HIKMAT AYAT TUJUH
HIKMAT AYAT TUJUH
Hikmat atau Faedah serta khasiat ayat tujuh ini sangat banyak kepada si pengamal sahaja yang dapat tahu setelah mengamalkannya iaitu jika diamalkan selalu insyallah tidak ada yang sesuatu yang memudaratkan, aman sentiasa dari segala kebinasaan, kesusahan malah terpelihara daripada ancaman atau gangguan musuh dari dalaman dan luaran yang penuh keberkatan ayat tersebut disamping beramal dengan keikhlasan kerana Allah Taala. Sila rujuk seperti dilampiran bersama maknanya ayat tersebut.
Jika diwiridkan selepas solat wajib subuh dan selepas solat maghrib sekurang-kurangnya memudahkan rezeki, terpelihara daripada ganguan jin dan syaitan, terpelihara dari fitnah, segala hajat tercapai, cita-cita mudah berhasil , memudahkan terlepas daripada sesuatu derita, kehinaan, kesulitan dan kesusahan.
Dan menurut kitab Maju Syarif, bahawa barangsiapa yang membaca atau menanggung serta membawa ayat tujuh, nescaya tiada kuasa oleh seseorang memudaratkan kepadanya dengan izin Allah swt.
Kerjasama anda diucapkan berbanyak terima kasih sekiranya ada kesempatan masa untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang memerlukan melalui fotokopikan atau e-mail semoga kebajikan yang sedikit itu diteruskan dengan izin Allah Taala akan mendapat ganjaran dihari kemudian. Insyallah.
Muaturun Sekarang: AYAT TUJUH
BIRO AGAMA & KEBAJIKAN
KELAB REKREASI TOURISM MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment