Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Thursday

Keju & saudara seagama

Assalamualaikum,


Email #1

Sharing info on CHEESE which is used most in our local food operators & bakery (melalui Ceramah Ust Badrul Amin) last Sunday @ UIA :

Susu memerlukan sejenis bahan yg diperolehi dari perut mamalia (lembu & khinzir) utk membolehkan ianya 'beku' - separa 'beku' dipanggil keju manakala 'beku' jadi 'whey powder'. Both ingrediant used widely in our daily food intake - pizza(s), cheese cakes, tart cheese and anything with cheese, cookies etc.
The big Q - even if bahan dari perut 'lembu' being used to make the cheese - how do we know 'lembu' tu disembelih mengikut syariah Islam? How do we know the same 'lembu' being used in our food intake?
Unless, we (muslim) produced our own cheese - is there any in our local market? Pls share.

Conclusion - even tho memang payah, cuz kena explain panjang-lebar ngan my kids, InsyaAllah, Pizza Hut, Domino, anything contains CHEESE - gonna be NO NO from now on.
This is not boikot but - menjaga akidah kita, semampu kita, within our control/power kerana ALLAH melalui penjagaan makanan kita yg akan menjadi darah daging.

---------------------

Email #2

Talking about cheese, as said by ustaz, memang betullah untuk bekukan cheese tu, they need bahan dari perut khinzir atau lembu. Masa di States dulu, I studied Human Nutrition and my Jewish Prof. memang every now and then masa tu kept reminding me to check cheese yang I beli untuk class commercial food production, cos dia jewish pun tak makan khinzir,! I mesti pastikan dari ingredients cheese tu yg bahan pembekunya must be pepsinogen [lembu] dan bukan rennet[khinzir]. Kalau di States, 70% cheese guna rennet ( ni masa I check dulu, hundred years ago, hehe, taulah skarang).

Macam ustaz juga, masa tu I pun doubt pasal pepsinogen ni, isu sembelihan lah, I brought the issue to my usrah group and later we asked ulama' Ikhwanul Muslimin yang based di Houston. According to him, (maybe dia ambil kira senario di US, cos kami tak pernah jumpa cheese keluaran muslim), it is OK untuk consume cheese yang guna pepsinogen, kerana sembelihan ahli kitab boleh dimakan. I remember ada yang questioned, Americans sekarang ni masih ahli kitab ke, I tak ingat exactly what he answered, but it has something to do with penyembelih yg menganut agama samawi, ok. Tapi kami akan makan product2 yang ada extract binatang ni, kalau ada tanda Kosher, meaning that sembelihan Yahudi yang diluluskan oleh Rabbi Organisation, kalau yang kristian, takde Kosher, memang tak beli. Orang Yahudi, kalau bab makan, kenkadang mereka nampak lebih bersih dari kita dan sangat strict. Contohnya, kalu telur tu, kalau ada white string sket, kita akan buang string tu dan masih gunakan telur, kalau mereka, telur tu kira najis lah. Kena buang terus.

In my opinion,kalau sesiapa yang nak boikot cheese product tu, atau lain2 product yang ada extract binatang tu, teruskan, saya pun boikot juga, tapi atas dasar usaha kecil kita untuk melumpuhkan ekonomi US dan Israel Laknatullah. Kalau yang dah termakan tu, janganlah terlalu susah hati unless cheese yang kita makan tu yang ada rennet. Kalau ada rennet, keluaran US pasti stated dalam ingredients mereka cos itu ada dalam regulation FDA.

Kalau setakat McD, PH, dan kebanyakan US products yang kita guna/makan/pakai hari2 yang boleh diganti dgn product muslim or non US-Israel, memang dituntut sangat kita memboikotnya. Dengan berusaha dan meminta pertolongan Allah, kita pasti dapat meninggalkan keselesaan2 yang kita perolehi hasil dari menggunakan produk mereka nih. Sejarah yg lepas telah membuktikan apabila kes Ar Rasul SAW dipersenda dlm kartun, umat Islam memboikot syarikat makanan gergasi Sweden [tak ingat nama] hingga mereka loss 5 billions dalam masa yang singkat. Bila saya tunjukkan gambar2 kanak2 palestin dan lubnan yang terbunuh kpd anak2 saya, memberitahu mereka bagaimana RM50 yang kita spend di McD atau PH (mkn 7 beranak), RM2 akan digunakan untuk membeli peluru dan membunuh anak2 ini, alhamdulillah, anak saya terus hilang selera ke sana lagi dan suruh uminya saja yang buatkan burger atau pizza, dan picnic di Tasik untuk merasai suasana outing bersama family. Bila syampu, sabun dan bedak semuanya bertukar brand, alhamdulillah, mereka tak bising.

Saya bukan nak memaksa semua orang boikot semua barangan US,saya pasti setiap kita ada kekangan masing2, tetapi, demi tuhan,my brothers and sisters, kita semua pasti ditanya di Yaumul Mahsyar, apakah sumbangan yang kita lakukan untuk memastikan US dan Israel tidak dapat menggunakan lebih banyak peluru dan missile untuk membunuh saudara2 kita di Palestin dan Lubnan yang tidak berdosa. Mereka pasti mengheret kita di hadapan Rabbul Jalil kelak, menuntut Allah mengadili kita yang tidak menunaikan hak mereka sebagai saudara Muslim kita yang tertindas dan teraniaya. Adakah kita semua sudah ada alasannya? Sentiasalah tidak berpuas hati dengan sumbangan yang telah kita berikan agar ini dapat memperhebatkan lagi kesungguhan kita membantu saudara2 di bumi Isra' dan bumi Anbiya' itu.

Masih terngiang2 di telinga saya ketika berpeluang mendengar apa yang diucapkan oleh wakil Whip Parlimen kerajaan HAMAS Palestine di Melawati ketika kunjungan beliau ke sini 2 bulan lepas. Saya tak dapat quote exactly, tetapi kerana kata2nya amat berbekas di hati saya, saya simpan dan lipatnya di dalam ingatan.Kata2nya lebih kurang begini:"Kami para pejuang tidak perlu anda kasihani kerana kami sungguh bertuah kerana telah dipilih Allah untuk membebaskan tanah suci kita.

Pilihan yang Allah beri kepada kami hanya dua, samada kami menang dalam perjuangan ini atau kami syahid. Setiap dari kami mengimpikan setiap saat untuk syahid atau membebaskan Al Aqsa. Tetapi saudara2 kami yang tidak berdaya, wanita dan kanak2 amat memerlukan sumbangan kewangan dan doa dari kamu, atau apa2 saja sumbangan yang boleh meringankan penderitaan kami, yang dapat menyekat kezaliman ke atas kami. Kami berjanji, dgn sumbangan2 kamu, sekiranya kami syahid, kami akan menuntut daripada Allah SWT supaya berkongsi pahala2 kami dengan kamu kerana itu adalah janji kami. Tapi, sekiranya kamu tidak berbuat sewajarnya untuk membantu saudara2 kamu yang tertindas ini, awas, kami tidak akan melepaskan kamu, kami akan mengheret kamu ke hadapan Allah, kami akan mengadu kepada Allah supaya Allah memberikan pembalasannya yang keras terhadap kamu.... Lakukanlah semaksimum yang kamu mampu, dan doakanlah kemenangan untuk kami dan pembebasan tanah suci kita, agar suatu hari nanti, kami dan kamu, akan dapat bersolat, berjemaah bersama-sama di Masjidil Aqsa ini." Ameen.

Kisah burung yang membawa air di dalam mulut kecilnya untuk memadamkan api besar yang membakar Nabi Allah Ibrahim as. sentiasa menjadi inspirasi saya. Burung kecil yang berulang-alik menghembuskan titisan air ke atas api besar menjadi bahan ketawa haiwan2 lain yang melihat perbuatannya yg sia-sia itu. Namun kata burung, " Walaupun sumbangan ku kecil, aku mesti melakukan juga kerana aku tidak punya alasan sekiranya di tanya Allah, apa yang telah aku lakukan untuk membantu Ibrahim apabila melihat Nabi Allah dibakar oleh Namrud yang kejam."


Wallahu a'lam.

1 comment:

Unknown said...

salah kalau kata pepsinogen dari lembu, rennet dari babi. Sebab pepsinogen dan rennet boleh diambil dari kedua-duanya. Ada pepsinogen dari lembu, ada pepsinogen dari babi. Begitu juga ada pepsinogen dari unta. Asal pepsinogen dan rennet ni dari dalam usus, dan tak terhad kepada usus lembu dan babi sahaja.

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)