Quran, Allah berfirman bermaksud: "Tidakkah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa khabar gembira (rahmat) kepada umat manusia (seluruh alam) dan memberi peringatan-peringatan, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah al-Saba', ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud, "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik untuk kamu." (Surah al-Ahzab ayat 21)
Dalam sebuah hadis Qudsi ada dijelaskan yang bermaksud: "Kalau tidak kerana engkau wahai Muhammad, nescaya Aku tidak ciptakan alam semesta ini."
Demikianlah puji-pujian yang diberikan oleh Allah kepada Rasulullah. Sebagai umat Islam, kita harus berbangga dan sewajarnya memikul tugas untuk mengembangkan risalah yang ditinggalkan oleh Baginda. Dengan itu, semoga Allah merahmati umatnya dengan mengurniakan kesejahteraan dan keamanan.
Dalam Islam ada dua perayaan saja iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.
Sepanjang Rabiulawal ini, umat Islam mengadakan majlis memperingati Maulidur Rasul. Sememangnya dengan mengingati sejarah perjuangan Baginda, akan menyegarkan lagi kasih dan cinta umat Islam kepadanya.
Sebenarnya, menyambut Maulidur Rasul samalah seperti membesarkan Islam kerana Rasulullah ialah simbol agama Islam tertinggi.
Imam Mutawalli al-Sya'rawi dalam kitabnya ‘Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya’ berpendapat: “Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, seperti tumbuh-tumbuhan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad, malah semua binatang, malaikat dan jin juga bergembira di atas kelahiran Baginda, kenapa ada sesetengah golongan yang menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran Baginda?”
Penegasan beliau ini berikutan banyak suara yang mempertikaikan sambutan Maulidur Rasul.
Sambutan Maulidur Rasul tidak asing lagi bagi umat Islam di seluruh dunia, amnya dan di negara kita, khasnya. Di Malaysia, kita menyambutnya pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Dalam sejarah penghayatan Maulidur Rasul ini, ia pertama kalinya diadakan di suatu tempat yang bernama Irbil di Iraq sekitar abad ke-3 atau ke-4 Hijrah. Tetapi sambutan itu menjadi rasmi dan ia lebih terkenal pada abad ke-6 iaitu pada zaman pemerintahan Raja Muzaffar Abu Sa'id. Bermula daripada saat pemerintahan baginda, akhirnya sambutan itu semakin terkenal di seluruh negara Islam.
Tujuan Raja Muzaffar berbuat demikian untuk memberi kekuatan yang secukupnya kepada rohani dan jasmani umat Islam. Hal ini semata-mata untuk mempertahankan agama dan negara Islam daripada ancaman Jenghiz Khan dari
Tambahan pula, semangat jihad di kalangan umat Islam pada ketika itu mula pudar. Untuk mengembalikan semangat jihad, maka Raja Muzaffar mengadakan sambutan Maulidur Nabi Muhammad. Ia dengan harapan umat Islam akan menjadi kuat semula seperti pada zaman Rasulullah dan sahabat.
Antara pengisian sambutan yang dianggap penting oleh Raja Muzaffar Abu Sa'id adalah mengadakan majlis memperingati sejarah perjuangan Rasulullah selama tujuh hari dan tujuh malam. Di kesempatan itu juga, baginda membuat kebajikan iaitu memberi makan dan minum kepada seluruh umat Islam yang hadir.
Dengan sambutan itu, maka sedikit sebanyak terpulih kembali semangat jihad di kalangan penduduk di
Maka, jelas bahawa secara umumnya tujuan utama sambutan Maulidur Rasul sama ada dulu mahupun kini untuk melahirkan keinsafan melalui pengimbauan kembali sejarah perjuangan Rasulullah. Baginda terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan cabaran dalam usaha menegakkan dakwah Islam dalam semua lapisan masyarakat.
Sambutan Maulidur Rasul juga natijah atau kesan daripada rasa cinta, kasih, taat, ingatan dan kebanggaan kita terhadap Rasulullah.
Allah berfirman kepada Rasulullah untuk mengingatkan umatnya yang mengakui mencintai Allah untuk mencintai Nabi-Nya bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka), jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah (cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu." (Surah Ali Imran ayat 31).
Tahap kecintaan kepada Rasulullah adalah antara pengukur tahap keimanan seseorang mukmin dengan seseorang mukmin yang lain.
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda bermaksud: "Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda bermaksud : "Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu lebih mencintaiku daripada diri kamu sendiri." Saidina Umar berkata: "Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri.” (Riwayat al-Bukhari).
Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah. Malaikat sentiasa memuji Baginda seperti yang dijelaskan dalam ayat al-Quran bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat sentiasa berselawat ke atas Nabi." (Surah al-Ahzab, ayat 56).
Seterusnya, ayat ini disambung dengan perintah Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya (Nabi)." (Penghujung ayat 56 di atas).
Oleh itu, bermula dari sambutan Maulidur 12 Rabiulawal 1426 Hijrah ini, suasana Islam perlu terus dipertingkatkan di seluruh negara. Media seperti radio, televisyen, internet dan akhbar, hendaklah memainkan peranan penting untuk memperingati dan menghidupkan kembali ajaran yang dilaksanakan Rasulullah.
Memperingati Maulidur Rasul bukan saja pada 12 Rabiulawal, ia patut dilakukan pada setiap hari di masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dalam hati mereka.
Hadis: Pahala besar ziarah, uruskan jenazah
APAKAH perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian di kalangan orang Islam? Banyak perkara yang perlu dilakukan bukan saja menguruskan orang yang meninggal dunia itu, malah orang yang ditinggalkannya.
Hakikatnya, Islam mengatur kehidupan ini dengan begitu sempurna bukan saja bagi si mati, malah orang yang perlu meneruskan kehidupan ini.
Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW perlu bersabda, maksudnya: "Bacalah olehmu atas kematian itu Surah Yasin." (Riwayat at-Tirmizi)
Bagi orang yang ditinggalkan, Rasulullah pernah berpesan, jika dia (si mati) ada meninggalkan wasiat atau pesan mengenai harta benda atau perwakilan atas anak-anaknya atau isterinya atau hal bersangkut-paut dengan nazar yang belum dibayar dan sebagainya, maka wajiblah bagi orang yang hadir pada waktu itu untuk menyampaikan kepada ahli, ibu bapa atau sahabat karibnya.
Dalam hal mengiringi jenazah, Rasulullah mengatakan bahawa ia adalah satu cara untuk mengembalikan ingatan atas kematian yang bakal menyusul.
Semua orang tidak terkecuali daripada mati.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menyaksikan satu jenazah sehingga dia ikut mensolatkannya, maka dia akan mendapat pahala sebesar satu kirath. Dan sesiapa yang ikut menyaksikan jenazah sehingga dia ikut menguburkannya, maka dia mendapat pahala dua kirath." (Riwayat al-Bukhari)
Ditanya apakah yang dimaksudkan dua kirath itu?
Rasulullah menyarankan supaya seseorang Muslim perlu menyaksikan jenazah dan sebaiknya mengikut menguruskannya, sejak dia masih terbaring di tempat tidur sampai di kuburnya.
Tujuannya supaya seseorang itu merasakan apa yang dirasakan oleh keluarganya ketika ditimpa musibah dan mengembalikan ingatan akan kematian. Sekali gus mengingatkan dirinya tidak lama lagi dia juga akan mengalaminya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah bermaksud: "Daripada Bara-a bin Azib katanya: "Pada suatu hari kami bersama Rasulullah menghantar jenazah ke kubur, maka Nabi duduk di pinggir kubur itu sambil menangis. Lantas aku ikut pula menangis sehingga air mata membasahi pipinya itu.
"Kata Nabi: "Wahai saudaraku, seperti inilah jadinya mereka telah kembali."
No comments:
Post a Comment