Platinum Ads
anep-enterprise anep-enterprise
Israk Mikraj

Tuesday

Qurban For Life (Q4L) by Muslim Aid

Salam,

Program Qurban For Life (Q4L) telah 17 tahun dilaksanakan oleh rangkaian Muslim Aid dan pengagihannya telah dihantar hampir ke seluruh dunia Islam yang mengalami kemusnahan dan penderitaan seperti di Acheh. Afganistan, Afrika, Palestin, Lebanon, Iraq, Pakistan, Kashmir, Kemboja termasuk anak-anak yatim, dan golongan fakir dan miskin di Malaysia.

Bertemakan Sedekah dari Rakyat Malaysia untuk masyarakat dunia, Muslim Aid Asia, sebuah organisasi bantuan dan pembangunan antarabangsa yang bekerja keras membasmi kemiskinan dan mengurangkan penderetiaan dikalangan masyarakat termiskin didunia. Menerusi program ini, Muslim Aid Asia telah melaksanakan ibadat qurban dengan pendekatan teknologi dan sistem pengagihan yang teratur agar manfaatnya dapat dirasai masyarakat Islam di seluruh dunia.

Di negara kita Malaysia, daging daripada ternakan yang dikorbankan hanya dinikmati oleh masyarakat setempat dan penerimanya bukanlah mereka yang betul-betul kelaparan, malah masyarakat mewah dan sederhana turut menerimanya.

Hubungi -
Muhammad 012-3377195
Pejabat Muslim Aid Asia 03-2288 1996 (Siti/Ida/Ilham)

http://qurbanforlife.blogspot.com/

No comments:

 
Blog@nEp$ter
Direka oleh (hanif575)