Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Tuesday

A need to pressure israel regime

Ketika pimpinan PAS dan UMNO juga Ulama serta Sultan menyeru rakyat
memboikot barangan Israel dan Amerika Syarikat, ada juga suara orang
Melayu yang mengatakan kalau boikot nanti ramai yang berhenti kerja.
Kenyataan begini adalah kenyataan Melayu yang berfikiran sempit dan kolot.

Sifir dia mudah sahaja , lagi ramai boikot syarikat Israel dan Amerika
Syarikat, lagi ramai orang Melayu terutamanya usahawan yang akan berjaya.

Contohnya macam ni. Katakan satu keluarga akan berbelanja setiap kali
makan di restoran makanan segera sebanyak RM 60 (tu pun kadang-kadang
tak kenyang). Kalau keluarga tadi boikot restoran makanan segera tadi
dan beli dari warung burger Melayu paling banyak dia akan belanja ialah
RM 20 (RM 20 ini memang kenyang habis satu keluarga).

Kalau dulu keluarga tadi hanya dapat berbelanja di restoran makanan
segera hanya dua minggu sekali (sebab gaji tak naik), sekarang dia boleh
berbelanja di warung burger Melayu dua minggu 3 kali.

Kalau dulu mamat yang kerja di restoran makanan segera mungkin dapat
gaji RM 800 kalau dia kerja siang malam. Sekarang bila dia buka warung
burger mungkin dia boleh dapat pendapatan RM 1,200.

Setiap 1 orang Melayu berhenti dari restoran makanan segera , akan
tumbuh 3 orang Melayu jual burger. Dan keluarga Melayu akan dapat
penjimatan 3 kali ganda.

Itu baru bab burger, belum bab insuran, bab kereta, bab rokok dan banyak
lagi.

Jadi suara Melayu yang mengatakan bahawa buat apa nak boikot nanti ramai
tak ada kerja, ialah suara Melayu yang berfikiran sempit. Kalau UMNO dan
PAS pun suruh Boikot, dia tak nak Boikot, suruh dia tubuh parti baru,
mungkin Parti Likud atau Parti Zionis.

Kita suruh Boikot barangan Israel dan Amerika, bukannya suruh boikot
jangan makan minum.

1 comment:

googler said...

If you could give more detailed information on some, I think it is even more perfect, and I need to obtain more information!
runescape powerleveling

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)