Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Tuesday

Jangan Sambut 1 Januari!! (new year) .. nauzubillah'



> Jadi renungan bersama
>
> Subject: Jangan sambut 1 januari .... Kenapa??

>
> Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin .

> Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..

>
> Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-

> Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka

> kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah

> terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk

> Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika

> engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu

> yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau

> akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi

> pertolongan kepada mu.

>
> Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :

> UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam

>
dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur,
>
malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan
> menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka

> menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang

> kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ...

> Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini

> ada kaitannya dengan tuhan mereka

>
> 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini"

> bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan

> dilahirkan.
Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"... beberapa hari
> setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana

> secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW

> seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

>
> Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun

> baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar,

> Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa

> menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi &

> Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka

> yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.

>

> Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang

> sertasalah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.

>
> Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan

> diberikan hidayah'



berpesan pesanlah kamu walaupun dengan sepotong ayat...



salam sahabat.

No comments:

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)