Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Friday

Renungan Jumaat : Mari berubah

Salam..

Hari ini kita sudah pun melepasi 2/3 daripada bulan ramadhan.. peluang untuk merasai ganjaran yang besar dibulan ini cuma tinggal beberapa hari sahaja.. Ruang yang masih ada, marilah kita review dan tinjau semula performance kita di sepanjang hari-hari ramadhan yang telah berlalu..

Apakah di sepuluh hari pertama kita beramal lebih banyak daripada sebelum daripada ramadhan ?
Apakah di sepuluh hari yang kedua kita beramal lebih daripada sebelumnya ?

ATAU

Kita sebenarnya tidak berubah apa-apa..
Kalau sebelum ini kita masih acuh tak acuh dengan aurat kita seperti yang dikehendaki syariat.. hari ini pun kita masih begitu kekal juga..
Kalau sebelum ini kita malas ke surau bersolat jemaah.. hari ini pun kita masih belum terpanggil untuk ke surau berjemaah..
Kalau sebelum ini kita masih lewat menunaikan solat.. sehingga hari ini pun kita tetap masih lalai melakukan solat..
lebih teruk lagi.. Kalau sebelum ini kita tidak menunaikan solat.. sehingga hari ini pun kita tetap tidak bersolat juga..

Hikmah berpuasa yang besar antaranya ialah melahirkan faham agama.. Kerana setiap kita akan berubah apabila kita faham kehendak agama..
bukan sekadar tahu tetapi faham.. apa yang disuruh dan dilarang serta kesannya kepada hidup kita.. dan kesannya sesudah kita mati..

Contoh mudah bagaimana orang yang tidak faham;

"Seorang asli menungggang motor sambil membonceng anak dan isterinya tanpa memakai topi keledar.. bila polis mengangkat tangan untuk menyuruhnya berhenti dan menyamannya.. orang asli itu pun membalas mengangkat tangan seraya berkata.. sekejap lagi pak..kejap lagi.. dan dia pun terus berlalu.. selepas selesai urusan hantar anak dan isterinya dia kembali ke situ dan berkata.. maaf pak.. tadi bapak nak tumpang tak muat.. sekarang dah boleh naik.."

Begitulah juga kita kalau tidak memahami agama.. begitu jauh rupanya gaya hidup dan hala tuju kita dan keluarga kita dengan kehendak dan suruhan agama.. kita tidak merasai gusar dan risau apabila melanggar perintah agama.. tidak merasa apa-apa walaupun tidak solat dengan sengaja.. tidak merasa tidak selesa walau pakaian kita tidak sejajar dengan kehendak agama..

Saya ingin berkongsi kisah sewaktu menunaikan umrah beberapa bulan lalu.. dimana terdapat seorang jemaah dari sabah yang memang kaya dan mewah hidupnya.. malangnya dia memang tidak bersolat.. pergi ke sana dengan ditanggung sepenuhnya oleh abangnya.. Apa berlaku disana..

Allah berjanji akan menyambut tetamunya dengan 2 cara;
Selamat datang sebagai tetamu ku dan bergembiralah ATAU Kedatanganmu tidak ku alu-alukan dan rasailah siksanya..

Semenjak transit di Bahrain, dia dah mula nampak risau.. sampai di madinah demam panas.. beberapa hari di madinah terus demam.. tak jejak ke masjid nabawi sekalaipun hotel dipagar masjid sahaja.. sampai dimekah masih demam.. tawaf yang pertama.. baru 2 pusingan dah sibuk tanya berapa kali dan ajak balik ke hotel.. 2 hari dimekah sibuk ajak balik malaysia.. makanan di hotel disebutnya macam sial.. tak langsung selera makan.. dan kemudian ditambah dengan bisul di punggong.. ulang alik pulak ke hospital operate disana.. dapat sekali sahaja masuk ke masjid haram selama 8 hari disana.. sehinggalah pulang.. Umrahnya ntahlah bagaimana..

Apa jadinya kalau didunia pun Allah tak nak terima kita sebagai tetamu.. apa jadinya nanti bila kita mati.. tentunya tidak ada nilai lagi segala kesenangan hidup kita, gaji yang besar, pangkat, kereta, anak, isteri dan kawan-kawan.. jika Allah tak reda dan tak mahu menerima kita..

“Setiap manusia adalah melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang bertaubat” sabda Rasulullah Saw. (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Kita dituntut untuk bertaubat setiap waktu, maka taubat pada bulan Ramadhan ini lebih dituntut lagi; karena Ramadhan adalah bulan mulia waktu dimana rahmat Allah turun ke bumi.
Andai selama ini kita sering melakukan dosa dan membalas nikmat Allah dengan maksiat.. Marilah berubah.. segeralah bertaubat! Karena tiada satu pun dari kita yang bersih dari dosa. Marilah kita bertaubat yang sungguh-sungguh dengan meninggalkan maksiat yang dilakukan, menyesali apa yang telah dilakukan, dan berjanji untuk tidak kembali mengulangi nya..

Jangan malu untuk berubah.. biarlah apa orang kata.. jangan hiraukan pandangan manusia.. asal kita tahu kemana tujuan hidup kita.. biarlah ramadhan yang masih berbaki ini, memberi seribu makna buat kita..

Sekian.

No comments:

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)