Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Monday

Bebaik semula



Mungkin adegan ini ada udang di sebalik pizza...kita sama-sama tunggu dan lihat.

-Blog@nEp$ter cakna sokmo!-

Wednesday

AP Kicap

Click the photo to enlarge. See what there are talking about...hehe

Monday

Rakyat Terenggau bertuah


Rakyat Trengganu amatlah bertuah kerana mempunyai seorang Raja yang berjiwa rakyat. Tuanku Sultan Trengganu amat prihatin terhadap rakyat Baginda. Tuanku amat malu dengan keadaan negeri Trengganu yang kaya dengan minyak tetapi rakyatnya merempat. Rakyat Trengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan yang telah lapan belas tahun di anaktirikan.

Cuba kita bayangkan, jika tidak ada dosanya masakan Tuanku Sultan menolak Idris Jusoh. Malangnya Istana tidak boleh menggunakan media untuk menjelaskan keadaan. Tetapi Istana ada kuasa yang boleh membuat rakyat berfikir dengan penuh rasional.

Idris Jusoh dengan angkuh menyatakan bahawa dia mendapat sokongan padu rakyat. Apakah ini benar? Bangunlah wahai rakyat Trengganu menidakkan pengakuan Idris itu. Sokonglah Sultan yang penuh prihatin terhadap rakyatnya. Tuanku Sultan memprotes penggunaan wang minyak dengan sia-sia di mana sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat. Dengan RM 800 juta setahun, semestinya sudah tidak ada lagi kemiskinan di Trengganu. Tetapi Tuanku Sultan tidak dapat menerangkannya. Kita sebagai rakyat harus bijak menginterpretasikan tindakan Baginda.

Bangunlah rakyat Trengganu. Jangan biarkan Baginda keseorangan membela nasib kita. Bukan niat beginda untuk mencampuri urusan negeri tetapi adalah hak Baginda menentukan rakyat tidak diketepi. Menjadi hak Baginda menentukan hasil negeri dipulangkan pada rakyat bukan hanya pada menteri.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku


Patik-patik sekelian bersama-sama Tuanku menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

Terperangkap dji pusara IBU..So don't ever do this to your Mom!!!!

Terperangkap di pusara ibu..
" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ..Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis
berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana. *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Tuesday

Kabinet Abdullah Badawi

Senarai Penuh Kabinet Abdullah Badawi :

Perdana Menteri: Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri: Dato' Seri Najib Tun Razak

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri: Dato' Ahmad Zahid Hamidi
Menteri: Dato' Zaid Ibrahim (senator)
Menteri: Dato' Amirsham A Aziz (senator)

Timbalan: Dato' Johari Baharum
Timbalan: Dato' Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan: S K Devamany
Timbalan : Dato' Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri : Dato' Seri Syed Hamid Albar

Timbalan : Dato' Chor Chee Heung
Timbalan : Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri : Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan : Dato' Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Dato' Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Menteri : Dato' Ong Tee Keat

Timbalan : Dato' Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri : Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed

Timbalan : Dato' Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri : Dato' Peter Chin Fah Kui

Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI

Menteri : Dato' Shaziman Abu Mansor

Timbalan : Dato' Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan : Dato' Liew Vui Keong
Timbalan : Dato' Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri : Dato' Mustapa Mohamed

Timbalan : Dato' Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri : Dato' Shahrir Abdul Samad

Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri : Dato' Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan : Dato' Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Dato' Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN

Menteri : Dato' Ahmad Shabery Cheek

Timbalan : Dato' Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

Menteri : Dato' Shafie Apdal

Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri : Dato' Dr. S Subramaniam

Timbalan : Dato' Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri : Dato' Dr Maximus Ongkili

Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri : Dato' Ong Ka Chuan

Timbalan : Dato' Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Dato' Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri : Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak

Timbalan : Dato' Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri : Dato' Seri Dr Rais Yatim

Timbalan : Dato' Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri : Dato' Ismail Sabri Yaakob

Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri : Dato' Liow Tiong Lai

Timbalan : Dato' Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Menteri : Dato' Noh Omar

Timbalan : Dato' Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri : Dato' Dr Ng Yen Yen

Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri : Dato' Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri : Dato' Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri : Dato' Zulhasnan Rafique

Timbalan Menteri : Dato' M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri : Dato' Seri Khaled Nordin

Timbalan Menteri : Dato' Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Dato' Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri : Dato' Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri : Dato' Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh

BUKU "AKHIRAT " ( BERHATI-HATI!!!)

Tuan/Puan ,

Pada 4 Mac 2008 lalu, saya telah menerima senaskah buku kecil berjudul "Akhirat" yang diletakkan di cermin kereta saya di Wangsa Maju.

Pada mulanya saya menyangka ia adalah sebuah buku agama untuk didermakan kepada orang awam.

Setelah saya membaca isi kandungan buku ini, saya dapati terdapat banyak petikan ayat-ayat Al-Quran dan penerangan yang meragukan serta bertentangan dengan agama Islam dan dikhuatiri boleh menjejaskan akidah masyarakat Islam.

Di sini saya sertakan gambar kulit buku dan muka surat terakhir buku tersebut untuk makluman dan diharap agar tuan/puan akan lebih berhati-hati jika menerima naskah yang seumpama ini di masa akan datang .

Buku ini akan diajukan kepada KKDN (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri) untuk tindakan selanjutnya.



Sekian. Terima Kasih.

New Iraq…Sex for Life

Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsi satu artikel dengan saudara-saudari semua kerana saya teringat sabda Nabi Muhammad SAW:

“Sesiapa yang tidak mengambil berat mengenai hal ehwal kaum muslim, bukanlah daripada kalanganku”

Dalam kita bersuka ria, cuba kita renungi satu masalah rumit yang dihadapi oleh saudara-saudari kita di Iraq:

Layari:
New Iraq…Sex for Life

Apakah perasaan kita kalau kita yang terpaksa melalui scenario ini, atau isteri-isteri, adik-beradik, anak-anak kita, dan kaum kerabat kita?

Sudah insafkah kita?

Goodbye Sam


Lagu ini khas buatmu Samy Vellu...

Untuk mereka yang ingin berkaraoke, donlod video di bawah. Sempoiii...

Muatturun:
Goodbye Sam

Friday

Burung Murai

Kesiannya budak comel ni...penat dia. Ish ish ish...kejamnya org itu. Ni mesti terpengaruh kat iklan tv ni...

Kalu anda nak tau, donlod video di bawah. Saksikan...

Muatturun:
Burung Murai

Tuesday

Rahsia kemenangan Kelantan dalam PRU12

To all MALAYSIANS there is something to be learnt from all these photos....don’t just look at it, OBSERVED CAREFULLY!

Gambar-gambar semasa Munajat Perdana ‘Memohon Kemenangan Kerajaan Islam di Kelantan’ ketakwaan dan ketokohan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi kelebihan mempertahankan kemenangan di Kelantan.

“Ya ALLAH Ya Tuhanku, Aku tidak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu diKelantan ini Ya Allah, kerna amat kuat serangan yang datang dari pelbagai cara, Oleh itu Aku meminta kepadamu Ya Allah, Kau pertahankan agamaMU sebagaimana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan tentera abrahah”- Doa Tok Guru.













Sabda Rasulullah s.a.w.

"Doa" itu adalah ibadah. .:(Riwayat Ahmad)

Firman Allah S.W.T

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada inereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankanpermohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku maka hendaklah mereka menyebut suruhan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (al- Baqarah ayat 186)

Monday

Sorilah PAKLAH...doa NIK AZIZ termakbul jua...

Doa Tuan Guru Nik Aziz sebelum 8 Mac 2008:

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamu yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Aminnnnn.....

p/s: akhirnya Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor jatuh ke tangan BA manakala hajat BN untuk menakluk Kelantan tidak tercapai malah kehilangan banyak kerusi DUN dan Parlimen...

Friday

Kuliah Hari Jumaat...

Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal pengundi dan pembaca yang budiman. Aku terpanggil untuk menulis coretan ini bukan kerana ingin memihak kepada mana-mana parti atau pemimpin tetapi kerana suatu persoalan yang berlegar di benak fikiranku dan ingin aku mengajak saudara-saudari sekalian bertanya kepada diri dan hati masing-masing TANGGUNGJAWAB MENGUNDI KITA KERANA APA?

Mungkin ada diantara saudara-saudari tertanya-tanya bagaimana persoalan ini terlintas difikiran aku? Sebenarnya ia timbul setelah aku mendengar satu sesi ceramah agama di surau perumahan yang aku diami. Ceramah yang diberikan oleh ustaz berkenaan bukanlah suatu ceramah politik, ianya ceramah mingguan, tetapi penceritaan di dalam cermahnya membuatkan aku tertanya kepada diri sendiri akan persoalan di atas.

Selepas solat sunat sesudah solat magrib, ustaz tersebut pun memulakan ceramah beliau. Seperti biasa isi ceramahnya adalah tentang dosa dan pahala. Pada mulanya aku mendengar seperti biasa kerana topik sedemikian sering kali di ulangi ketika khutbah jumaat.

Kemudian ceramah beliau menjadi menarik lebih-lebih lagi bila semua makmum yang hadir mendengar dengan khsyuk. Ustaz tersebut berbicara mengenai seorang pencuri yang dibicara didepan Allah s.w.t di padang Masyhar.

Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun Allah maha mengetahui akan segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-hambanya, ; "Wahai si polan, kenapa kamu hanya di hukum penjara 3 tahun di atas kesalahan mencuri sedangkan kesalahan yang kamu lakukan mempunyai saksi dan bukti yang nyata dan sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong tangan"

Jawap si pencuri, "Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang meminta hukuman ini, tapi hukuman ini telah diberikan oleh hakim yang mengadili aku".

Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri dan segalanya akan diadili dengan seadilnya dihadapan Allah s.w.t

Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut mengadap dan bertanya, "Wahai hakim, kenapa kamu menjatuhkan hukuman tersebut kepada si pencuri ini?" Maka jawab sihakim, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya amanah yang diberikan kepadaku ini terbatas dan aku tiada kuasa dan upaya untuk melakukannya." Bertanya lagi Allah s.w.t kepada sihakim, " Maka siapa pula yang memberi kamu akan kuasa itu?" . Jawab sihakim, "Mereka yang membuat akta dan perlembagaan iaitu kerajaan yang di barisi oleh ahli-ahli kabinet negaraku".

Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet dibicarakan, "Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan perlembagaan sedemikian yang bercangah sama sekali dengan hukum Ku?" Jawab ahli-ahli kabinet "Wahai Tuhan kami, sememangnya kami menolak hukum Mu selama kami memerintah dengan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakannya tapi jangan lah hanya kami di persalahkan kerana kami tidak akan membuat akta yang melawan hukum Mu sekiranya rakyat tidak memilih kami".

Allah s.w.t kemudian memerintah kan semua rakyat yang memilih ahli-ahli kabinet tersebut mengadap dan bertanya dengan penuh kemurkaan "Wahai kamu sekalian, mengapa kamu sekalian memilih mereka-mereka ini yang menolak hukum Ku secara terang-terangan dan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakan hukum Ku.

Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat dahsyat kerana dimahsyar tidak ada lagi dolak dalih yang dapat digunakan. Ada diantaranya menjawap "Wahai Tuhan Ku, aku memilih mereka kerana dihadiahkan baju dan kain." Ada pula yang menjawap, "Aku memilih mereka kerana ingin kemewahan dan kesenangan dunia.", Selain itu ada yang menjawap "Aku memilih mereka kerana inginkan projek-projek". Ada juga yang menjawab "Aku memilih mereka kerana aku tidak yakin kerajaan yang melaksanakan hukum Islam boleh memerintah".

Ada lagi yang menjawap, "Aku memilih mereka kerana tidak yakin dengan undang-undang Islam". Dan yang menyedihkan ada yang menjawab, "Kami memilih mereka kerana di hadiahkan sekampit beras, sekilo gula dan sekilo tepung". Maka dengan murkanya Allah memeritahkan kesemuanya dengan berkata, "Masuk lah kamu semua ke dalam neraka Ku, sesungguh nya azab Ku amat lah pedih dan terimalah balasan siksa diatas apa yang telah kamu lakukan dan dustakan."
Nauzubillah.

Pada penutupan ceramahnya, Ustaz tersebut berkata, "Kalau saudara-saudari tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku di mahsyar nanti, tunggu lah saya nanti di sana, kalau apa yang saya katakana ini bohong atau dusta semata".

Dalam perjalan aku kerumah, apa yang berlegar di fikiran aku adalah persoalan "AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA??? Setibanya aku di pintu pagar rumah, dengan rasa yakin dan teguh aku mendapat jawapannya, AKU MENGUNDI KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM.

Kepada saudara-saudariku semua, tanyalah diri masing-masing AKU MENGUNDI KERANA APA??? Tepuk dada tanya IMAN.

Wassalam.

Ibnu Walid

p.s : sebarkan pada rakan anda.

Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? "Baginda s.a.w. menjawab, "hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan."
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Thursday

Tuesday

Pengakuan Tun Dr Mahathir

Hem...Tun Dr. Mahathir akhirnya mengaku dia salah guna kuasa terhadap Anwar Ibrahim. Malas aku nak cite kat sini. Apa apa hal donlod je video kat bawah ni...

Muatturun:
Pengakuan Tun Dr Mahathir

Monday

Azan Software for Mobile Phones


Description:
Azan (Athan) Times For Worldwide Prayer Times For Mobile Phones (Cell Phones, Symbian, UIQ, Windows Mobile, Pocket PC). Azan Times for worldwide Prayer Times for Mobile Phone (Cell Phones, Symbian, UIQ, Windows Mobile, Pocket PC) is used to listen Azan (Athan, Adhan) automatically on every prayer time (Nazam, Salat, Salaat) five times a day on the mobile phone. The most popular Prayer Times software with Athan (Azan) for mobile phones available FREE. Forward to your all the friends and family and participate with us to spread the prayer times FREE to Muslims all over the world. My Allah reward you to spread the prayer times around the globe.

Muatturun:
Azan Software for Mobile Phones

Komentar:
layari http://www.getjar.com/products/12058/Azan untuk keterangan lanjut dan mengetahui model handphone yang boleh pakai software ni...

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)