Anak anda dah beli baju raya? Now baca yang ni pula. Apa komen anda?
Sangat mendatangkan keinsafan, bila melaui pengalaman ini
Jangan lupa pada yang tiada..
dipetik dari tranungkite.
--
Semalam hari Rabu 23-09-2008, saya melawat sebuah rumah anak yatim dan miskin di satu kawasan di Selangor. Sayu hati melihat anak2 kecil.
Tetapi yang paling menyentoh hati saya ialah adek Fatimah 3 tahun. Anak kecil ini yatim piatu, emak dan ayah meninggal di dalam suatu kemalangan jalanraya. Yang sedeh nya anak ini, buta dan tangan serta kaki kanan tidak dapat berfungsi sepenoh nya.
Juga sedeh hati melihat adek Sheikh Amar 12 tahun, pada umur begitu kecil, sedang menghidap masalah buah pinggang. Adek nya pula Sheikh Naim 10 tahun, menghidap Hepatitis B.
Manakal adek Zakaria 12 tahun, mengalami masaalah terencat akal.
Ini sebahagian dari anak2 yang saya jumpa dan sempat beramah mesra.
Sayu hati tak terhingga. Sehingga menitis air-mata. In fact di kala menaip artikel ini pon mengalir air mata.
Macam mana anak2 kita dengan persiapan hari raya yang bakal menjelang? Sebok agak nya kita dengan aktiviti membeli belah. Dalam kesebokan kita jangan lah kita lupa, akan anak2 yang saperti ini. Dalam kita berforum, jangan lah kita lupa akan mereka.
Dalam perjalan balek saya call beberapa rakan yang saya fakir satu fikrah dan mempunyai minat yang sama dalam usaha untok membantu anak2 yatimdan miskin saperti ini.
Alhamdulillah doa dan panggilan talipon mendapat mendapat respon. Pada hari ini Wan JtK dan Khalilah menyertai saya melawat rumah anak yatim dan miskin ini, untok melihat sendiri akan keadaan dan membuat penilaian dalam bentok apa kita sebagai warga prihatin dapat membantu.
Saya saran pada wan jtk, membuka satu tabong khas, untok membantu anak2 ini. Saya juga meminta Khalilah mendapatkan baby stroller agar adek Fatimah dapat”bergerak” dengan lebeh mudah. Kerana buat masa ini di sebabkan keadaan beliau, anak ini hanya terbaring sahaja sepanjang hari. Tak elok untok kesihatan nya. Pada rakan2 DOKTOR any ntakers, untok membatu dari segi teraphy, kerana dari penglihatan saya, ada kemingkinan , anak ini dapat bergerak dan berjalan jika mendapat teraphy yang betol
dan sesuai.
Sedeh…. Tak tahan rasa hati ini. Itulah agak nya, saya tak ni berapa sesuai buat kerja2 saperti ini. I tend to get easily and emotionally drained. Maseh ingat ketika tsunami di Aceh, pada January 2005. Di siang hari sebok membantu mangsa Tsunami, di malam hari, hamper setiap malam, menangis sendirian sehingga terlelap. Tu lah sebabnya, bila balek dari Acheh jatoh sakit. Tetapi melihat kesengsaran saperti ini mendatangkan keinsafan.
Saya gembira melihat penglibatan anak2 saya, dalam usaha membantu mangsa Tsunami, dari yang kecil ketika itu berumor 5 tahun sehingga yang sulong. Yang kecil berumor 5 tahun sebok mengisi bungkusan gula2 dan coklat yang di agihkan pada anak2 Acheh di Khemah2 perlindongan. Manakala anak yang sulong saya hantar ke Acheh dan Pulau Nias yang mengalami bencana gempa bumi yang dahsyat. Satu pengalaman yang baik bagi beliau.
Cuma saya harap wan jtk akan buka tabong secepat mungkin, dan kita Bantu mereka setakat yang kita mampu. Harap nya tabong ini tidak terhad pada rumah ini sahaja jika ada lebehan kita salorkan pada mereka yang lain yang juga memerlukan bantuan kita.
No comments:
Post a Comment