Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Monday

Bukti Laporan Doktor, Saiful Tidak Diliwat

Terjemahan RPK: Doktor Dlm Pelarian, Polis Mahu Beliau Membuat Laporan Palsu Liwat Terhadap Anwar
Sebelum membuat satu report Polis Mohd Saiful Bukhari telah membuat satu medical check-out pertama di Hospital Pusrawi Jln Tun Razak KL seorang doktor telah membuat pemeriksaan. Doktori tu dalam laporannya,dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini.

Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar,doktor tersebut enggan melakukannya.Sehinggahari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapidia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakanAnwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa denganini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.

Sebenarnya, doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawidan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah bersembunyi keranapolis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini mengubah laporanperubatan yang dibuatnya.

Pada 2.00 petang, 28 June 2008, Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saifulmemberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yangsangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, samaada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADApendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidakmungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.

Pemeriksaandoktor menolak kemungkinan Saiful telah diliwat. Dengan lain perkataan,Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan tidak mengalami apa-apa kesakitandiduburnya, dan tidak juga diperkosa atau diliwat.

Saiful kemudiannya memberitahu bahawa dia mahu membuat laporan polis, lantasDr. mohamed osman mencadangkan dia (Saiful) pergi untuk membuatpemeriksaan kedua dihospital kerajaan. Saiful kemudiannya pergi kehospital kerajaan dan doktor disitu juga mendapati perkara yang sama.Walaubagaimanapun, Saiful masih membuat laporan polis dipondok polisyang terdapat dihospital.

disebalik semua pengesahan doktor yangmengatakan Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes ini.Anwar Ibrahim kemudiannya telah ditangkap oleh kira-kira 20 anggota UTKyang bersenjata dan memakai topeng dihadapan rumahnya walaupun diatelah bersetuju untuk melapur diri kebalai polis pada pukul 2.00 petangseperti yang dijanjikan.

Polis kemudiannya telah menahan Anwardidalam lokap sehingga keesokan harinya, malah telah dibawa kehospitaluntuk pemeriksaan dan mencuba untuk memperolehi sampel untuk tujuanprofil DNA walaupun polis sudah pun mempunyai profil DAN Anwar padatahun 1998 dan doktor-doktor dari dua buah hospital telah mengesahkanSaiful tidak diliwat.

Sudah jelas, kerajaan sedang mencuba untukmemalsukan bukti terhadap Anwar dan mencuba untuk membuktikan Anwarbersalah, melalui tuduhan liwat palsu.Dan siapakah dibelakangkonspirasi ini, kalau bukan AG dan IGP, dua pelakon yang sama dengankonspirasi 1998.

Laporan doktor amat jelas. Saiful TIDAK pernahdiliwat, sama ada oleh Anwar atau sesiapa pun. Mengapa kerajaan masihmeneruskan kes ini terhadap Anwar? Dan mengapa mereka masih mencaridoktor itu bersama keluarganya yang sekarang terpaksa bersembunyi?

Pertubuhan-pertubuhanmasyarakat, NGO dan Majlis Peguam tidak seharusnya berdiam diri. Polistelah pun menahan doktor tersebut selama tiga hari tetapi masih engganmemalsukan laporannya. Anwar tidak meliwat saiful dan laporan doktormelaporkan dengan begitu jelas. dan polis juga mempunyai salinanlaporan yang sama seperti yang disiarkan dibawah supaya mereka tahu apayang aku tahu. Dan sekarang, rakyat Malaysia sudahpun mengetahui apayang polis dan aku tahu.... iaitu Saiful tidak pernah diliwat olehsesiapa pun.


diambil dari blog member kepada member aku belah jiran tok ketua kampung aku...


Keterangan Tulisan Doktor diatas:

Mengadu sakit bont*t
Sakit kat lubang dubur masa buang air besar selama seminggu
Pesakit mengadu di"serang"..

Pemeriksaan fizikal

am
tidak pucat
tidak demam

Pemeriksaan per rectum/ lubang bont*t

Tiada pendarahan aktif
tiada parut
tiada luka
tiada nanah

Diagnosis

TRO "serangan"

(Pesakit bercadang untuk pergi ke hospital kerajaan) Untuk membuat laporan polis...


Analisis.

Mangsa (kononnya) telah pergi ke hospital swasta utk membuat pemeriksaan.

Dalam kes ini, pegawai perubatan yang terlibat (bukan pakar) telah membuat pemeriksaan dan didapati tiada langsung kesan dakwaan mangsa (kononnya)

Jadi routine biasa, pegawai perubatan terbabit akan mencadangkan kepada mangsa (kononnya) supaya terus pergi ke Hospital kerajaan utk 2nd opinion dan utk mendapapatkan laporan yang lebih valid (legally) dan memudahkan urusan laporan polis.

Untuk pengetahuan korang... medico legal kes selalunya akan di rujuk ke hospital kerajaan yang terdekat kerana banyak kes medico legal memerlukan verifikasi dari pakar hospital kerajaan.

Dan dalam laporan awal ini... si sepol nampaknya tiada langsung tanda2 diliwat...

No comments:

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)