Pesanan dari AJK Surau Astro (HINI)
Lapuran rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia setakat 6 Ogos 2009, jam 8.00 pagi melapurkan sejumlah 14 kematian termasuk 3 kematian terbaru dan 16 kes baru (tempatan) direkodkan. Sejumlah 1,492 rakyat Malaysia telah dijangkiti.
574 (38%) merupakan kes import dan 918 (62%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,421 kes (95%) telah sembuh. Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 11 orang. Manakala 43 kes sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi. Daripada 11 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (2), post -delivery (1) dan bayi (2). Daripada 16 kes baru yang dilaporkan, sembilan (9) kes dirawat di wad dan 7 orang menerima rawatan pesakit luar.
Abdul Rahman bin Auf telah melaporkan bahawa Rasulullah SAW telah berkata:
"إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ، فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ. وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَاراً مِنْهُ"
Maksudnya:
“Apabila kamu mendapat tahu bahawa ia (wabak penyakit) itu telah melanda satu tempat, maka jangan kamu pergi ke tempat itu (yang telah dilanda wabak penyakit). Apabila ia (wabak penyakit) telah melanda tempat yang kamu sedang berada dalamnya, maka janganlah kamu keluar (dari tempat kamu) untuk melarikan diri daripadanya (wabak penyakit)”.
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)
Islam telah lama mengajar umatnya supaya sentiasa mendahulukan membasuh tangan sebelum membuat apa-apa pekerjaan lain seperti sebelum makan dan minum, ketika mengambil wudhuk, selepas beristinjak, mandi, selepas bangun dari tidur dan sebagainya.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata:
"إذا توضأ أحدكم فليجعل في أنفه ثم لينثر، ومن استجمر فليوتر، وإذا استيقظ أحدكم من نومه فليغسل يده قبل أن يدخلها في وضوئه، فإن أحدكم لا يدري أين باتت يده"
Maksudnya:
“Apabila seseorang daripada kamu berwudhuk, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidungnya kemudian menghembuskannya, sesiapa yang melontar (jamrah) maka hendaklah dalam bilangan ganjil, apabila seseorang daripada kamu bangun dari tidurnya maka hendaklah dia membasuh tangannya sebelum memasukkan (tangannya) ke dalam bekas wudhuknya, (kerana) sesungguhnya kamu tidak tahu di mana d ia meletakkan tangannya (ketika tidur)”.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
No comments:
Post a Comment