Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Monday

Buku Bahya... (tolong Fwd kan .. )

Saya mendapat buku ini daripada seorang rakan pada hari ini (Jumaat 8/9/2006). Apa yang mengejutkan ialah buku ini bukan sekadar buku komik bergambar untuk bacaan kanak-kanak. Apa yang jelas dalam buku ini adalah bercanggah dengan akidah kita sebagai umat Islam. Buku ini telah diedarkan oleh pihak tertentu di sekitar Bukit Bintang, di mana teman saya memperolehinya secara tidak sengaja (diedarkan dalam raga motorsikal).
Apa yang membimbangkan kita ialah sasaran buku-buku ini diedarkan adalah untuk kanak-kanak. Bersama ini disertakan bukti-bukti dalam bentuk Adode PDF dan attachment gambar. harap email ini disebarkan untuk makluman Saudara Islam kita.....

Comment 1:
Assalamualaikum,

Berhati-hatilah semasa membeli buku cerita atau bacaan kepada anak-anak
masing-masing. Buku ini boleh menyesatkan. Lukisan sama seperti buku
cerita anak-anak sidek. Mungkin dari penerbit yang sama. Semak, awasi
dan nasihatlah anak-anak kita. Pelbagai cara dibuat untuk memesong
agidah umat Islam. Nauzubillah ...


Comment 2:
Bagus le sebarkan e-mail ni, akan tetapi-

Buku ni terbitan indonesia, sah-sah terbitan "bibles international of canada". Jangan nak kata kat Indon, kat Malaysia ni pun ada jugak orang yang menggunakan bahasa melayu tetapi bukan Islam. Tujuan buku ni bukan untuk menyesatkan kita. Tujuan dia untuk mendidik anak-anak kristian yang berbahasa melayu/indonesia. Kita orang Islam ada buku didikan agama, orang kristian pun ada jugak buku didikan agama diorang. Memang betul la kita kena check dulu buku sebelum beli untuk anak anak.

Tapi statement "Pelbagai cara dibuat untuk memesong aqidah umat Islam." tu tak patut disebut. Dah masuk bab buruk sangka dah tu. Cukup la bagitahu- Buku ni bukan untuk orang Islam. Lepas tu sebarkan. Simple and straight to the point. Terlampau fanatik sangat susah jugak. Islam mengajar kepada keserdahanaan. Saya ni bukan le orang alim, tapi kena la selidik dulu sebelum keluar statement-statement lazer macam ni. Marah orang ugama lain. Kena la ada diplomacy and tactfulness.

Kita orang melayu ni sensitif, orang bangsa lain pun sensitif jugak. Apa kita akan kata kalau orang ugama lain jumpa buku ugama Islam dalam bahasa diorang lepas tu cakap "Buku ni menyesatkan- berhati-hati". To some of them, kita yang sesat. To some of us, diorang yang sesat. fikirkanlah. Statement-statement macam ni yang buat orang bukan Islam susah nak terima Islam. Dunia ni luas. seperti kata pak ali- "Macam-macam ada!!".


Klik pada gambar untuk besarkan saiz.

















No comments:

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)