Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Friday

17 jalan raya dikenal pasti berbahaya di Terengganu

11/09/2008 2:05pm



KUALA TERENGGANU 11 Sept — Sebanyak 17 jalan raya di seluruh Terengganu dikenal pasti berbahaya dan perlu diberikan perhatian oleh orang ramai ketika melaluinya semasa pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Farid Mahmud berkata di daerah Kuala Terengganu jalan-jalan itu terdiri daripada laluan antara KM8 dan KM37 jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, jalan Jambatan Sultan Mahmud hingga Batu 6, KM5-KM12 jalan Kuala Berang dan jalan Kubang Ikan.

Beliau berkata Di Besut pula jalan-jalan itu terdiri daripada kawasan Kampung Tok Dor dan KM15 jalan Pengkalan Nyireh, manakala di Dungun membabitkan KM64-KM102 jalan Kuala Terengganu-Kuantan serta KM69-KM108 jalan Jerangau-Jabor manakala, dan di Kemaman membabitkan KM111-KM159 jalan Kuala Terengganu-Kuantan serta KM117-KM170 jalan Jerangau-Jabor.

Di Setiu pula membabitkan KM37-KM83 jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, KM36-KM62 jalan pantai menghala Kota Bharu dan jalan Sungai Tong-Kuala Berang, manakala di Marang melibatkan KM12-KM60 jalan Kuala Terengganu-Kuantan serta KM12-KM22 jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, dan Hulu Terengganu KM33-KM40 jalan Ajil-Jerangau serta jalan Kampung Telaga-Sungai Tong.

“Selain jalan-jalan tersebut, pengguna jalan raya juga perlu berhati-hati apabila melalui beberapa jalan yang sedang dibaiki serta dinaik taraf, terutama sekitar Marang, Jerangau-Jabor dan jalan pantai menghala ke Kota Bharu, Kelantan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

No comments:

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)