Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Tuesday

ADUAN HALAL ON-LINE


Aduan :
Saya menerima email ini dari kawan. Dari rujukan saya, email ini pernah diajukan kpd JAKIM tetapi tiada jawapan pada masa itu dan JAKIM ingin membuat siasatan terlebih dahulu. Soalan saya, bagaimanakah status halal produk ini (DOVE dan PRINGLES)

"wallahua'lam
Ada dua product ni contain lemak babi. JAKIM ada hantar surat pada semua retailer supaya TUTUP tanda halal kat product tu. Productnya :
1. Dove - syampoo, cuci muka dsbgnya
2. Pringles - potato chips yang dalam tin panjang tu..
(Harap beritahu kengkawan yang lain )
KEPADA SEMUA PEMBACA MUSLIM SUPAYA BERHATI-HATI SEMASA MEMBELI LAICI DALAM TIN. KALAU MEMBELI, TELITI DAHULU NAMA PENGELUAR, PERHATIKAN LABEL MAKANAN DALAM TIN YANG TIDAK HALAL. RUPANYA ADA SATU JENAMA YANG MENGETIN BABI DAN JUGA MENGELUARKAN PRODUK LAICI DALAM TIN. PERHATIKAN JENAMA INI...` NARCISSUS ` KALAU TAK PERCAYA BOLEH TENGOK KAT SUPERMARKET. TAPI RAMAI ORANG MUSLIM KITA KURANG PENGETAHUAN DAN KURANG BIJAKSANA SEMASA MEMBELI-BELAH. TAMBAH-TAMBAH KALAU BARANG TU MURAH. NTAH APA BENDA KANDUNGAN DALAM BARANG YANG DIBELI TU. HARAP BERINGAT SELALU SUPAYA DARAH DAGING KITA TIDAK MENGHALANG KITA BERIBADAT. "

Jawapan :
Berdasarkan pemeriksaan yang telah dibuat oleh JAKIM didapati produk Prinlges untuk pasaran Malaysia dan negara-negara Asean telah dikilangkan oleh sebuah kilang yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, kilang tersebut memang telah disahkan halal oleh JAKIM dan tidak menggunakan apa-apa bahan yang tidak halal dikilang tersebut. Berbalik kepada Pringles, pihak kilang pengeluar menyatakan bahawa pemilik jenama Pringles sendiri yang tidak beminat untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM kerana mereka beranggapan jenama mereka adalah establish dan tidak perlu mendapatkan pengesahan halal JAKIM walau pun dikilangkan di kilang yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM manakala bagi produk Dove, pihak pengedar Dove di Malaysia telah memaklumkan bahawa Dove untuk pasaran malaysia tidak mengandungi bahan yang diharamkan dan ia selamat untu digunakan oleh pengguna Muslim.Barangan Narcissus yang dipasarkan di Malaysia telah diimport oleh sebuah syarikat pengedar di Seri Kembangan. Pengedar ini menjelaskan bahawa produk diatas jenama Narcissus untuk laici, longan dan mushroom dalam tin telah mendapat pengesahan halal dari badan islam di Fujian iaitu Fujian Islamic Association yang beralamat di The Mosque Quanzhou City Fujian Province. Sehingga kini badan islam ini belum tersenarai sebagai badan islam yang telah dilantik oleh JAKIM. Pihak pengedar telah menunjukkan salinan sijil halal yang dikeluarkan oleh badan islam tersebut dan menjelaskan bahawa kilang yang mengeluarkan produk makanan dalam tin untuk mushroom, longan dan laici adalah berasingan dari kilang yang mengeluar dan memproses produk berasaskan daging (babi). Sehingga kini JAKIM memang tidak memberi pengesahan halal ke atas produk ini kerana ia adalah produk import dan pengesahan halal produk import adalah dilakukan oleh badan islam di negara asal produk itu dibuat. Persoalannya sekarang ialah pengesahan halal produk ini telah diberikan oleh sebuah badan islam yang tidak berdaftar dengan JAKIM, maka JAKIM tidak dapat memastikan adakah pengesahan halal yang diberikan oleh badan islam ini adalah menepati standard yang dikehendaki oleh JAKIM. Persoalan ini tidak dapat dijawab oleh pihak pengedar di Malaysia kerana mereka hanya mendapat salinan sijil halal tersebut dari rakan pengedar mereka di China bukannya terus dari kilang pengeluar. Sungguhpun penjelasan ini tidak dapat memberi kepastian sepenuhnya mengenai kehalalan produk Narcissus tetapi diharapkan telah dapat menjawab sedikit persoalan dan keraguan terhadap barangan Narcissus.

1 comment:

Anonymous said...

Harap2 smua maklumat ni tpat..insyaallah..

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)