Senja yang menginsafkan...Sedih cerita nie
" Elok-elok la sikit," kata Julia
lembut sambil membetulkan pakaian
Ahmad. Ahmad tersenyum memandang
isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad
mencubit pipi Julia lembut. "Ayah,
ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru
masuk ke bilik kerana dah tak sabar-
sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia
hanya tersenyum melihat suaminya itu
melayan karenah anak-anak mereka yang
comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung
macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk
dengan urusan perniagaan.
Baru kali ni abang ada peluang untuk
cuti panjang." Ahmad berkata kepada
isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan
mengambil masa lebih kurang empat jam.
Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi
belakang , Begitu juga dengan
isterinya,Julia.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat
kampung," Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan
minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Ahmad
semakin seronok.
Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai
ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya
lagi dan Honda Civicnya mula
memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan.
Habis semua kenderaan
dipotongnya.Bangga betul Ahmad masa tu.
Terlupa dia sekejap pada anak dan
isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?"
tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat
sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak
apa... . jangan laju sangat bang, Julia
takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya
memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad
terus memotong bas ekspres di depannya
tanpa was-was.
"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa
kan ?" kata Ahmad setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu
lagi bas ekspres. Julia
tengok abang motong dia aaa... ." Ahmad
terus masuk gear 3, pedal minyak
ditekannya hingga jejak ke lantai.
Ahmad terus membelok ke kanan untuk
memotong dan... .di depannya tersergam
sebuah lori balak yang besar dan gagah
dan... .. BANG!!.
"Julia... .bangun nak," sayup-sayup
terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat
emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak?
Macammana dengan suami saya, mak? Liza,
Linda... .mana anak-anak saya mak?"
Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya.
Julia tak dapat menahan kesedihannya
lagi. Julia
menangis semahu-mahunya di depan
emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-
tepat.
"Maca mana dengan suami Julia mak,
abang Ahmad?" Julia masih
terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh
emaknya dengan tiba-tiba. Julia
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam
tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka
dahlah tak cun, study pun malas, kerja
pun takde, ada hati ! nak berlaki. Apa
punya anak dara la kau ni?? Tu la,tidur
lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun
pegi sembahyang! Asar pun dah nak
habis!" emaknya terus merungut sambil
berlalu keluar... ... . dan Julia
tersengih keseorangan.
Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!
Moral cerita: Solatlah Asar terlebih
dahulu sebelum dipelempang oleh ibu
anda.
MUAHHAHAHAHAHAHAH!!!!!
No comments:
Post a Comment