Rakyat Terenggau bertuah
Rakyat Trengganu amatlah bertuah kerana mempunyai seorang Raja yang berjiwa rakyat. Tuanku Sultan Trengganu amat prihatin terhadap rakyat Baginda. Tuanku amat malu dengan keadaan negeri Trengganu yang kaya dengan minyak tetapi rakyatnya merempat. Rakyat Trengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan yang telah lapan belas tahun di anaktirikan.
Cuba kita bayangkan, jika tidak ada dosanya masakan Tuanku Sultan menolak Idris Jusoh. Malangnya Istana tidak boleh menggunakan media untuk menjelaskan keadaan. Tetapi Istana ada kuasa yang boleh membuat rakyat berfikir dengan penuh rasional.
Idris Jusoh dengan angkuh menyatakan bahawa dia mendapat sokongan padu rakyat. Apakah ini benar? Bangunlah wahai rakyat Trengganu menidakkan pengakuan Idris itu. Sokonglah Sultan yang penuh prihatin terhadap rakyatnya. Tuanku Sultan memprotes penggunaan wang minyak dengan sia-sia di mana sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat. Dengan RM 800 juta setahun, semestinya sudah tidak ada lagi kemiskinan di Trengganu. Tetapi Tuanku Sultan tidak dapat menerangkannya. Kita sebagai rakyat harus bijak menginterpretasikan tindakan Baginda.
Bangunlah rakyat Trengganu. Jangan biarkan Baginda keseorangan membela nasib kita. Bukan niat beginda untuk mencampuri urusan negeri tetapi adalah hak Baginda menentukan rakyat tidak diketepi. Menjadi hak Baginda menentukan hasil negeri dipulangkan pada rakyat bukan hanya pada menteri.
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Patik-patik sekelian bersama-sama Tuanku menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
No comments:
Post a Comment