Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Tuesday

Ceramah Lawyer Zulkifli Noordin (chronicles Islam diperkotak-katikkan di malaysia).. mesti baca !!!!!

Bismilah hirrahmannirrahim,
Sekarang ni orang kita dok kecoh sangat pasai cerita
siti nor haliza nak
kawin dengan dato k. cerita berapa hantaran, cerita
sapa nak reka kasut
kawin ct, cerita naik kereta kuda pusing klcc la, dsb.
Dalam pada tu
terselit juga cerita ex-wife dato' k saman harta
sepencarian rm7 juta.
Internet pun heboh dok tunjuk gambar-gambar lama dato'
k, dan yang best
sekali gambar2 anak2 dato' k yang berhingus tu dok
peluk awek. Orang
kata - bukan aku kata - 'like father like son'. Aku no
komen, sebab aku
don't give a damn. Mungkin kita boleh tunggu komen ct
nanti.

tapi bab ni, 180 darjah punya turning dari cerita dato
k vs ct ni, kita
semua patut 'give a damn', patut ambik tau, patut
pikiaq masak2, dan
patut buat apa yang patut. Ni kisah melayu jawa, yang
menggadaikan
agama Islam demi cintanya kepada seorang lelaki India
kristian. Kesian
sungguh tuan haji jelani dan puan hajjah kalsom yang
terpaksa
bersengkang mata menjaga kerenah anak mereka ketika
baru lahir 42 tahun
dulu. La ni, anak yang dibesarkan dengan penuh suasana
keislaman itu
sudah terang2 menolak agama yang diajar kepadanya dan
terus mengenepikan
ibubapa yang membesarkannya hanya kerana cintanya pada
seorang lelaki
dan mahu pula menukar nama dalam i/c dari azlina binti
jelani kepada
'lina joy' sahaja. Agama islam ynag tercatat pada i/c
nya pula mahu
diganti dengan perkataan 'kristian'. Astaghfirullahul
azim.

Lepas solat maghrib tadi, aku dan orang rumah cepat ke
surau al-islah di
taman kajang mewah, kajang, sebab nak dengar ceramah
lawyer terkenal sdr
zulkifli nordin (dulu lawyer kepada kes fitnah liwat
anwar ibrahim).
Bila kami sampai, ceramah baru start dalam lima minit
ada la kot. Jadi
apa yang aku nak tulih ni cerita yang sikit sebanyak
dapat aku catatkan
dari cermamah beliau, sebaik yang boleh. Kalau ada
fakta yang tak betul
tu, harap dapat betulkan dan aku terlebih dahulu minta
maaf. Ceramah
malam tadi berkisar kepada kes lina joy ni lah.

Bila aku sampai, penceramah dok tengah buka cerita
lama (sebab orang
melayu mudah lupa kot) iaitu cerita pasal kes natrah
yang berlaku tahun
1950. masa tu malaya masih lagi bawah orang putih dan
hakim semua dok
pakai wig lagi. Kes natrah ni aku mis hujung pangkal
dia tapi kalau tak
silap kes penjagaan natrah ni la, antara islam dan
kristian. Masa kes ni
berjalan orang melayu zaman tu di singapura - melayu
umno - punya la
sensitif dengan masa depan natrah, takut dia
dimurtadkan berkumpul dan
berdemontrasi la kot, tapi khabarnya dalam
mempertahankan akidah natrah,
"mahkamah di singapura dibanjiri darah". Melayu
sekarang ada berani ka?
Kalau nak tau baca lagi.... panjang lagi ceramah
zulkifli nordin ni (2
jam) dan aku pun aku tulis panjang macam novel jugak
la kot.

Lepas natrah, zulkifli nordin bangkitkan pula cerita
kes suzy teoh yang
peluk islam semasa 16 tahun. Ni dia tak sebut pulak
tahu bila, tapi aku
rasa 80an kot, sebab aku rasa tun salleh abbas pernah
handle kes ni.
Walaupun mufti kelantan masa tu mengatakan islam suzy
adalah sah sebab
beliau sudah akil baligh, tapi undang2 sivil tetap
refer pada kes natrah
dan menyatakan suzy teoh tak boleh tukar agama sebab
kurang dari 18
tahun, dan tak ada agreement dari parents dia. Kata
zulkifli nordin,
itu adalah undang penjajah yang kita warisi, tetapi
kalau undang2 islam,
ianya dibuat berdasarkan ijtihad hakim.

Lepas tu masuk kes halimatun saadiah pulak, kes ni
tahun 1983. dalam kes
ni hakim kata tak boleh pakai purdah. Haramkan pakai
purdah. Pun tak
detail sangat, tapi aku rasa ni kes student u yang
kena buang sebab
pakai purdah kot. Manalah aku tau kes ni kes apa sebab
aku kecik lagi
masa tu dan tak baca paper tiap2 hari macam la ni.

Lepas tu dia sambung pulak dengan kes serban baru2
ni... hampa semua
mesti tau kalau baca surathabaq. Kes ni kata zulkifli
nordin akan terus
menetapkan bahawa haram orang islam pakai serban di
sekolah dan tempat2
tertentu, yang boleh mungkin pakai pi surau atau pi
melawat orang mati
jer kot. Hah, macam tu punya teruk ka?

Pas tu dia masuk kes jamaluddin osman pulak (1986)
yang mana beliau
masuk kristian dan jadi paderi di PJ dengan nama
joshua. Beliau
ditangkap bawah ISA dan kumpulan pendesak kristian
cabar kes ni di
mahkamah dan guna artikel 11 (dalam perlembagaan
persekutuan) mengenai
kebebasan beragama. Keputusannya mahkamah menangkan
puak kristian dan
kata akta keselamatan tak boleh halang hak jamaludin
untuk beragama.
Akibatnya, kata zulkifli nordin, lepas kes ni polis
dah tak buat apa-apa
lagi kalau ada kes macam ni. Polis kena ikut undang2.

Dia tambah lagi, yang terkini pagi tadi (22 july 2006)
katanya lebih 100
kafirun berkumpul di JB bincang pasal agama islam.
Lawyer ni kata polis
tak boleh buat apa sebab 1986 punya kes dah kata tak
boleh kacau. Kalau
kacau, nanti kata polis nak guna akta keselamatan nak
sekat kebebasan
beragama pulak.

1997, mesti ramai ingat, kes aisyah bukhari. Sedap
namanya, aisyah.
Dalam kes aisyah ni puak kristian minta pertolongan
mahkamah lagi, sebab
depa tau depa boleh guna undang2. zainur zakaria kata,
masa kes aisyah
tu kalau islam kalah, puak2 kafirun mesti naik kepala
punya, tapi
menteri agama masa tu hamid othman kata "biaq pi lah,
sorang saja melayu".

Tu dia, 1997, "sorang saja melayu" cuba hampa pikiaq,
kalau mufti perak
ni cakap la ni ada 100,000 orang
melayu murtad dan tunggu nak declare depa murtad macam
mana? Apa, tak
pecaya kata2 mufti perak? Dia tak tau
hukum haram halal ka kalau dia cakap bohong. Kata
ustaz zulkifli nordin
lagi ni semua berlaku sebab kita
sendiri yang biarkan berlaku. Biaq pi lah....

Tahun 1988, siapa tak ingat kes hartina kamarudin? La
ni dia dah pakai
nama hindu dah, Devashini. Astaghfirullahul azim! Ni
pun pasai kawin
dengan lelaki hindu. Dalam kes ni, yang tragisnya ayah
hartina yang
ditangkap kerana mencederakan lelaki hindu yang
memurtadkan anak
kesayangan yang ditatang dari kecil itu. Bayangkanlah!

Baru2 ni pulak kata penceramah ni, ada lagi satu kes
di flet pekeliling
di mana pemuda2 hindu memecahkan rumah dan melarikan
anak gadis yang
disembunyi oleh ibunya demi menyelamatkan akidah
anaknya. "orang melayu
tak buat apa2 pun, dan orang bukan islam
bermaharajalela," kata zulkifli
lagi. "melayu tak kisah, asalkan tak kena kepala
dia".

Katanya lagi, orang melayu pada tahap yang paling
kritikal sekarang
sampai orang bukan islam boleh pecah rumah rampas anak
pun orang melayu
masih seronok dengan kemewahan dunia.

Berbalik kepada kes azlina joy, memanglah katanya ni
hanya sekadar kes
kad pengenalan. Azlina ni minta 3 perkara: tukar nama
buang tulisan
islam dan ganti dengan kristian benarkan perkahwinan
dia dan daftarkan
di jabatan pendaftaran tapi alhmadulillah, pegawai
islam jabatan
pendaftaran reject permohonan dia.

Bila reject dan dia bawa mahkamah, tup2 13 NGOs sokong
dia.NGO-NGO ni
bising sungguh sebab depa ni la yang kuasai media.NGO
tu yang aku ingat
ialah aliran, suaram, hakam, NWCO, WAO, WO, bar
council, majlis
perundingan agama, majlis hindu sanggam, majlis
catholic, dan yang sama
kuat bising ialah melayu2 SISTERS IN ISLAM (anak murid
amina wadud ni).

Katanya pagi tadi puak2 NGO ni berkumpul di johor dok
hentam islam lah
agenda depa. NGO ni walaupun sikit, tapi 'kabel
besar'. Depa ni yang NGO
kafirun ni dok sibuk memperkudakan SIS. Sisters in
Islam ni katanya
walaupun dikenali sebagai NGO tetapi mereka sebenarnya
adalah syarikat
dengan 18 ahli lembaga pengarah. Boss SIS ni zainah
anwar siapa yang tak
kenal, dan kakak dia pulak zarinah anwar pun orang
besar securities
commission ka apa.

Antara orang kuat SIS ni tak lain tak bukan anak2
perdana menteri
hadhari kita. Marina anak mahathir, nori anak pak lah,
dan anak tun
Hussein onn. Anak siapa? Ha, tu dia punya nala punya
cable kalau TNB
tengok pun menangis. So, balik pada meeting puak2 ni
di johor pagi tadi,
tengku mahkota johor kata 'JANGAN BAGI'. Polis cakap
kat putera sultan
ni, "Tuanku, Dato' Nazri bagi tuanku..." Tengku
mahkota tanya kenapa?
Polis jawab sebab anak PM duduk dalam tu. Malahan
nazri orang kuat ameno
ni mintak pulak polis jaga keselamatan kalau ada orang
demonstrasi nak
halang mesyuarat tu macam kat penang bulan lepas.
Alhamdulillah,
walaupun ada orang mai protest meeting tu, ketua polis
johor dato'
hussin ismail kata kalau boleh jangan tangkap geng
penentang kumpulan
article 11 ni.

Mai tang bab ni zulkifli nordin main hentam terus
ameno. Ni la terus
terang aku dengaq orang maki ameno dalam surau secara
terang-terangan.
Baguih la, zulkifli nordin kata satu hari nanti dia
akan mati juga dan
dia kena jawab dengan allah, buat apa dia nak takut.

Dia kata: "Barua-barua Umno macam nazri, biadap. Ramai
orang umno tak
tau. Kesian orang umno (yang lurus bendul) sebab depa
tak tau menteri
depa macam tu".

Dia kata, semalam nazri ada kata dalam bar council
meeting: "saya
menteri, saya jaga awak". 'Awak' ni puak2 bar council
yang pro article
11 yang diperjuangkan kafirun ni la. Nazri dengan
angkuhnya tambah lagi:
"awak jangan bimbang, pak lah dalam poket saya".

Marah sungguh saudara zulkifli nordin kita. "Tuan2
mesti ingat, ini
menteri umno pengkhianat bangsa, termasuklah zaid
(ibrahim). Kalau tuan2
dalam umno, buang orang2 ni, ataupun esok (bila mati
la) jawab dengan Allah"

"jangan kerana tembolok dan kain batik takut kepada
pemimpin. Dulu umno
1950 berani lawan kes natrah, tapi la ni tunggu
kontrek. Jangan biar
anak2 cucu kita ludah kita (suatu hari nanti).

"DULU DEPA PERTAHANKAN NATRAH, BERAPA RAMAI YANG DADA
BERSARANG DENGAN
PELURU, 13 ORANG DIGANTUNG SAMPAI MATI.."

"DARAH MENGALIR DI MAHKAMAH SINGAPURA SEBAB
PERTAHANKAN KES NATRAH.
BUKAN PERTAHANKAN KONTREK, TAPI PERTAHANKAN AKIDAH."

Bila dia cerita tang bab ni, aku rasa nak menitis ayaq
mata. Memang jauh
sungguh iman kita dengan orang melayu dulu, depa
sanggup mati
mempertahankan agama. Kita, pengecut semuanya. Pikiaq
anak, pikiaq bini,
pikiaq instalment rumah, duit kereta, duit tu, duit
ni.... Duit, duit,
duit.... Cinta dunia dan takutkan mati. Tu la kita
hari ni.

Dia sambung lagi... tangan aku pun lenguh menulis dah,
tapi aku belum
nak surrender. Kalau pen habis ink baru ler aku
surrender. ni baru
angkat pen, bukan angkat pedang brader...

Katanya bila mufti perak cuba pertahankan islam, dia
dimaki oleh rais
yatim, nazri dan Abdullah mat zin (menteri umno ler
tu, kalau korang tak
kenal).

"kenapa orang umno duduk diam dan kata padan muka
(pada ustaz
harussani). Malahan ada pulak mufti (negeri lain) yang
marah kat dia,
sound dia kenapa jolok sarang tebuan".

DATO' SERI HARUSSANI MENANGIS tuan2 dan puan2...
menangis sebab dia
dedahkan 100,000 orang melayu murtad, dia kena
tempelak dengan menteri
dan mufti2 lain. zulkifli nordin kata mufti marah2 kat
harussani sebab
takut periuk nasi depa masuk pasir la kot. Ustaz
harussani ni sepatutnya
dipertahankan oleh menteri dan mufti2 lain, bukannya
ditempelak sebegitu
rupa.

Berbalik kepada isu azlina joy, walaupun ni kes IC kat
mahkamah
persekutuan nampak macam kes kecik, tapi impaknya amat
besar. Dulu
mahkamah tinggi dah tolak permintaan azlina joy ni
atas alasan kes ni
mesti dibicarakan di mahkamah syariah. Kata zulkifli,
NGO kafir boleh
berhujah. Depa guna Artikel 11 perlembagaan
persekutuan. Artikel tu kata
"every person has the right to profess & practice the
religion". Semua
orang ada hak untuk memilih dan mengamalkan agama.

Tapi hujah defend kata kalau agama hampa kata boleh
murtad, murtadlah.
Tapi bagi yang beragama islam, mana boleh murtad sebab
undang2 agama
islam kata tak boleh murtad. Orang islam tertakluk
kepada undang2 islam.

Tang ni, cyrus das, lawyer kapiaq yang mewakili lina
joy dengan
bangganya menghina islam. Katanya "sudah sampai
masanya orang islam di
Malaysia disedarkan bahawa Malaysia bukanlah negara
islam tetapi adalah
negara secular. Dan undang2 islam adalah berada
dibawah tapak kaki
undang2 negara (perlembagaan persekutuan)".

Puak kafirun dok pertahankan yang hak beragama adalah
hak individu, so
terpulanglah agama apa pun nak dianuti.

Zulkifli nordin kata mahkamah boleh menangkan lina joy
atas beberapa
sebab:

merujuk kes dulu2 cara hakim tanya soalan pun dah tau
jangan percaya
hakim melayu

kata zulkifli nordin, dalam kes meor habiburrahman,
hakimnya adalah
hakim melayu. Dalam kes serban, hakim melayu. Dalam
kes purdah, hakim
melayu. Kes islam (agama rasmi) sekadar sebagai agama
istiadat, pun
hakim melayu. Kes jamaludin paderi besar pun hakim
melayu.

Tambah lawyer bekas exco umno ni, kalau agama dianggap
hak individu dan
lina joy menang, lepas ni setiap invidu boleh buat apa
saja. "sesiapa
saja boleh tentukan dia nak anut agama apa, dan dia
boleh tentukan bila
dia nak murtad".

Lagi kesan kepada kemenangan lina joy ialah:

Artikel 160 perlembagaan persekutuan yang mengatakan
melayu itu islam
dah tak relevan. So melayu dah tak wujud semua hak
istimewa melayu (AP,
permit, biasiswa) terhapus dengan sendirinya sebab
melayu dah tak wujud
yang no 3 tak sempat pulak aku nak catit (lenguh
tangan wei...), ooo
begini, kalau boleh senang2 murtad, orang melayu yang
didakwa kes fardu
ain (tak posa ke) atau kes melacur ke, boleh kata dia
murtad dan bila
lepas keluar mahkamah mengaku le islam balik.

Tambah zulkifli nordin lagi, kalau ada masa pergi la
mahkamah syariah KL
pagi isnin dan tengok la ramainya anak gadis melayu
berbaris kat
mahkamah. Katanya depa ni nampak elok jer pi mahkamah
syariah pakai
tudung, tapi sebenarnya PELACUR @ PROSTITUTE @ HOOKER
@ SLUT (hat @ ni
aku tambah).

Dia kata dengan undang2 sekarang pun apa susah, bila
hakim baca
pertuduhan, tanya salah ke tak, depa dengan senang
hati jawab salah la
yang arif. Hakim kata betulke kamu faham ni sebab
mengaku salah melacur
boleh kena penjara 6 bulan atau denda rm3,000, depa
jawab faham tapi
minta ringankan hukuman.

Bila hakim kata ok lah, aku denda hang rm1,500 saja,
depa sorak yeeee
(aku tambah le ni)... depa keluar pi jumpa bapak ayam
tokey cina kat
luar mahkamah ambik duit bayaq. Sedih sungguh sebab
maruah anak2 melayu
islam kita boleh diperdagangkan sebegitu mudah. Umno
buat apa? Zulkifli
nordin kata diam saja, sesekali boleh gak 'pakai'.

Tapi itu cerita di mahkamah syariah. Dosa memang dosa,
tapi akidah tak
terjejas lagi. Tapi kalau kes yang sama di mahkamah
persekutuan, minah
yang sama bila dituduh dengan senang boleh elak
hukuman kalu dia cakap,
"saya dah murtad" atau "saya bukannya lagi Islam". Ha,
ni la kesan dari
kes lina joy kalau kita tak perhati dari la ni. Orang
boleh keluar masuk
islam sesuka hati depa saja.

Tambahnya dalam kes kamariah ali pengikut ayah pin,
sebab dia dah
mengaku murtad di mahkamah syariah, tak boleh nak buat
apa apa la.
Sekarang status tak clear, so kena tengok apa kata
keputusan kes lina
joy. Kalau lina joy menang, lepas le kamariah ali
sebab dia dah murtad,
mahkamah tak boleh hukum dia.

Kamariah ali ni bukan calang orang. Mengaji kat nilam
puri, sambung kat
universiti al azhar (ada siapa yang tak pernah dengar
nama universiti
ni???) tahun 60an dulu dan pernah jadi ketua biro
dakwah. Dia kawin
dengan ustaz mohamad ya, azhar jugak kot (tak sure).
Bila balik Malaysia
pi kerja di Sarawak (untuk berdakwah la tu) tapi balik
semenanjung, dua2
jadi pengikut ayah pin.

KALAU USTAZ / USTAZAH AL AZHAR BOLEH MURTAD, MACAM
MANA KITA???

Berbalik kepada isu Lina Joy, lawyer zulkifli nordin
ini mengingatkan
beberapa bala yang bakal menimpa umat islam malaysia
sekirannya mahkamah
memihak kepada si murtad ni. Pertamanya, melayu akan
pupus. Sebabnya,
bila melayu dah declare bukan islam, dan islam tak ada
kena mengena
dengan melayu, lama2 pupus lah melayu.

Keduanya, orang islam senang2 boleh mengaku murtad
bila kena dakwa di
mahkamah, dan bila dilepaskan (camana nak bicara, dah
kapiaq dah) boleh
masuk islam balik. Janji tak kena denda atau penjara.
Maknanya, senang
sungguh depa nak mempermainkan islam. Seterusnya, yang
lebih bahaya kata
ustaz zulkifli nordin, bila keputusan kes ini akan
membenarkan orang2
kafir membuat tafsiran terhadap undang2 islam. Since
perbicaraan bukan
dalam mahkamah syariah, dalam kes lina joy, orang
kafir senang2 kata
undang2 murtad tu salah, yang betul ialah perlembagaan
persekutuan dan
hak asasi manusia.

Tambahnya, bukan kerja orang kafir nak kata orang
islam tak boleh pakai
serban, tak boleh pakai purdah atau apa, sebab bicara
kes ni bukan dalam
mahkamah syariah. Tapi, lebih menyedihkan, katanya
keputusan pengharaman
serban dan purdah keluar dari mulut hakim melayu.

Katanya, dalam kes meor habiburrahman, si bapak hakim
buat tafsiran
"ikut kepala bapaknya". Ada ka hakim kata dia buat
keputusan merujuk
kepada "pemerhatian" dia, dan bukannya merujuk kepada
quran atau hadis.
Ada ka logik dalam membuat keputusan mengenai serban,
dia kata, "saya
rasa, saya pi mekah tengok budak2 arab tak pakai
serban pun."

"saya perhati mufti tak pakai serban pun..." kata
hakim kes serban ni.
Tak logik dia tak tau yang tak bagi mufti pakai serban
ialah kerajaan
sendiri.

Peguam ni tambah lagi, la ni ramai ustaz2 sanggup
pakai songkok saja
atau pakai kot saja untuk syarat layak keluar tv.
Sebab depa ni sekadar
pakai songkok atau ada yang tak pakai lansung, malah
pakai kot, maka si
hakim yang handle kes serban baru2 ni kata: "tengok...
so and so mana
ada pakai serban pun". Katanya, inilah yang berlaku
kalau ustaz2 pun
terlalu cintakan dunia (duit ler brader, RM) sehingga
sanggup menjadikan
diri mereka sasaran fitnah.

"hakim tu hina rasulallah, sampai dia kata tak semua
yang nabi buat tu
kita kena ikut. Contohnya kalau rasulallah duduk dalam
rumah tanah liat,
naik unta, gosok gigi guna kayu, tak kan kita nak
ikut..." Tak cukup
penghinaan tu, hakim tu terang2 tambah, "adakah mulia
mereka yang ikut
muhammad duduk dalam rumah tanah liat berbanding
dengan rumah batu?
Adakah mulia mereka yang naik unta," cerita bekas
lawyer pak sheikh ni,
marah sungguh dia dengan mulut celupar hakim ntah apa
ke nama yang
handle kes serban baru-baru ni.

Tambah zulkifli nordin, kalau ikut kitab mustika
hadis, orang yang hina
rasulallah macam tu dah kira murtad.

Pasal cerita serban ni, ustaz zulkifli bagitau dia ada
dalam satu majlis
yang turut dihadiri oleh dr mashitah ibrahim (ustazah
glamer rumput
carpet) kata kes serban ni "tak ada apa2". tapi dia
tak tau saya pun ada
dalam majlis tu dan akan bagi ceramah seterusnya, jadi
bila dia (ustazah
mashitah) tau saya ada di situ, cepat2 dia nak cabut
balik. Saya kata
jangan balik dulu. "saya marah sungguh sebab mashitah
ibrahim ni nak
tipu bangsa sendiri," kata zulkifli nordin.

Katanya dia pun heran kenapa orang2 bijak pandai agama
boleh
bersekongkol dengan hakim yang buat keputusan yang
menghina islam dan
rasulallah macam tu.

Kalau islam dah senang2 boleh ditafsir sendiri,
hilanglah hak penjagaan
anak kita, katanya dalam ceramah yang dihadiri oleh
kira2 300 orang tu.
Contohnya, kalau kita suruh anak kita sembahyang dan
anak kita tak mau
sembahyang dgn alasan tertentu, kalau kita paksa jugak
dia boleh pi
bagitau NGO dan mahkamah ada kuasa bagitau tuan/puan
yang tuan/puan tak
boleh paksa anak tuan bersembahyang sebab undang2 kata
macam tu.

"sebab itulah orang kafir tunggu sangat kes lina joy
ni," katanya.
Tambah penceramah ni, sampai 13 peguam wakil kes ni,
yang terdiri dari
11 NGOs semuanya datang dengan lawyer. Tak cukup
dengan NGO-NGO tu, ada
lagi wakil dari kedutaan Perancis, Australia, Kanada.
Wakil hak asasi
manusia Amnesty International pun ada. Katanya kalau
nak tau who's who
yang defend / sekongkol dengan lina joy laknatullah
ni, rujuklah laman
web www.bracketfund.com.

"KITA MESTI MENANG KES INI UNTUK CENGKAM BANGSA
MELAYU. KALAU MENANG KES
NI, ANAK-ANAK MELAYU TERBUKA UNTUK DIKRISTIANKAN,"
cerita zulkifli
nordin, orang yang lama dan masak dengan selok-belok
undang ni.

Katanya, buat masa ni, masih susah lagi orang nak
murtadkan anak2 melayu
sebab mereka masih lagi dalam jagaan mak bapak.Beliau
turut
mempersoalkan berapa banyak RM orang melayu islam
sumbangkan untuk lawan
kes azlina jelani ni sebab orang bukan islam dah
berjaya dapatkan lebih
USD 4 million untuk kes ni. Nak bayar lawyer dll.
Katanya lagi, pada
peringkat antarabangsa orang2 kafir sangat ambil berat
kes ni. kalau tak
percaya jugak, katanya tengok website
www.sydneyamerican.net, ada dalam
tu kata "kita tunggu peluang nak serang melayu" (nak
murtadkan melayu
yang islam lah). Katanya, nama azhar mansur pun ada
dalam website tu.

Alhamdulillah, sekarang ni peguam2 melayu dah tampil
kehadapan, tubuhkan
Badan Peguam Pembela Islam (PPI). "lawyer kita cuba
nak lawan".

Beliau turut menasihatkan orang2 melayu hari ini yang
berada diperingkat
akar umbi - kita ni lah - supaya bangkit sebab
mahkamah akan buat
keputusan tak sampai 6 minggu saja lagi. Pejam celik,
keputusan dah
keluar, dan kalau kita tak berbuat sesuatu,
tandatangani petisyen ka,
solat hajat ka, pas tu kalah tok sah dok salahkan
orang lain lah.

"kita dah tak ada masa nak minta tolong umno ka, siapa
ka, sebab tu lah
lawyer-lawyer melayu mula bersatu." Zulkifli nordin
kata setakat ni ada
68 NGO melayu dah menyatakan sokongan kepada
perjuangan PPI, termasuklah
abim, JIM, perkim, persatuan ulama. Pekida pun join
sama, alhamdulillah.

Katanya, lawyer2 islam malaysia ni mahukan Artikel 3
iaitu islam sebagai
agama persekutuan dijadikan sebagai islam syariat.
Bukan takat baca doa
masa opening ceremony atau tahlil orang mati saja.
Artikel 11 pulak,
kata lawyer ni, mesti ditambah 11(a) ka apa,supaya
kebebasan beragama
itu (keluar masuk agama) tidak terpakai kepada orang
Melayu / Islam.
Artikel 4 pulak, katanya, lawyer2 ni dah kaji dan
mahukan ia ditambah.
Kalau sekarang kata orang bukan islam tak boleh dakwah
dengan orang
islam, in future nak tambah sikit lagi, kalau dakwah
jugak, ada hukumannya.

Beliau juga memetik kata2 imam besar imam ghazali:
"kalau kita nak
tengok nasib bangsa akan datang, tengoklah diri kita
hari ini." Katanya
50 tahun dulu orang islam masih ada sensitivity dalam
kes natrah pun, la
ni dah jadi lagu ni. Lagi 40 tahun tak tau la macam
mana.

Beliau turut berpesan, tolonglah masuk myislamnetwork
website dan print
maklumat dalam tu, kemudian sebarkan di kawasan2
kejiranan, bagi kat
kawan2 ke. Lagi satu, dia minta kita pakat2 turun
tandatangan, sebab
dulu geng2 kafir pendokong lina joy ni berjaya
mendapat 50,000
tandatangan meminta supaya Artikel 11 perlembagaan
persekutuan tidak
lagi memihak kepada orang melayu islam.

Katanya, bila sign petition tu, jangan takat bubuh
nama 'Hamba Allah'
tapi tulih nama sendiri dan bagi
henfon sekali. Nak takut apa, kalau yang ni pun tak
boleh, macam mana
nak berjihad? So, kalau orang cek
nama ali bin abu, dia memang betul2 wujud, baru ada
credibility."biar
Allah tengok nama kita ada dalam ni," katanya sambil
mengedar borang
petition kat surau al islah malam tu. Katanya jangan
la dok takut SB
baca ka, pasai masa depan islam kat malaysia dah
kritikal sangat dah,
dan kita kenalah berbuat sesuatu.

Kemudian, zulkifli nordin bagitau yang beberapa orang
sultan - johor,
selangor, terengganu, perak - dah mula memberi reaksi
positif kepada
perjuangan lawyer2 islam hari ni. Katanya, sultan
selangor cakap secara
terbuka mengenai isu ni dalam majlis penutup tilawah
al quran baru baru
ni. Alhamdulillah, sultan selangor ambil berat. So,
sembahyang jumaat
nanti, kalau tok khatib doakan sultan selangor ni, aku
cadangkan korang
amin la kuat2 sikit. Mudah2an allah memberi hidayah
kepada sultan2
melayu ni. Kalau depa sokong, insya'allah, mereka
pasti tetap relevant
pada mata rakyat.

Beliau turut mengingatkan orang melayu supaya bangkit
dari zon selesa.
"saya minta orang2 umno bangkit, sebab dah lama dah
mereka (orang
bawahan) ditipu. Sekarang bangkitlah pertahankan
melayu." Zulkifli
nordin minta la siapa2 yang ada masa boleh tolong jadi
sukarelawan dalam
tempoh singkat ni. Lawyer2 dan NGO2 melayu islam dok
sibuk dok bagi
ceramah sana sini, bantu lah jadi drebar ka, tukang
taip ka, jaga ofis
ka. Keselamatan penceramah pun nak kena jaga. La ni
katanya, budak UPM
yang dok ramai jadi sukarelawan ni, walaupun depa
sibuk dengan kelas,
tapi depa sanggup. Alhamdullilah. Katanya bukalah
website sebab dalam
website PPI tu ada minta macam2 pekerja sukarela, so
bagitaulah macam
mana boleh tolong.

Habis ceramah, masa sessi soal jawab, ada sorang
tanya: "apa pendirian
pak lah?" aku tak berapa ingat jawapan dia sebab pen
aku dah berjalan
bersama kertas petisyen, tapi jawapan zulkifli nordin
lebih kurang kata
pak lah tak ambik berat sangat dan anak dia nori pun
dalam sisters in
islam (badan yang kuat menyokong geng artikel 11). So
macam, mana?

Itulah saja yang aku dapat, lenguh tangan aku tulih
nota ceramah tu,
taip balik 4 jam baru siap. Korang baca dan edarkanlah
supaya orang kita
mendapat kesedaran dari ceramah saudara zulkifli
nordin ni. Dia dah
banyak berkorban, tuan2 pun mesti boleh kalau percaya
usaha kita ini
akan dapat membantu menyelamatkan akidah anak2 kita,
anak2 jiran kita,
anak2 kawan kita, dan semua anak orang islam di negara
ini. Amin.

No comments:

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)