Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Thursday

AWAS BARANG TIRUAN BERBAHAYA!!

Salam.

Sukacita dimaklumkan pasukan penguatkuasa PPDNKK Perlis telah berjaya
menumpaskan kegiatan membungkus dan mengedarkan serbuk non dairy creamer
tiruan yang menggunakan perihal dagangan palsu iaitu "Carnation
Coffee-mate" (cap dagang nestle) disebuah gudang di Padang Besar.
Sejumlah 3742 bungkusan besar seberat 93,550 kg. serbuk krimer keluaran
negara China, 1920 peket Carnation Coffee-mate siap dibungkus serta
mesin membungkus telah disita. Nilai kos barangan RM400,000.00. Jika
kesemuanya berjaya dibungkus, ia boleh menghasilkan sebanyak 208,000
bungkusan @ 16 oz. (RM6.50 sebungkus) bernilai RM1.35 juta.

Krimer tiruan dibungkus dengan rapi seolah-olah ianya barangan import
berkualiti tinggi . Antara tanda yang digunakan adalah berat kandungan
yang ditandakan dalam unit auns (oz).

Walaupun OKS mendakwa ianya untuk pasaran luar tetapi dipercayai ianya
turut dipasarkan dalam negara khususnya di bandar sempadan. Pemeriksaan
berasingan turut menjumpai ianya ada dijual di sebuah outlet di Padang
Besar.  Kementerian Kesihatan turut menawarkan kerjasama dan bimbang
kemungkinan krimer tersebut mengandungi bahan tercemar melamine yang
pernah ditolak dari pasaran dunia suatu ketika dahulu .

Mohon agar kita lebih berwaspada dan dapat menggerakkan pemeriksaan dan
tindakan di negeri dan daerah bagi memastikan ia tidak dipasarkan dalam
negara. Terima kasih.



"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KUASA PENGGUNA: 1PENGGUNA 1SUARA"

Saya yang menurut perintah

ABDUL HALIM PAKRI
KETUA PEGAWAI PENGUATKUASA NEGERI
PEJABAT PERDAGANGAN DALAM NEGERI,
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN PERLIS.

No comments:

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)